Adakah Karier Penulisan Saya Bakal Berkubur?

https://amyraaimi.blogspot.com
Photo from Unsplash taken by Aziz Acharki

 

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Tulisan saya di blog biasanya santai saja. Tidaklah seperti ketika saya menulis novel. Biasalah, ada banyak hal berkenaan format dan gaya bahasa yang perlu dijaga. Ketika menulis artikel ini, saya mulai sibuk dengan beberapa projek lain. 

Antaranya, termasuklah projek seni lukisan. 

Yang saya maksudkan projek ini termasuklah, konsisten belajar semula fundamental in art (hal yang dah lama saya tinggalkan ketika zaman belajar) dan konsisten mengupdate YouTube channel dan media sosial lainnya dengan tujuan memperkenalkan hasil artworks yang belum pernah saya pamerkan sebelumnya. 

Ya, saya kembali pada minat sebenar sebelum mulă-mula menceburi bidang penulisan lagi. Iaitu melukis. 

To be specific, my passion in manga art drawing.

Tidaklah bermaksud, saya mahu mengabaikan karier sebagai penulis yang sudah lama diceburi ini. Ada beberapa hal yang menyebabkan saya tidak lagi meletakkan menulis sebagai satu keutamaan seperti sebelumnya. Malah, tidak pula saya membenci untuk menulis. Tidak sama sekali. 

Saya bersyukur kerana berpeluang supaya hasil karya diterbitkan dan dibukukan. 

Seiring dengan meningkatnya usia serta beberapa perubahan yang berlaku dalam hidup terkadang membuatkan kecenderungan minat seseorang itu boleh berubah. Atau, boleh jadi minat itu boleh bertukar lain. Namun, jangan sesekali membuang kemahiran sedia ada. Itulah yang selalu saya ingatkan berkali-kali dalam hati walaupun, menulis ni ada pasang surutnya. Ada naik dan turunnya. 

Walaupun, menulis ni ada pasang surutnya... 

Boleh jadi juga, bukanlah kerana minat asal itu yang berubah. Tetapi, bila sudah mencapai tahap yang dinamakan sebagai self-improvement and self-achievement in life. Pengalaman lalu turut menjadi faktor penyebab mengapa manusia boleh berubah sama ada ke arah yang lebih baik dan sebaliknya. 

There's also a lot to be learned. 

Hendak seimbangkan antara menulis dan melukis bukanlah sesuatu yang mudah. Yang harus saya akui. Ada ketikanya saya alami burnout yang berpanjangan. Tak cukup rehat. Negativity semua tu. Tetapi, saya pilih untuk teruskan buat saja dan kurangkan merungut. 

Merungut tidak akan membawa saya ke mana-mana. 

Terkadang, saya terpaksa memilih. Sama ada hendak meletakkan yang mana satukah paling menjadi keutamaan buat diri sekarang? Sudah tentulah dengan melukis. Tetap juga saya pilih untuk menulis. Namun sebagai pilihan kedua. 

Saya ambil kedua-duanya dan teruskan belajar memperbaiki untuk menjadi lebih baik.

Sepanjang proses menyunting karya terbaharu, buatkan saya berfikir tentang semua ini. 

Setelah arwah baba pergi, emosi dan jiwa ketika menulis sesuatu cerita itu tidak lagi sama seperti dulu. Minat itu tidak hilang. Semangat itu yang berkurangan. Baba saya pergi hanya dua bulan setelah arwah nenek dijemput menghadap Ilahi. Saya kehilangan kedua-duanya insan tersayang dalam tahun yang sama. Sebelum karya terbaharu sempat terbit, sempat saya beritahu baba yang buku baru akan keluar tak lama lagi. Segalanya sudah ketentuan Allah swt. Dialah yang Maha Berkuasa. 

Ketika itulah semangat mulai merudum. Saya anggap ini semua ujianNya... 

Faktor ini juga mungkin jadi penyebabnya. Kenapa saya mulai hilang semangat dan jiwa nak menulis. Bila cuba nak bangun balik, terasa sungguh payah. Kerana, arwah baba selalu menyokong penulisan buku saya... orang yang paling bersemangat membaca buku tulisan saya. 

Masih saya ingat lagi semasa tahun 2018, ketika aktif menulis di Wattpad. Saya mampu hasilkan 3-4 karya dalam tahun sama. 

Sekarang ini saya tetap sibukkan diri. Tapi bukan lagi dengan menulis manuskrip atau ebook, sebaliknya dengan ubah angin kepada minat satu lagi. Saya hanya mahu alihkan rasa sedih itu dan cuba enjoy dengan buat benda lain pula. Sesuatu yang saya pernah buat dulu dan paling minati, iaitu melukis manga. 

Tak sangka yang bila dah lama-lama, passion itu datang balik dan susah nak buang. 

Semuanya bermula dengan konsisten. 

Kalau saya tidak melukis dalam sehari, akan rasa sesuatu yang kurang dalam diri. Apa pun yang kita buat dan usahakan, perlu untuk konsisten dan berdisiplin. I learn to draw again the same as how I've learnt writing. Until now, I'm still learning in writing. 

The journey is different, but the process is still the same. 

Even until now, I'm a bit struggle in writing.

Entahlah. Saya seperti dapat merasainya semasa menyunting manuskrip lain dan ketika tulis ebook 'Raffa'. 

I hardly to find that spark. I don't hate writing. It's just...

It seems like I'm losing somewhere... and I don't even know why

I've decided... untuk tamatkan Bad Boy Series. Hanya siarkan untuk siri pertama saja. Saya ambil keputusan untuk slow down my pace. Kejap-kejap saya melukis. Ada saja idea, saya menulis walaupun hanya sekadar tulis dalam handphone.

Melukis menjadi terapi buat saya. But I'll never push myself over the limit. 

Please remember that it's important to maintain your health physically and mentally. And for sanity too. 

And keep doing what you love. Don't give up yet even if you can't decide what's the right and most important thing to do. 

Take your time. Keep going and do it for yourself. Letakkan diri anda sebagai keutamaan terlebih dulu. Tanyakan kepada diri, adakah ini yang anda mahu lakukan? Berfikirlah untuk jangka masa panjang. 

Untuk kembali bangkit setelah menghadapi kehilangan paling besar dalam hidup. Asalnya mengapa saya kembali melukis. Saya turut belajar teknik coloring. Kembali asah skill yang sekian lama saya tinggalkan. Alhamdulillah, sedikit-sebanyak, saya mula lihat ada kemajuannya. Tetap jua percaya dan yakin dengan mutu hasil karya saya itu. 

Thanks for reading.

Post a Comment

0 Comments