Apa Tujuan Saya Ada Laman Web Penulisan?

Salam & hi,

Amyra Aimi


Tak dinafikan lagi yang saya sangat meminati dunia penulisan sejak dulu. Sehingga terfikir nak buat blog sendiri pada tahun 2011 iaitu, semasa di zaman studi. Baru-baru ini, ada terbaca artikel tentang kepentingan author website buat penulis seperti saya di dalam Bahasa Inggeris. Juga, melalui hasil pemerhatian saya melalui video di YouTube.

Tak katalah ini wajib dilakukan.

Saya ada sebab tersendiri mengapa saya lebih suka ada blog/website sendiri sejak dulu lagi. Salah satunya, saya lebih selesa menulis dan meluahkan pendapat tersendiri berkenaan sesuatu perkara di dalam blog berbanding menulis di media sosial seperti Facebook dan Instagram. Twitter pula lagilah. Langsung tak pernah ada. Buat masa ini, saya hanya mampu fokus pada kedua-dua platform socmed ini sahaja. Tak tahulah akan datang macam mana. Sama ada terfikir nak buat akaun Twitter atau tidak. Semuanya bergantung kepada masa saya sebagai penulis sepenuh masa. Yang lebih suka fokus sepenuhnya terhadap penulisan novel.

Satu lagi, saya mahukan pembaca lebih mengenali stail penulisan saya dengan membaca posting di sini. Di sosial media lain, ada ramai orang yang post macam-macam. Tak kiralah golongan penulis, selebriti, instafamous atau yang bukan penulis sekalipun. Jadi, perlu ada persaingan sengit supaya orang lain lebih tertarik dengan penulisan atau content yang berbeza. Bukanlah saya menolak bentuk persaingan yang dikira bagus itu. Ada pros and cons yang perlu dikira. Saya tetap post juga di socmed, cumanya tidaklah panjang lebar macam di blog sendiri.

Lebih baiklah saya fokus menulis dekat website sendiri :)

Ini antara sebabnya. Tujuan kenapa author website ini diwujudkan;

  1. As part of my resume. Ya, saya anggap laman web ini sebagai resume diri. Apabila pembaca membeli novel-novel saya di pasaran, saya terfikir tentang ini. Bagaimana nak supaya pembaca lebih kenal diri saya sebagai penulis dan penulisan saya? Saya anggap ini penting. Penting buat saya kerana, di Facebook dan Instagram memang saya kurang post sangat. Lebih kepada nak promo buku sahaja. Sebab? Seperti yang saya ada mention kat atas, keselesaan itu sendiri.
  2. Nak asah skil menulis. Semakin terbiasa tulis kat blog, semakin tajam penulisan kita. Selain fokus dengan penghasilan manuskrip, saya memang sengaja berblogging. Rasanya, ada sikit improvement bila dah lama-lama berbanding penulisan saya di blog lama dulu. Alhamdulillah. Always practice makes perfect. Right?
  3. As a distraction. Kenapa? Sebab dah terlalu fokus pada menulis novel. Nak elakkan cepat bosan (bukan sebab tulis novel kerana terpaksa) Tapi, bila terlalu fokus... you know what I mean? Kita manusia ada masanya tak dapat nak menulis hari-hari sebab ikut mood. Walau buat atas dasar minat sekalipun, tipulah kalau kata selalu produktif, kan. Saya mengaku yang semangat adakala turun dan naik. Jadi saya pilih masa tertentu untuk berhenti seketika daripada terlampau fokus dengan manuskrip kepada menulis benda lain di blog pula. Kemudian, barulah fokus pada manuskrip semula. Tetap juga menulis, kan? :)
  4. Authentic. Sebagai novelis, mestilah mahukan yang terbaik di dalam karier penulisan novel. Saya sukakan kelainan sama seperti saya tulis novel itu sendiri. Idea penceritaan walaupun cerita cinta tak dapat lari daripada cliche, tapi, saya tetap cuba mencari di mana uniknya melalui olahan cerita saya sendiri.
  5. Supaya lebih fokus dengan kerja menulis.
  6. Keep sanity. Takdelah nak teremo tak tentu pasal sebab terlampau leka scroll media sosial dan terbaca posting yang bersifat negatif atau mengutuk sesetengah individu.
  7. Promosi. Ini pun ye jugak. Selain promo yang dilakukan di socmed. Website ini membantu menaikkan nama dan jualan buku-buku yang saya hasilkan melalui carian di enjin Google.

I guess, that's it.

Ada satu kata-kata yang buatkan saya tertarik membacanya. Dah lupa apa nama blog tu. Sorry:(
'A writer isn't someone who tweets. A writer is someone who writes.'

Thank you for reading!

Post a Comment

0 Comments