Books




Segalanya dirancang demi mencari ketenangan buat seketika. Tanpa diduga, Sara Raihana rupanya ditipu oleh kawan baiknya sendiri. Dia jadi buntu dan hilang arah di negara orang.

Pertemuan dengan Harraz Danial yang juga dari Malaysia memberinya semangat dan harapan baru. Mana mungkin dia lupa senyuman nakal itu.

"Apa kata awak jadi maid saya?"
"Ha? Maid awak?"
"Ya, pembantu rumah. Awak setuju tak ni?"

Harraz Danial tidak tahu ada rahsia yang selama ini disimpan Sara Raihana. Penipuan itu terbongkar setelah kehadiran sepupunya, Lukman Arez, yang dalam diam turut menaruh hati kepada Sara Raihana.

Harraz memilih untuk membuang terus gadis itu daripada hidupnya buat selamanya. Hanya kerana ego dan cemburu, menyebabkan Harraz tidak mampu berfikiran waras.

"Get lost!"
"Baiklah, saya akan pergi dari sini. Saya janji yang saya takkan tunjuk muka saya ni depan awak..."

Namun, Allah sudah merancang pertemuan semula antara mereka. Di Malaysia, di rumah Sara Raihana juga. Kerana Harraz Danial bakal mengahwini kakak tirinya, Fira Rose.






Kisahnya ibarat cerita dongeng Cinderella versi lelaki. Makan apa yang ada. Tidur beralaskan tikar. Tinggal merempat pula. Puas dimaki, puas dicerca. Dibelasah lelaki yang merupakan ketua samseng di kampung. Itu semua sudah menjadi 'makanan' yang dia kena hadam. 

Fareez Iskandar sudah lali hidup susah. Sehinggalah, pertemuan dengan seorang lelaki yang berpangkat Dato'. Dia ditawarkan pula pekerjaan sebagai pemandu peribadi kepada anak tiri orang kenamaan tersebut.

"Aku rasa tak salah pun kalau kau berbahasa elok. Kau tak risau ke? Disebabkan mulut kau tu, takde lelaki yang nak." - Fareez 

"Ek eleh... cakap kita. Lelaki yang berebut nakkan aku lagi adalah. Kau tu yang takde perempuan nak." - Raysa

Raysa sakit jiwa nak menghadap muka lelaki misteri yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya. Entah manalah ayah tirinya itu sudah kutip. 

Padahal, hati mula sukakan pemandu peribadi merangkap bodyguard sendiri. Dengan berbaju sut serba hitam dan berkasut hitam, berperwatakan misteri dan suka berahsia, gaya selekeh itu terus bertukar maco. 

Lelaki itu kini menjadi lelaki yang Raysa puja dalam diam!





Perkenalan yang sangat sukar. Awkward. Begitulah apa yang Alya rasa saat kali pertama bertemu Michael, lelaki kacukan Melayu-Amerika yang baru nak kenal budaya Melayu dengan aksen Amerika yang pekat, agresif, perasan bagus dan penuh lagak! 

Mamat yang buat Alya alergi. Tak tahulah kenapa. Alya rasa macam ini hanya dengan Michael. Dengan lelaki lain tak pun. 

Semakin Alya cuba mengelak, semakin panjang pula isu antara mereka. Mereka perlu bekerjasama sebelum sama-sama meneruskan aktiviti pendakian gunung di Terengganu. 

Baby? Sweetheart? Partner in crime?

Balik-balik, gelaran itu juga yang sering ditujukan buatnya. Alya tidak suka... rasa menyampah betul. Tapi, kenapa asyik berdebar-debar saja setiap kali dia dipanggil begitu? 

"I tahu I handsome. Tak payah nak tengok lama-lama." - Michael
"Saya tengok sebab awak dah curi masa saya. Jangan curi pandang saya pula." - Alya
"No worries. You're not my type." - Michael

Pertama kali Michael bertemu dengan gadis sepelik Alya. That weird girl. Pelik, tapi cute. Begitu tanggapannya. Michael tahu gadis itu tidak suka dia. Dia pun tidak suka Alya mengutuknya. Macamlah mereka sudah lama berkawan. Gadis itu macamlah betul-betul mengenali dirinya. Manalah dia tak bengang.

Sehinggalah mereka boleh tersesat jauh di dalam hutan belantara akibat sikap ego masing-masing yang tak mahu beralah. Ketika diselamatkan lelaki itu daripada bahaya, debaran yang dirasai itu sama seperti mula-mula pertemuan mereka yang pertama.

"I broke the rule. I dah jatuh cinta dengan you sejak dulu lagi. Mula-mula pertemuan kita. Cuma I menafikan perasaan sendiri." - Michael


Post a Comment

0 Comments