8 Teknik Penceritaan Menarik Dalam Squid Game

https://amyraaimi.blogspot.com
Image from Pinterest

Salam & hi,

Kebanyakan kita pastinya sudah tahu pasal sebuah drama bersiri urban distopia dari Korea Selatan. Squid Game. Betul tak? Tengah hangat ada di Netflix sekarang. Boleh dikatakan masih baru dan popular di serata dunia. Sampaikan ada patung di Sunway Pyramid. Rata-rata ramai yang kata best so aku pun decide untuk layan sama. 


https://amyraaimi.blogspot.com
Image from Pinterest


Personally, cerita ini bukanlah termasuk dalam salah satu cerita kegemaran aku. I mean, my all time favourite. Kalau anda pembaca tegar blog ini sejak dari awal-awal aku berblogging dulu, korang mesti faham dah yang aku peminat cerita Jepun berbanding Korea. Even ada banyak drama Korea yang bagus dari segi plot penceritaan. Aku pun belajar juga sikit-sikit cara nak menjiwai karakter (characterisation) melalui drama tersebut. Lalu diterjemahkan ke dalam penulisan novel dengan style aku sendiri. 

Walaupun aku jenis layan aje K-drama. Tapi tak semua lah. Aku ni entahlah... memilih sikit bila nak layan movie. Sebab tu encik suami dah faham sangat. Time dia layan tu aku temankan ajelah. Tapi takdelah tengok mana pun. Fikiran jauh menerawang tentang cerita yang aku nak tulis seterusnya. Idea seterusnya. Haha! Itu pula yang aku fikirkan.

Sebab bagi aku lah kan, aku lebih ngefan sama cerita dari Jepun yang pernah disiarkan dulu bertajuk Battle Royale. Movie ni pun sama lebih kurang. Berunsurkan permainan juga. Macam Hunger Games pun ada. Peserta kalau tak silap melibatkan budak-budak sekolah. Setting kat dalam hutan belantara. Scary kut! Ianya lebih rumit dan hurmm... a bit ganas :( So kalau sesiapa yang ada masalah dengan kategori seperti itu, aku boleh cakap it's not highly recommended for you. Kalau nak cuba-cuba tengok, boleh aje. At your own risk okay. Jalan cerita pula aku rasa best dan mantap. 90's kids mesti kenal dan tahu cerita lama ni. Dah lupa tahun bila cerita ni released

Kenapa aku lagi minat cerita BR?

Salah satu sebabnya, aku tengok kebanyakan cerita Jepun agak unik dan lain daripada yang lain. Nilai kehidupan yang ditonjolkan tu kadangkala buatkan kita tak terfikir pun. Di luar kotak pemikiran. Kita ambil mana yang baik sajalah. Yang tak bagus tu dijadikan sempadan dan pengajaran :)


Image from Pinterest

https://amyraaimi.blogspot.com
Image from Pinterest

WARNING: SPOILER ALERT!

Tapi apa yang aku boleh jelaskan ialah, ini merupakan pendapat peribadi aku setelah menonton cerita ini masa tengah PKP itu hari bersama encik suami. 

Antara teknik-teknik penceritaan yang aku rasa bagus dan menarik dalam Squid Game:

1. Ada musuh dan hero yang jelas - It's that simple. Penonton perlu tahu siapakah dia musuh dan hero dalam sesebuah cerita. Fokus pada watak utama, sampingan, antagonis satu per satu yang ditonjolkan supaya penonton tidak keliru. Boleh jadi musuh utama ialah konflik dalaman protagonis sendiri? Siapa tahu, kan.


https://amyraaimi.blogspot.com
Image from Pinterest


https://amyraaimi.blogspot.com
Image from Pinterest


https://amyraaimi.blogspot.com
Image from Pinterest


2. Konflik - Terus tonjolkan elemen konflik di awal perjalanan cerita supaya penonton tak bosan, mudah captured what is exactly going on? (Case study; Kupilih Hatimu. Babak dimulakan dengan dialog Rafizah yang terus menarik perhatian pembaca, kenapa Rafizah bertindak menghalau anak tirinya, Raihana?). Inilah cara yang aku guna pakai sejak dulu. Sejak aku mula belajar sedikit-sebanyak tentang cara menulis novel. Contoh lain. Sudah Aku Mengerti. Ditunjukkan pada babak perbualan Michael dan Asyraf tentang Michael yang tidak mahu ke Malaysia. Sebab nak mengelak daripada seseorang yang dikenali sekian lama. Namun, terpaksa pergi juga setelah mamanya memutuskan untuk menjalani pembedahan bagi penyakit yang dihidapi di Malaysia (bab 1, m/s 1).

The more bigger the issue is, the more raising stakes it could be.

Dalam Squid Game ada diterangkan pasal permainan tradisional yang digemari oleh kebanyakan kanak-kanak Korea. Permainan Sotong merupakan yang paling ganas berbanding permainan lain menurut mereka. Kemudian, babak watak utama yang terang-terang bermasalah dengan emak beliau yang sudah pun uzur. Tapi, masih lagi menampung kehidupan dengan bekerja demi menyara hidup mereka sekeluarga.  Hero turut ada ketagihan berjudi. Iaitu lumba kuda. Kat sini jelaslah yang penonton terlebih awal tahu dulu apa yang sebenarnya dialami oleh hero. Jadi, dalam fıkran kita mesti tengah bermain dengan pelbagai persoalan, jangkaan seterusnya apa yang berlaku. Kan? 

Dan, apakah perubahan yang perlu hero lakukan untuk mengubah keadaan beliau serta keluarganya supaya lebih baik di masa akan datang?


3. Jalan cerita yang menarik dan 'relatable' - Masalah peribadi yang dialami watak utama kalau tengok mostly ada persamaan dengan apa yang berlaku dalam sesetengah masyarakat. Lebih dekat dengan jiwa penonton. Duit tak cukup, hutang keliling pinggang, kesusahan hidup, anak yang ramai dan bermasalah, pertengkaran suami isteri sehingga boleh salah faham atau bercerai-berai, etc.


https://amyraaimi.blogspot.com
Image from Pinterest

https://amyraaimi.blogspot.com
Image from Pinterest

4. Characterization - Semua peserta akan rasa desperate nak menang. Dalam masa yang sama, setiap watak dibelenggu dengan masalah masing-masing. Ada karakter. Ada pembuli, baik hati, pendiam, ceria, misteri, etc. Walaupun kita tahu yang kebanyakan di antara mereka mesti ada masalah kewangan, tak mampu nak tanggung keluarga masing-masing, dikejar along / pemungut hutang ke... Itu mungkin antara masalah yang paling utama. Biggest problem. Mereka ada inner conflict. Konflik dalaman yang ditonjolkan... atas sebab kenapa mereka memilih jalan itu. Yang mencetuskan perbalahan sesama sediri. Kepentingan sendiri. Tamak haloba. Persoalannya? Ada ke yang betul-betul baik dan jujur yang nak menang dalam game ni? Sebab kita pun tahu yang duit mampu mengubah sikap seseorang.

Apakah yang mendesak mereka sebenarnya? Sedangkan mereka tahu yang game itu mengundang satu ancaman nyawa kepada mereka jika diteruskan hingga ke peringkat seterusnya. Memberi bala.

Pendek kata, kenapa mereka sanggup mati demi kerana duit yang ditawarkan?


5. Kejutan (Element of surprise) - Boleh jadi dalam sesebuah penceritaan, ada kejutan baik dan kejutan buruk. Kalau takde kejutan, mestilah boring. Kan? Tapi dalam cerita yang best mesti akan ada sekurang-kurangnya satu kejutan. Jadi, akan dijelaskan ke nombor seterusnya...


6. Plot twist - Ada beberapa elemen plot twist yang quite impressive. Sebagai contoh boleh jadi plot twist tu ada pada watak antagonis. Malah protagonis. Apa yang aku boleh cakap, plot twist kalau pandai diolah dalam sesebuah penulisan novel, memang bagus. Tapi kalau terlalu over sangat sampai memeningkan kepala pembaca / penonton, atau pun membuat mereka jadi keliru... itu yang perlu dikaji semula. Bagi aku pÅ‚ot twist memang akan buatkan cerita kita tambah menarik. Cumanya perlu pandai diolah. Atau pun setiap kali sesuatu manuskrip siap ditulis, cuba baca balik. Revised each parts. Cari mana plot holes. Supaya jalan cerita tak meleret pun ya juga.

Cuba tanya diri sendiri, perlu ke atau tidak babak seperti itu dikekalkan?


7. Gol dan Matlamat - Hero semestinya faham apa gol dia nak capai. Baik hero, watak sampingan ke, antagonis semuanya ada gol yang mahu dikejar. Supaya tema cerita tu sampai. Penonton pun faham apa yang ingin disampaikan. Berbalik kepada no. 2, ini menjadikan konflik jalan cerita tersebut semakin meningkat (raising the stakes). Bukannya semakin menurun, mendatar atau membosankan. Takde perubahan apa pun. Sebab watak tak memahami apa matlamat mereka.

Bila watak kejar gol mereka, mereka akan mula ambil berat apa yang di sekeliling mereka dan ianya akan mengubah persepsi atau apa yang selama ini difikirkan itu salah. Dan, bagi kesan terhadap mereka mahu pun orang tercinta. Boleh jadi benda atau pun haiwan peliharaan. Mengisi kekosongan dalam hidup mereka. 


8. Nilai murni atau kesedaran tentang kehidupan - Sudah semestinya babak akhir, akan bagi impak. Penonton akan belajar nilai pengajaran dalam cerita ni. Kalau tamak sangat, jadi apa? Malas bekerja, apa nak makan? Sengsara tak bila hidup susah? Dan, kaya tak semestinya bahagia. 

Kata-kata pada watak seorang atuk menyampai maksud segalanya. Iaitu apa yang boleh disimpulkan dalam cerita ni. Iaitu...

Nak tahu apa yang berbeza bagi yang terlalu kaya dengan yang terlalu miskin? Jawapannya ialah, tiada beza. Sama saja. Tiada kepuasan daÅ‚am hidup. 


https://amyraaimi.blogspot.com
Image from Pinterest

Inilah punching bag yang aku rasa... terkena batang hidung. Tak semestinya watak baik, kadangkala nilai murni turut boleh ditonjolkan daripada sisi lain sama ada antagonis. Pun boleh jadi juga. Kat sinilah aku belajar. Oleh itu, bersyukurlah seadanya. Apa yang Rasulullah SAW dah ajar pada kita sebagai umatnya itu sangat betullah. Bersederhana dalam segala segi.

Itu saja yang aku nak kongsikan. Juga aku gunakan sedikit-sebanyak pengalaman yang ada dalam penghasilan manuskrip, online study, research article yang aku buat sikit-sikit. Jadi ilmu yang tak seberapa ini aku decide untuk share dengan korang. Maaf andai terkurang. Ada yang nak komen dialu-alukan. Semoga post artikel ini bermanfaat buat semua. 

*Jangan lupa untuk follow di Facebook Amyra Aimi. 

Thanks for reading.

Post a Comment

0 Comments