Berkarya Untuk Siapa?

 Salam & hi guys,


Amyra Aimi


Pernah tak kita tanya pada diri sendiri, boleh terima tak andai kata takde sesiapa pun yang nak baca hasil tulisan kita? Boleh ignore camtu je.

Setelah berpenat lelah menulis atau pun menaip berjela-jela… end up, no one ever reads it. Padahal dah share di pelbagai platform seperti blog, website dan wattpad. Jangan kata view, likes pun takde. Nada.

Jawapannya mungkin ada yang tak kisah pun (kalau sememangnya cerita tu ditulis untuk diri sendiri / kepuasan sendiri sahaja). Suka-suka.

Atau pun bengang. How come takde sorang pun yang baca weh? Aku dah penat-penat tulis cerita ni, perah otak cari idea sampai tak tidur malam and so on. Tak logik takde sorang pun yang like. Tak pun, mesti akan bersedih hati. Kecil hati lepas itu terus merajuk dan siap cakap lagi, ini kali terakhir aku menulis. Pasni aku tak nak post apa-apa lagi dah. Malas nak submit manuskrip dengan mana-mana penerbit (andai kata direject, bukan sekali dua guys. Berkali-kali pula).

Agreed? Or not? Tapi sebelum tu. Sudilah baca pengalaman hidup saya berkaitan topik di atas.

Saya akui sebelum ini niat berkarya tu lebih kepada diri sendiri. Pendek kata, untuk suka-suka saja sebenarnya. Firstly, sebab tahu yang cerita ditulis tu tak mungkin siap sepenuhnya. Biasanya memang tak siap-siap pun. Hanya sekerat jalan. Secondly, selalu rasa penulisan iolls tak menarik, tak bestlah, apalah. End up, tak siap dan tak posting pun untuk bacaan umum. Sebab segan. Rendah diri. “Bagaimana kalau ditertawakan ramai orang?” “Tak nampak kurang cerdik ke nanti?” Apatah lagi nak cuba-cuba hantar dekat penerbit (Baca pengalaman hantar manuskrip pertama dalam ‘Tip Manuskrip’).

Percayalah. Selagi ada unsur negatif yang menghasut hati anda, anda takkan pernah berkarya sampai bila-bila.

Tapi kepada siapa saya tujukan semua hasil karya saya tu? Maksudnya, setelah berjaya diterbitkan. Setelah bergelar published author. Jawapannya masih tetap sama seperti ketika mula-mula saya menulis dulu. Lebih kepada diri sendiri. Berpuas hati dan gembira tak terkata bila setiap kali tengok satu per satu buku berjaya terbit dan ada di rak kedai buku. Kalau saya baca dan rasa cerita yang ditulis tu best, saya percaya yang ianya pasti akan seronok dibaca oleh semua orang. Saya takkan menulis selagi rasa cerita tu tak best. Selagi karakter tu tak bagi keseronokan sepanjang saya menulis. I will stop for a while. And put it aside. Focus with another story. Dah bersedia atau terinspirasi nanti baru revise balik.

Begitulah cara saya.

Contohnya, kenapa cerita Hanya Untuk Setia (HUS) tu tak siap-siap sampai sekarang? Siapkan dulu manuskrip keempat. Supaya tak membuang masa. Baru sekarang ni aje nak mula tumpukan sepenuhnya pada cerita tu. Sebelumnya saya agak stuck dengan HUS. Tak pasti di mana perjalanan karakter, tapi saya tahu cerita tu memang menarik. Berazam untuk siapkan juga HUS walaupun ambil masa agak lama. Mungkin ianya perlukan masa untuk digilap seumpama berlian sedikit masa lagi. Mungkin, bukan sekarang.

Bertahun habiskan masa dengan satu-satu manuskrip atau cerita, masakan harus dibiarkan begitu saja?

Teringat satu ketika dulu, masa zaman sekolah menengah suka lukis komik ala-ala Gempak Starz. Menulis pun freehand saja. Lepas itu saya akan bagi kepada kawan-kawan sekelas untuk baca dan komen hasil tulisan itu. Bila dipuji mereka, saya akan senyum lebar sampai ke telinga. Rindunya zaman sekolah dulu-dulu;)

Apabila bergelar novelis, sudah tentulah hasil tulisan itu turut mahu dikongsikan bersama pembaca sekalian. Tanpa penulis siapalah pembaca. Kalau dulu, ya. Mungkin lebih kepada diri sendiri. Sekarang sudah berbeza. Kena tahu trending cerita yang digemari pembaca novel bergenre cinta.

Sebab itulah maksud saya tadi. Pentingnya untuk berkarya buat diri sendiri terlebih dulu.

Lebih bagus jika tidak dilakukan semata-mata demi likes atau votes. Akan tulis bila ada views atau jumlah likes tertentu. Itukah maksud sebenar berkarya? Kenapa? Dari mana datangnya kesungguhan dan niat sebenar menulis? Tapi sebagai manusia biasa, tipulah kalau saya langsung tak suka bila cerita sendiri disukai oleh ramai orang.

Pembaca masa kini semakin bijak menilai sama ada cerita itu ditulis semata-mata nak kejar populariti ke atau benar-benar ikhlas.

Pernah tak rasa dah lukis cantik-cantik lepas tu lukisan itu nak disimpan aje untuk diri sendiri? Mestilah kita akan kongsi dengan semua orang. Supaya lebih bersemangat. Itu kebaikan apabila kita putuskan untuk berkongsi hasil karya dengan orang lain. Supaya lebih termotivasi. Lebih rajin untuk berkarya lagi dan lagi. Namun niat asal itu usah dilupakan. Sebab kadangkala boleh terpsiko dengan simbol hati kosong pada setiap gambar postingan di Instagram, jumlah like pada setiap posting di FB. Sampaikan boleh tak sedar apa niat sebenar berkarya.

Thanks for reading!

Post a Comment

0 Comments