10 Cara Nak Kekalkan Positif Dalam Diri

Salam & hi guys,

Amyra Aimi


Bagaimana keadaan anda ketika ini? Harap-harap semuanya baik-baik saja ya. Terutama di musim pandemik ini. Ya, saya tahu. Semua orang tak kira apa pun golongan baik B40, M40 dan sebagainya tak lepas dengan apa yang berlaku sekarang. 

Pendek kata, kita hanya mengharapkan doa, belas ehsan sesama kita mahu pun kerajaan serta pemulihan melalui program vaksinasi yang dilaksanakan KKM. Itu pun masih ramai lagi orang yang benar-benar susah. Ada yang sampai bunuh diri pun ada. Allahuakbar. Sedih bila setiap kali dengar pasal ni. Belum kira lagi yang sampai langsung takde benda nak makan. Yang ada anak-anak kecil. 

Paling sedih dengan budak-budak sekarang yang membesar dalam situasi tak normal seperti ini. Nak pergi sekolah tak dapat. Nak main dekat luar tak boleh. Jauh berbeza dengan acik ni yang membesar di era 90-an. Sebab itu bersyukurlah.

Kes Covid 19 masih meningkat naik dengan mendadak walaupun perintah kawalan pergerakan (PKP) telah lama dilaksanakan oleh kerajaan. Our frontliner semakin letih demi nak mengawal isu ini.

Tapi, sejauh mana ianya berkesan?

Saya pun tak pasti. Sebab saya bukanlah arif dalam menilai data statistik kawalan penyakit berjangkit, kesannya terhadap ekonomi negara dan sebagainya. Itu di luar bidang kepakaran saya. Let the right person do their parts

yang saya nak kongsikan dalam artikel blog kali ini ialah tentang cara-cara nak terus positif atau paling tidak pun sedikit-sebanyak, mampu mengawal emosi dengan baik di saat pandemik yang tengah melanda sekarang. Saya buat artikel ini sebagai peringatan untuk diri sendiri juga. Supaya saya boleh baca semula setiap kali saya buka website ini.

Dan, inilah apa yang biasa saya lakukan, juga berkaitan dengan penulisan saya:

  1. Membaca buku - Yang tak minat membaca tu, cubalah tanamkan minat. Sebab banyak manfaat boleh diambil dengan amalan membaca. Saya ni nak kata rajin sangat tu taklah. Setakat membaca antara waktu senggang je. Kadangkala dapat beberapa page sebelum tidur pun jadilah. Ini jauh lebih baik daripada buang masa dengan menari terkinja-kinja di TikTok (sorry for my harsh words). Saya rasa penyebab kepada berlakunya kemerosotan nilai kreativiti individu / declining in creativity jika dibandingkan situasi di era sebelum munculnya app yang tak mendatangkan faedah ini. Ya. Betapa banyaknya masa terbuang hari demi hari untuk aplikasi yang tidak bermanfaat. Sehingga daya kreativiti seseorang individu semakin lama semakin berkurang. 

    Cuba bandingkan era terdahulu sehingga revolusi berkembang. Kita lebih banyak belajar daripada kesusahan. Menyebabkan kebanyakan orang lebih berfikir dan belajar daripada sekeliling terutamanya alam. Melainkan yang bijak menggunakan aplikasi ini dengan cara yang betul.

  2. Mendekati Al-Quran - Menghayati. Tadabbur dengan sepenuh hati.

  3. Jangan letakkan dunia no. 1 tapi cuba seimbangkan dunia & akhirat - Saya cakap macam ni sebab saya sendiri nampak. Ramai betul yang terkesan dengan apa yang orang lain ada, dan apa yang kita takde. Terdesak sampai tertekan. Sampaikan stres, tekanan hidup melampau, terlalu fikirkan hal yang belum terjadi lagi atau tak tahu pun betul nak jadi ke tak. 

    Apa nak jadi dengan masa depan sendiri? Anak-anak yang kecik lagi. Nasib isteri kalau dah takde? Sedangkan kita sememangnya tahu rezeki / masa depan / hari kiamat / ajal / maut / jodoh itu ketentuan Tuhan. Sebab itulah jadi stres. Dan kerana itulah kita tak bersemangat. Mudah putus asa. 

    Jangan jadikan golongan artis, instafamous, K-Pop band sebagai role model. Sebaliknya jadikanlah Rasulullah SAW sebagai model terbaik dalam kehidupan. Esok-esok nanti dengan siapa kita nak mengharapkan belas kasihan? Yang bagi syafaat di akhirat nanti siapa? Di hari di mana Allah terlalu murka dengan kita… sampaikan haiwan yang takde dosa walau sebesar zarah pun ketakutan… kita akan cari Rasulullah SAW, kan. Mengharap simpati daripada baginda SAW. Bukannya Kendall Jenner atau BTS, kan? (Sorry kepada peminat mereka. I’m no hater of course).

  4. Never compare! - Kaya tak bermaksud ada ramai anak, rumah besar berpuluh-puluh tingkat, kereta mewah, dapat melancong ke luar negara atau pun Langkawi. Maksudnya di sini ialah merasa cukup dengan rezeki pemberian Allah, dengan apa yang ada di depan mata, hati tenang dan berjaya melakukan apa yang disukai. Tak semua orang suka dengan kerja yang dilakukan, tak semua pasangan bahagia walaupun ada ramai anak, dan tak semua juga pasangan yang tak bahagia tanpa anak. 

    Kebanyakan orang tak sedar yang apa mereka ada / miliki itu sebenarnya telah pun ditentukan Allah yang itulah mungkin paling terbaik untuk mereka. Sehingga ada yang tak hargai pun apa yang dimiliki itu kerana lebih mahukan sesuatu yang lebih besar. Yang dirasakan lebih baik. Lebih cantik. Lebih segala-galanya. Sebab itulah perlunya ada rasa syukur. 

    Fakta, lumrah manusia selalu merasa tak cukup dengan apa yang ada. Sebab itu saya terpaksa kadang-kadang ignore posting (walaupun kenalan rapat) yang bersifat menunjuk-nunjuk di mana-mana group WhatsApp / FB / IG. For a good sanity, of course! Kalau benda yang menyentuh sensitiviti ni sepatutnya kita lebih peka. Sebab ada banyak hati perlu dijaga. Hati sendiri juga.

  5. Jangan terlalu mudah menjatuhkan hukuman ke atas diri sendiri atau orang lain - This is a big no. Efek dekat mental health tu nanti. Belajar untuk memaafkan apa jua kesilapan. Forgiving yourself everyday. Cuba maafkan orang lain walaupun payah. True, it’t not that easy… to forgive but not to forget. Lakukanlah kerana diri sendiri. Untuk kebaikan sendiri juga.

  6. Jangan mudah terkesan dengan posting di media sosial (baik positif / negatif) - Kenapa saya kata positif pun ya juga? Sebab tak semuanya relate dengan diri kita. Tak semuanya mampu menenangkan hati. Tak semua orang berfikiran sama. Tak semua memiliki latar belakang kehidupan / keluarga / tahap pendidikan yang sama. 

    Contohnya, ada yang kata beli kereta A bagus dan bersesuaian dengan level income orang yang hanya bekerja sebagai pembantu tadbir N17. Bagus pendapat itu. Siapa kata tak bagus? Cumanya, mungkin kereta A hanya betul-betul sesuai dengan pembantu tadbir N17 tetapi tidak bagi pembantu perawatan kesihatan N11. Itulah yang saya maksudkan. Apa yang ditunjuk kat IG / FB janganlah fikir yang semuanya betul. Nampak saja bahagia. Nampak saja kaya-raya. Manusia memang akan tunjuk benda yang baik saja. Semua orang berbeza okey. 

    Sebaliknya jika terbaca apa jua posting jangan terimanya bulat-bulat walaupun ianya kita rasakan bagus. Cubalah berfikir sedalam-dalamnya. Mana yang baik kita ambil, yang buruk please tinggalkan. Atau lupakan terus je.

  7. Makan aiskrim / coklat / anything yang jadi kegemaran. Yang mampu menenangkan. Yang boleh buat kita happy.

  8. Cari balik hobi dan minat yang dah lama ditinggalkan. Menjahit / mengait / melukis ke. Anything.

  9. Jaga kesihatan dengan lakukan regangan / senaman di rumah, perawatan muka, memasak masakan yang sedap-sedap untuk keluarga tersayang, layan kerenah anak-anak dengan dada yang lapang, cipta satu aktiviti bersama suami dan anak-anak di rumah setiap hari atau di hujung minggu, hubungi keluarga yang jauh, selalu tanya khabar mereka. Kadangkala mendoakan kebaikan seseorang tanpa pengetahuan dia sekalipun boleh bagi ketenangan. Boleh buatkan kita positif.

  10. Fokus dengan kerja apa pun - Jangan RUSHING! Jangan asyik nak tergesa-gesa, terkejar-kejar sampaikan tak enjoy pun. Balik kerja nak cepat. Basuh pinggan sambil tahan rasa nak marah. Makan laju-laju. Mandi ke dan semua bendalah nak cepat aje. Kalau rasa terpaksa sekalipun, cubalah slow down. Cuba enjoy the moment. Take time. Why don’t sambil basuh pinggan sambil cerita benda kelakar dengan suami / isteri / anak. Gelak sama-sama. Menangis sama-sama. Create a good verbal communication. Tak puas hati ajak bincang. Jangan memendam masalah. 

    Pasangan pun kenalah ambil tahu. Jangan pentingkan diri. Again, take time. Luahkan bila masing-masing dah free. Always asking these questions that begin with why? How? Cari cara penyelesaian dengan keep asking yourself too. Why? How? Takde salah pun kalau kita lambat nak habiskan sesuatu kerja. 

    Dalam pada saya menulis atau tengah sibuk kejar deadline, saya akan cuba tak terlalu memaksa dalam keadaan penat. Saya akan berhenti kejap. Rehat beberapa minit. Tarik nafas dalam-dalam. Cerita masalah dekat suami. Beritahu dia yang saya penat, takde mood, takde idea, stres. Bila dah lega dan hati pun gembira. Baru fokus balik. Supaya karya yang dihasilkan itu berkualiti. Berbaloi untuk pembaca beli. Sebab tu saya tak mampu tulis ebook dalam pada saya nak kena fokus pada novel. Saya juga yang akan alami burn out syndrome nanti. Biarlah tunggu sampai 6-10 buku dah terbit di pasaran barulah saya fokus pada penghasilan ebook pula. Maybe one day. Insya-Allah. Doakan saya ya.

  11. Extra tip - Macam saya suka bela kucing di rumah. Terhibur dengan kerenah kucing tersebut.

Semoga apa yang dikongsikan ini bermanfaat.

Thanks for reading!

Post a Comment

0 Comments