Self-edit Manuscript

Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera,

Sekarang ni saya agak terkejar-kejar mengejar deadline (yang saya tetapkan sendiri) bagi menyiapkan manuskrip 'The Promises'. Manuskrip ini merupakan yang paling lama saya ambil masa untuk siapkan termasuklah proses mengedit yang sangat panjang. Manuskrip ni kalau diikutkan hampir nak setahun juga saya ambil masa untuk 'polish'.

Like a diamond:)

Step pertama, lepas anda menyiapkan draf yang pertama tu kalau boleh editlah like a pro. Walaupun, anda hanyalah penulis untuk suka-suka saja (Mulanya suka-suka manalah tahu lama-lama jadi serius pula kan). Macam saya dulunya saya ignore part editing ni. Saya fikir takpelah. Editor kan ada. Tapi tanggapan saya tu salah rupanya. Penulis pun kena ada sikap ambil cakna dengan penulisannya sendiri demi penghasilan sebuah karya berkualiti. Bila dah mengedit, kita akan lihat betapa banyaknya kesilapan dari segi tatabahasa, struktur ayat dan ayat mengelirukan etc. Semua tu harus diperbetulkan. Jangan ambil mudah. 

Be ruthless when it comes to editing process.

Cara saya terpulanglah sesuai atau tidak untuk diikuti. Sebab lain penulis lain caranya.

Macam saya, manuskrip tu saya print out dan simpan dalam satu fail double ring kaler putih. Peramkan lama-lama macam proses pembuatan kimchi dan baca semula. Ikutlah berapa minggu/ bulan pun nak biarkan ianya terperam begitu. Sebab nak dapatkan mood as a reader tu sebenarnya. 

https://amyraaimi.blogspot.com

https://amyraaimi.blogspot.com


Guna teknik color coding semasa nak edit. Cara seperti ini pun sangat membantu juga. Bila buat macam ni, kita lagi nampak di mana kesalahan harus diperbaiki. Contoh, merah untuk salah ejaan ke dan sebagainya. Tak adalah anda pening kepala masa nak hadap laptop nanti.

Lebih mudah lagi, kalau adik-adik ada seorang Ideal Reader (IR). Carilah kakak ke, abang atau kawan baik untuk jadi IR kita. Macam saya ni mestilah encik suami, hehe...

Proses menulis ni memang banyak step untuk menghasilkan manuskrip yang berkualiti. Walaupun, saya menulis sebenarnya dah lama tapi, saya masih lagi rasa banyak yang perlu belajar. Saya lakukan research dan banyakkan pembacaan di blog juga YouTube. 
Saya suka bila ada penulis yang berkongsi ilmu penulisan based on experience. Sebab bagi saya ilmu Allah ni terlalu luas. Saya akan cuba sampaikan mana yang saya tahu. Ada yang bertanyakan kepada saya macam mana saya menulis sebuah manuskrip? Cara nak tulis novel? Saya akan kongsikan kepada adik-adik yang bertanya. Yang banyak bertanya tu daripada Wattpad sebenarnya. Saya lihat ramai adik-adik yang berpotensi jadi penulis terutamanya mereka yang komited. So, jangan putus asa ya!

Sebelum ni saya ada cerita kan pasal karakter atau watak sesuatu cerita ni ada macam-macam. Kena buat pengkajian latar belakang watak tu macam mana. Berdasarkan pengalaman saya menulis, dulunya saya tak suka buat plotting tu semua atas faktor malas. Pendek kata, I am more into pantser rather than a plotter. 

Tapi, itu dululah. Sekarang bila dah makin banyak membaca tips penulisan rupanya, saya lebih selesa untuk jadi pantser di awal draf pertama manuskrip dan plotter untuk draf kedua dan ketiga dan seterusnya.

Pantser ni lebih kurang, menulis yang ikut dan aje. Haha! Tulis dulu fikir kemudian jalan cerita seterusnya. Tapi ada pro and cons juga. Kelebihannya, kita akan jadi lebih kreatif. Kalau plotter, jalan cerita lebih tersusun dari segi plot line dan takdelah cerita tu merepek, merapu meraban. Macam saya tulis dulu patutlah cerita saya dulu-dulu banyak yang merepek je;p

Ada masa saya sambung lagi another topic and tips.

Thanks for reading!


Post a Comment

0 Comments