Be Patient (The Cure for a Broken Heart)


Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,


Dalam pada kite bergembira menjalani hidup seharian ni, kadangkala tipulah ye dak kalau takde rase sedih, kecewa, terluka, sentap dan sebagainya. Maklumlah sebagai manusia biasa kite tak pernah lari dari kesalahan dan dosa. Masing2 ada kelebihan dan kekurangannya begitu juga aku.

Di sini aku ingin berkongsi sedikit cerita... Mudah-mudahan dapatlah kite sama2 ambil nya sebagai pengajaran dan pedoman bagi memperbaiki lagi diri yang penuh khilaf ini. Baru2 ini masa sibuk beraya, aku berjumpa dengan salah sorang cikgu aku masa sekolah menengah dulu. I was all excited sebab dah lame tak jumpa cikgu aku tu... so kami pun berborak panjang la... dari bab belajar, kuih raye berapa balang, pasal umah, travel etc. hinggalah tup2 cikgu bercerita pasal dia pergi menunaikan haji tak lama dulu...

Aku begitu teruja mendengar pengalaman beliau. Aku sempat membayangkan alangkah seronoknya kalau aku juga dapat menjejakkan kaki ke tanah suci itu. Mungkin satu hari nanti bila dah ada rezeki dapatlah aku merasa pengalaman macam cikgu aku tu, Insya ALLAH=)

Cikgu cerita sepanjang dia nak bertolak ke Mekah dia telah ditimpa dugaan yang agak menguji kesabarannya. Bayangkanlah, sepanjang transit dari rombongan haji nak berangkat di KLIA lagi hingga la sampai ke Jeddah, perut cikgu buat hal tak sudah2... tak pernah lagi dia merasakan kesakitan dan keperitan yang tak henti2 itu... ada satu ketika, semasa transit penerbangan di Colombia selama 8 jam itulah perut cikgu meragam tanpa henti...





*Sumber dari dari En.Google

 Sebaik je menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah, Alhamdulillah... sakit perut cikgu terus hilang serta-merta. Malah dirinya lebih sihat dan cukup kuat untuk menunaikan ibadah haji walaupun sepanjang perjalanan beliau hendak bertolak ke tanah suci begitu menderita akibat menahan kesakitan nya. Kata beliau, mungkin ini ujian dari ALLAH SWT buatnya bagi menguji sejauh mana kesabarannya menghadapi dugaan tersebut, namun sebagai hambaNYA kite tak tau apakah hikmah di sebalik semua yang berlaku... apa yang pasti, banyakkanlah berdoa mohon dipermudahkan segala urusan dan diberi kesabaran=)

Dan hinggalah sewaktu berangkat pulang ke Malaysia, kesihatan cikgu tak terganggu walau sikitpun...Maha Suci ALLAH... sungguh berbeza sekali ketika hendak bertolak ke Mekah sebelum itu.

Begitulah serba sikit yang aku ingin ceritakan tentang pengalaman cikgu aku semasa menunaikan haji. Yelah, setiap orang pasti tak terlepas dengan ujian Tuhan. Sebenarnya setiap hari antara sedar dan tidak kite telah diuji dengan macam2 hal ye dak? cuma kite kadang2 tak sedar dan masih leka dengan kesenangan hidup ni.

Ada yang diuji dengan kesenangan dan nikmat harta, dan ada juga yang diuji dengan hidup miskin melarat.
Dan macam2 lagilah...

Kadang2 mesti ada yang dah biasa dengan dialog2 ini;

"Eh, apesal ko ni aku tengok makin gem$% ek? ko ni...nama aje pose,tapi makin lama makin gem#$ aku tengok!"

"Apesal la ko ni lem#$% sngat ha??"

"Ko ni makan ke tidak ni?ku*&% melidi semacam jek?!dah macam $$^%^&" etc.

What the...??o_O

Kite tak pernah tanya sama ada orang yang dimaksudkan tu sebenarnya ape yang die rasa?kite pikir dia macam cool aje, macam takde pape... ala, rilek arrh,benda small matter jek pon nak tacing kew?? but who knows? mungkin dia tengah bersabar ke...tak pun menyumpah kite dalam hati ye dak?



Just what I said, this is just my simple thought. Kite tak pernah lari dari wat silap. Aku juga perlu banyak belajar dan perbetulkan kekurangan diri=)

I am not trying to blaming others but this is just a side story. I know, sometimes even as for me, it's hard to keep patient every time. We're only human. Kadangkala jalan jam teruk pun aku dah hangin 1 badan,uwahh...! Jangan bandingkan kite dengan Rasulullah SAW yang banyak bersabar dan berkorban demi umat baginda. Tapi apa salahnya kite cube mencontohi sifat baginda. Kite boleh mulakan dengan berkata benda yang baik2 aje dulu. Betul dok?=)

Seperti yang diriwayatkan dari Nabi Muhammad SAW; bahawa baginda bersabda, ALLAH SWT berfirman;

"Tidak ada seorang hamba pun yang terkena musibah lalu berpegang padaKu, kecuali Aku akan memberinya sebelum ia minta kepadaKu dan Aku akan mengabulkannya sebelum ia berdoa kepadaKu. Dan tidak ada seorang hamba pun yang terkena musibah lalu bergantung kepada makhluk selain Aku, kecuali Aku tutup pintu-pintu langit baginya."


"Allah menyukai orang-orang yang sabar." (QS. Ali-Imran:146)



Post a Comment

0 Comments