Dia, Cinta Pertama


9

SEBAIK PULANG dari kerja petang itu, aku terlihat sebuah Myvi berhenti betul-betul di sebelah rumahku. Aik, kereta siapa pulak ni? macam familiar je. Macam pernah aku tengok sebelum ni. Aku menekan remote pintu pagar rumah. Lalu memarkir kereta di pekarangan rumah sebaik sahaja pintu pagar itu terbuka luas.

Lah... si Sheila rupanya. Turun je dari kereta aku sudah mendengar suara lantangnya dari rumah Hazim. Bunyi macam orang tengah bergaduh je. Macam ada sesuatu yang tak kena ni. Terus aku pasang telinga.

“I tak kira Hazim. Sekarang jugak I mahu penjelasan dari you!”

Aku senyum sinis. Hm... lover’s quarrel. Biasalah, macam dalam drama Melayu yang aku biasa tengok tu. Sekejap ok dan sekejap tak ok. Hazim aku lihat tenang sahaja. Dia berdiri di muka pintu rumahnya. Manakala Sheila berdiri di luar sambil bercekak pinggang.

“Penjelasan apa pulak ni?” soal Hazim.

Suaranya kedengaran tegas dan masih terkawal. Dia mengerling sekilas ke arahku yang sudah tercegat di luar pagar menyaksikan pertelingkahan mereka.

“You jangan pura-pura tak faham lah. I kenal you siapa. Ni semua sebab perempuan tak guna tu kan?” tuduh Sheila.

“Siapa yang you maksudkan?”

“Jiran you tulah. Pengasuh Atai!”

Aku terkejut. Alih-alih nama aku pulak yang disebutnya. Hei, ini tak boleh jadi. Tidak habis-habis tunang Hazim ni nak cari pasal dengan aku.

“Hoi perempuan!!” aku menyergahnya.

“Apa hoi-hoi hah? Kau terasa ke aku panggil kau perempuan tak guna?!” tempik Sheila. Jari telunjuknya dihala ke wajahku.

“Cakap tu baik-baik sikit eh. Siapa perempuan tak guna ni sebenarnya hm. Kau ke aku? Sebelum aku tampar muka kau lebih baik kau berambus dari sini!”

Merah padam muka Sheila. Hazim menjadi serba salah dibuatnya.

“Aku takkan pergi dari sini selagi aku tak ajar kau cukup-cukup Shameem. Sebab kau lah Hazim berubah. Kau dah rampas tunang aku lepas tu buat muka tak bersalah. Perempuan sial!”

Aku memandang Hazim dengan pandangan yang tajam. Kerana dia aku yang terkena tempiasnya. Sejak bila pulak aku cuba goda lelaki ni? sebelum ni pernah ke aku melebih-lebih dengannya? Yang peliknya sampai mak Hazim dengan Sheila boleh pulak tuduh aku macam tu.

“Ewah, ewah... sedapnya mulut kau mengata aku. Sebelum kau tuduh aku baik kau siasat dulu betul ke tak tuduhan kau tu. Sejak bila pulak aku ni rampas tunang kau hah? Setahu aku selama ni Hazim cuma hantar aku suruh jaga anak dia je. Takde masa langsung aku nak layan dia lebih-lebih. Kau tak percaya baik kau tanya sendiri tunang kau tu.”

“Eh, perempuan miang, aku memang tak percaya langsung dengan kau. Kau ingat aku tak tau ke selama ni kau sengaja goda dia? Perempuan tak tahu malu. Hazim tak layan pun kau tapi kau yang melebih-lebih apehal?”

Aku menjegilkan anak mata. Hazim menggeleng kepala melihat sikap Sheila itu.

“Kenapa kau diam? Memang betul kan kau cuba rampas Hazim dari aku. Dan Atai tu kau jadikan alasan je untuk rapatkan diri kau dengan Hazim. Supaya kau dapat mengaburi mata jiran-jiran sekeliling. Kau ni kan, memang dasar perempuan murahan tau tak?”

“Sheila, jaga sikit mulut tu! You ni kan memang tak habis-habis nak buat kacau kat sini.” marah Hazim.

“Kenapa you nak back up perempuan gatal ni pulak? Agaknya you memang dah suka kat dia kan Hazim?!”

Aku mengetap bibir. Menggigil tubuhku menahan amarah. Sheila kelihatan begitu kerdil sekali di mataku kali ini.

“Hei perempuan, kau dengar sini baik-baik. Aku tak kisah kau nak cakap aku apa pun. Perempuan murah ke, sial ke, jalang sekalipun... aku sikit pun tak heran lah. Sebab aku memang tak bersalah buat apa nak takut? Kau pun Hazim, mak kau semua dua kali lima je. Agaknya pemikiran orang-orang kampung ni memang kolot macam ni kan? Suka buat kecoh. Buat bising-bising macam kat dalam reban ayam. Sebab tulah ada perumpamaan Melayu, ayam bertelur je habis riuh sekampung. Kau pun macam tulah agaknya. Pot, pet, pot, pet mulut macam ayam!” aku tersenyum sinis.

“Kurang ajar punya betina!”

Sheila mengangkat tangannya ingin menampar wajahku,

“Hah, tampar! Tamparlah! Kenapa tak tampar je muka aku yang lawa ni? aku tahu lah kau memang jeles dengan aku kan Sheila? Sebab aku ni bukan je cantik, kaya raya, anak Tan Sri pulak tu. Bila dah ada pengaruh dan kuasa ni jadi lagi senang aku boleh heret kau ke mahkamah bila-bila masa je Sheila kalau sekali kau guna kekerasan kat aku. Aku boleh guna nama papa aku. Kau pulak? Kau nak guna nama siapa? Hm? Setakat anak Tuan Haji macam bapak kau... aku rasa bapak kau pun tak boleh buat apalah. Mesti dia pulak yang pengsan bila tengok anak dia perangai macam ni. Nak buat macam mana kan, orang kampung tu buat jelah cara orang kampung. Tak sedar diri!” Sepuas hati aku menghinanya. Biar dia sedar langit itu tinggi ke rendah.

Merah padam muka Sheila seperti hendak menahan tangis.

“Kau... kau memang...”

Tanpa diduga, Sheila terus menyerangku. Adegan tarik-menarik rambut pun berlaku. Aku menahan kesakitan. Sekuat hati aku menarik rambutnya itu. Sheila terjerit sambil berusaha melawan balik. Ternyata dia tidak berdaya melawan kekuatanku. Aku yang bagai dirasuk menampar-nampar mukanya.  Hazim berusaha meleraikan ‘perang besar’ yang tercetus itu.

“Sudah lah tu! Sheila, pegi balik sekarang!!” tengking Hazim. Baru kali ini aku melihat dia marah sebegitu sekali.

Sheila sudah menangis teresak-esak. Dia menghampiri diriku sekali lagi namun cepat-cepat ditarik Hazim. Dah lembik macam tu pun ada hati nak lawan aku lagi. Aku senyum sinis. Selamba sahaja aku membetulkan ikatan rambut yang kusut.

“I said enough already! You nak I bagitau parents you ke?!”

“Fine.”

“Sheila, you dengar sini. I harap lepas ni you tak buat perangai lagi. Kalau tak... you tahulah nanti macam mana,” kata Hazim tegas.

“You nak salahkan I pulak? You tau tak perempuan tu yang nak cari pasal dulu dengan I.” Sheila menuding jari ke arahku.

Aku mencebik.     

“I tak nak dengar apa-apa lagi. Better you leave right now Sheila before things get worse.” Kata Hazim serius.

“Hazim...”

“Pergi!!!” tengking Hazim.

Sheila tersentak. Dia merengus kasar lalu menjeling tajam ke arahku. Tanpa sebarang kata lagi dia terus berlalu dari situ. Aku berasa sakit hati yang teramat sangat. Wajah Hazim yang keruh tidak langsung aku pandang.

“Saya minta maaf Meem. Saya tahu disebabkan saya lah awak yang jadi mangsa,” Hazim bersuara perlahan. Dia serba-salah.

“Dah lah Hazim. Saya dah muak dengar perkataan maaf awak tu. Sampai satu tahap saya rasa alangkah baiknya kalau kita tak pernah berjumpa dan awak tak jadi jiran saya. Awak ni pembawa masalah tau dalam hidup saya.” Aku berkata sinis sebelum berlalu meninggalkannya.

Hati ini benar-benar sakit!

**********

“MACAM MANA boleh jadi macam tu Meem? Isy... anak mama ni, ada je masalah dalam sehari.”

Aku mengetap bibir sambil meramas telefon bimbit dengan geram. “Bukan salah Meem mama. Sheila tu yang mulakan dulu.”

“Hah? Siapa?”

“Sheila tunang Hazim tulah ma. Hazim yang baru pindah kat sebelah rumah ni.”

Suara mama mengeluh kedengaran jelas di telinga. “Dah tu Meem nangislah tadi?”

“Meem nak nangis mama? Heh, silap oranglah. Bukan jenis Meem yang senang-senang nak nangis terutama sebab orang-orang kampung tu. Nanti nampak sangatlah yang Meem ni lemah mama. Lepas tu makin sukalah dia buat Meem macam-macam.”

“Ha, betul tu sayang. Mama bangga dengan anak mama ni. Jangan tunjuk pada mereka yang kita ni lemah. Not a crybaby. Kan bagus macam tu.”

Aku tersenyum bangga mendengar kata-kata mama.

“Lagi, dia cakap apa lagi kat anak mama ni?”

“Macam-macam ma. Ada ke patut dia tuduh Meem rampas tunang dia. Huh, lelaki kampung tu mama... bagi percuma pun Meem tak ingin. Sempit betul pemikiran. Macam manalah dia boleh terfikir nak tuduh Meem macam tu?”

“What? Kampung boy? Sejak bila pulak ada budak kampung pindah kat sebelah rumah?”

“That is not the point now mama. Dia tu bapak budak bukannya budak lagi. Yang Hazim tu takde apa. Masalahnya sekarang ni mak dia dengan tunang dia sekali. Sibuk tuduh Meem goda si Hazim tu,” aku menjelaskan. Mama mungkin masih kurang faham agaknya sebab mama bukannya tinggal bersama aku.

“Huh, what a shame. Sanggup dia cakap Meem macam tu. Dasar orang kampung tak sedar diri. Sebab tulah mama tak suka betul dengan orang kampung ni. Macam papa kau tu. Fikiran kolot dan tak moden langsung. Nama je pelajaran tinggi. Sampai sekarang mama menyesal kawin dengan papa kau!”

Aku terdiam. Ini bukan kali pertama mama berkata begitu. Sudah lali aku mendengar mama mengungkit benda yang sama. Balik-balik keburukan papa. Papa itulah... papa inilah... bila aku tanya papa, papa diam je. Tak pernah diceritakan perihal mama. Papa cuma cakap dia tak halang aku nak berhubung dengan mama sebab dia tak mahu memisahkan hubungan kasih aku dengan ibu kandung sendiri.

“Tapi sekurang-kurangnya papa kau tu dah berjaya. Bukan main sekarang dengan pangkat Tan Sri dia tu...” mama tergelak kecil.

“Dah tu mama, Meem nak buat macam mana?”

Aku menantikan mama akan memberikan pandangan atau nasihat sewajarnya. Aku benar-benar buntu. Jika mama tidak boleh membantu, sekurang-kurangnya mama sudi mendengar luahan hati aku ini.

“Hm... macam nilah, Meem tak payah lah jaga anak Hazim tu lagi. buat apa nak susah-susah? Jauhkan diri Meem dari pemuda kampung tu. then, selesai masalah. Habis cerita. Betul tak mama cakap ni?”

“Tapi ma... Meem ikutkan hati tak kuasa sebenarnya nak jaga anak dia tu. Papa lah beria desak Meem.”

“See? Betul tak apa yang mama cerita kat Meem selama ni. Papa kau tu hanya tahu nak menyusahkan hidup kau je. Tak payah lah dengar cakap papa. Meem dengar cakap mama je lepas ni okey sayang?”

“Okey ma. Meem cuba ikut cakap mama ni. Meem pun bukannya ada masa sangat nak jaga budak kecik tu.”

“Ha, tau pun. Don’t force yourself dear. Mama tak naklah anak mama ni jadi macam bibik atau orang gaji pulak. Jaga sikit standard kita ni. High class. Orang macam kita kena jadi pengasuh anak orang lain? Memalukan betul!”

“I know ma.”

“Macam tulah anak mama.”

“Mama... mama bila nak datang sini jumpa Meem?” aku meluahkan rasa hati yang terlalu merindui mama. Aku benar-benar ingin bertemu dengan mama.

“Err...”

“Kenapa ma?”

“Apa tu... mama... err, macam ni Meem, bukan niat mama tak mahu datang tapi Meem pun tau kan keadaan mama sekarang macam mana lepas bercerai dengan Uncle Roslan dulu. Sekarang ni pun kami masih dalam proses perceraian. Kena naik turun mahkamah tak kira masa. Dengan hal syarikat lagi. Banyak sangat masalah mama kena fikir sayang...”

“Jumpa sekejap pun tak boleh?” aku menduga mama.

“Bu... bukan tak boleh sayang. Tapi mama sekarang ni betul-betul tengah busy. Tunggulah bila betul-betul dah free nanti kita jumpa somewhere else okey honey?”

Aku terasa sebak tiba-tiba. Sibuk sangatkah mama sampai kan hendak jumpa sekejap pun tidak boleh. Siapa sebenarnya aku di hati mama?

“Meem...”

“Ya, mama. Meem dengar. Okeylah kalau macam tu. Lain kali pun boleh jumpa kan.” Aku bersuara hambar.

“That’s right honey. Oh ya, mama ada something nak mintak tolong Meem ni.”

Aku mengerutkan dahi.

“Tolong apa mama?”

“Err... macam ni. mama harap sangat Meem dapat tolong mama kali ni. Mama tak tahulah nak harapkan pada siapa lagi kalau bukan Meem. Boleh tak mama nak pinjam duit sikit?”

“Mama nak pinjam berapa?”

“Tak banyak sayang. Dalam tiga puluh ribu ringgit, boleh?”

Aku terdiam sejenak.

“Hm... boleh tahan jugak tu. Meem memang lah takde masalah. Tapi mama nak buat apa dengan duit sebanyak tu?”

“Mama nak bayar hutang syarikat sikit. Meem tolonglah mama ya? Kali ni je mama mintak. Mama janji mama akan bayar balik bila dah ada duit nanti.” Desak mama.

Sebenarnya jika diikutkan aku sedang menghitung hutang-piutang mama yang sebelum ini. Masih lagi tertunggak walaupun mama telah lama berjanji akan membayar balik kesemua duit yang dipinjamnya itu. tapi aku tak ambil kisah pun sebab mama punya pasal aku sanggup melakukan apa sahaja. Mama kan mama kandung aku. Yang telah susah-payah melahirkan aku jadi untuk apa aku berkira dengan insan yang telah banyak berkorban untukku? Yang penting hal ini dirahsiakan dari pengetahuan papa.

“Okey mama. Alang-alang Meem nak bagi duit tiga puluh ribu tu, boleh jugak kita jumpa kan mama?” aku masih mengharap.

“Eh, tak payahlah Meem. Meem masukkan je duit tu ke akaun CIMB mama ya? Meem ada lagi kan simpan nombor akaun mama tu?”

“Ada...”

“Okey, thanks dear. Apa-apa hal nanti kita borak lagi. Mama nak cepat ni. Ada hal sikit. Dah masuk duit tu inform mama ya. Bye!”

“Bye...”

Terus talian diputuskan. Aku mengeluh hampa dengan jawapan mama. Bukan ini yang kuharapkan. Aku perlukan mama. Aku mahu bertemu dengan mama bagi melepaskan kerinduan ini. Mama... kenapa buat Meem macam ni? perlahan-lahan air mata yang aku tahan sejak tadi menitis jua ke pipi. 

Post a Comment

0 Comments