Teringin Bercuti ke Korea Lagi


https://amyraaimi.blogspot.com

Assalamualaikum wbt,

Selesai menyiapkan novel kedua Kak Myra yang bakal muncul di pasaran menjelang Oktober 2020 ini. InshaAllah. Alhamdulillah... syukur dan lega sangat! Usaha dan penat lelah, segala pengorbanan dan air mata yang banyak tumpah sepanjang penghasilan manuskrip BKD berbaloi juga akhirnya. 

Tak dinafikan, manuskrip lain pun Kak Myra menangis juga nak siapkan. Entahlah, penceritaan Fareez Iskandar dan Raysa betul-betul menyentuh emosi Kak Myra. Sebab ia lebih tertumpu pada konflik kekeluargaan dan perhubungan cinta antara adik-beradik tiri. Semua emosi watak-watak tu Kak Myra perlu menjiwai betul-betul. Sampaikan emosi Kak Myra sendiri yang kacau, haha! Kesusahan tu hanya Allah yang tahu. Husband akak ajelah yang banyak bersabar dan sangat memahami. Bagi sokongan penuh demi penulisan ni. Kak Myra lebih selesa bercerita hal sebegini yang lebih personal di dalam blog sendiri sebab Kak Myra anggap blog ni as my virtual diary. Lebih bebas nak bercerita dan meluahkan tentang apa-apa berkaitan penulisan dan novel-novel Kak Myra. Supaya lebih dekat dengan pembaca Kak Myra bila korang baca terus dalam blog. Berbanding posting di fb atau ig. Tapi sekarang memanglah zaman ig kan. Entahlah, Kak Myra lebih suka tulis kat blog. Ada aje yang Kak Myra post sikit-sikit kat ig tu, tapi taklah panjang lebar macam dalam blog. Kepada pembaca yang mengikuti perkembangan penulisan Kak Myra, rajin-rajinlah jenguk blog ini ya, haha:)

Jangan lupa dapatkan keluaran novel Benar Kucinta Dia yang bakal berada di pasaran nanti. Boleh lihat di laman fb Amyra Aimi atau Penerbitan Dear Novels. Yang nama hero tu kalau perasan sama macam nama hero dalam cerita Rahsia Hati Cinta. Cerita RHC Kak Myra dah tak publish lagi dalam blog atau wattpad tau. Hanya tinggal satu bab sahaja. Sebab rasanya, manuskrip tu biarlah hanya tinggal kenangan dan as part of learning process sahaja. Kak Myra lebih suka fokus pada manuskrip lain-lain yang dirasakan boleh pergi jauh. Which that is matter to me.

Gambar-gambar percutian tu ada aje kat dalam laptop. Cuma malas nak upload di socmed. Tapi, Kak Myra suka bercerita dan membaca perkongsian tips di mana-mana socmed atau blog tentang percutian atau hiking. Suka ambil tips dari sesiapa yang pernah ada pengalaman. Macam gambar-gambar masa pergi Korea Selatan pada tahun 2017, syok betul bila tengok balik. Rasa macam nak pergi balik ke sana. Nak-nak, bila dah setel manuskrip ni. Adehhh...


Buat masa ni, belum sempat lagi nak tulis pasal tips travel ke Korea. Sepertimana, blog post sebelum ni yang backpacking ke Jepun tu. For sure, memang mengidam nak pergi sekali lagi ke Korea. Mungkin kena tunggu betul-betul dah selamat dari isu Covid 19 ni. Kalau nak bercuti sangat, setakat dalam Malaysia dekat-dekat ni ajelah nampaknya:)

Kak Myra tak pernah jemu berterima kasih kepada pembaca yang banyak menyokong karya-karya Kak Myra selama ni. InshaAllah, mula nak fikirkan manuskrip ketiga pula. Tajuk dan cerita apa tu kenalah rahsia dulu. Buat masa ni masih mencari lagi stail penulisan dan kekuatan Kak Myra sebagai penulis. Kak Myra lebih suka mencari kelainan idea. Kisah cinta tak dapat lari daripada cliche, yang berbeza ialah olahan idea tu sendiri. Itu yang unik dalam diri setiap penulis novel genre cinta:)


https://amyraaimi.blogspot.com

https://amyraaimi.blogspot.com

https://amyraaimi.blogspot.com

https://amyraaimi.blogspot.com

https://amyraaimi.blogspot.com

https://amyraaimi.blogspot.com

https://amyraaimi.blogspot.com


Tapi, bukanlah dalam masa terdekat ni. Kasi can dulu dekat diri sendiri untuk berehat panjang. Haha. 


Terima kasih kerana membaca:)

Post a Comment

0 Comments