RAFFA




A/N: Draf pertama untuk manuskrip seterusnya. Tajuk main letak aje dulu. Fikiran aku pun mula bercelaru... nak buat yang mana satu dulu bagi manuskrip ke-5 ni? HUS tu dah almost siap draf sampai final. Kesudahannya, urm, hah... peram dululah. 

_

PROLOG

"RAF, okey tak ni?" Tanya Zack seraya merangkul bahu Raffa.

Raffa balas dengan senyuman herot, lalu mencapai segelas air Coke di meja. Pandangannya tertancap jauh ke depan tanpa menghiraukan alunan muzik rancak lagi bingit yang dipasang memenuhi segenap ruang itu. 

Raffa menghabiskan masa bersama kawan-kawannya di majlis hari jadi salah seorang di antara mereka. Majlis itu diadakan secara tertutup di sebuah emper mewah yang menghadap KLCC. Kebanyakan di kalangan mereka merupakan anak orang kenamaan. Termasuklah Raffa.

Tetapi, mereka bukanlah kawan sekuliahnya.

Raffa lebih memilih untuk menikmati pemandangan ibu kota di luar jendela yang mengasyikkan berbanding bersuka ria dengan mereka. Malam ini dia tiada mood. Tak macam kebiasaan. Kawan perempuannya mengajak dia berbual pun banyak kali ditolak mentah-mentah. 

Tapi, sekurang-kurangnya dia tetap datang ke majlis itu. Daripada tak datang langsung.

"Kau ingat dia lagi ke?" Zack bernada menyakat.

Dia memerhati muka kacak Raffa.

"Siapa dia yang kau maksudkan?" Raffa buat-buat tanya.

"Alah, awek yang kau cerita dekat aku tulah. Qistina kan namanya?"

"No way," ucapnya ringkas.

Betapa malam ini dia mahu fikirkan keseronokan saja. Dia menepis seraut wajah itu jauh-jauh. Tak mahu ada kaitan apa-apa langsung.

"Hai, takkanlah dah putus kot?" Zack menghenyakkan punggung bersebelahan Raffa. Memegang kemas gelas minumannya sambil memandang Raffa dengan pandangan yang sama.

"Really. Antara aku dengan Qis... Mana ada apa-apa pun." Raffa jongket kening sebelah.

Zack gelak besar.

"Takde apa-apa kau kata? Habis? Yang gosip pasal korang studi sama-sama dekat rumah famili kau tu apa? Fake?" 

Raffa tak menjawab. Bebola matanya bergerak kepada beberapa gadis yang tengah menyembang di satu sudut. Sebaik perasan Raffa yang tengah memerhati itu, salah seorang di antara mereka mengangkat tangan dan melambai kepada Raffa. 

Raffa membalas dengan senyuman kecil sambil Zack terus-terusan memerhati. Menanti dengan sabar.

"Aku masih ingat lagi. Kau pernah beritahu aku dulu."

Raffa mendengus.

"Come on, bro. kau pun tahu taste aku macam mana, kan. Tak payah peninglah fikir pasal dia. Aku ni takdelah nak kata serius sangat pun. Aku dah malas." Ucapnya. 

"I'm waiting for someone else. Yang lebih menyeronokkan. Dia tu... boringlah." Sambung Raffa, lalu meneguk minumannya itu. Meletakkan gelas itu semula ke meja dengan lagak biasa. 

"Eleh, yelah tu. Apahal muka kau tu monyok aje aku tengok?" Zack menduga.

Raffa mengerling sekilas. "Kata aku apa? Monyok?" dia gelak.

"For surelah aku sukakan dia. Aku ada cakap ke sebelum ni... Yang aku bencikan perempuan? Aku cuma..." 

Raffa meleretkan ayat. "Dah bosan."

"Hmm... Okey." Zack memikirkan kata itu.

"Jadi, kalau bosan... Kita cari lainlah. Kan." Sengih Raffa.

Zack tertawa. Dia yang mahu kenakan Raffa, alih-alih, dia pula yang terkena balik. Siot betul Raffa.

"Okey. Fine, kalau macam tu... aku takkan campur lagi pasal hal korang. Pandai-pandai kaulah. Aku tanya sebab nak tahu aje. Belum pernah lagi aku tengok kau rapat dengan mana-mana perempuan dalam tempoh yang lama. Boleh kata nak dekat tiga bulan jugaklah, kan? Kau berhubungan dengan Qis." 

Raffa cuma angkat bahu. 

"Malam ni apa kata kau lupakan aje pasal dia. Have fun okay bro? Rugilah. Hei, kau tengok tu... Ramai lagi awek cun dekat sini. Tinggal nak pilih aje. Macam kau ni aku rasa..." Zack membisikkan sesuatu seraya menyengih. 

"Petik jari aje. Mana-mana pun boleh dapat." Sengihnya.

Raffa senyum senget.

"Aku nak ke sana kejap."

"Okey, aku faham." Raffa kenyit mata kanan. 

Mereka ketawa-ketawa. 

Raffa mematikan senyumannya sebaik Zack berlalu pergi. Rautnya kembali serius memikirkan sesuatu. Ada sesuatu yang sedang bermain dalam fikirannya itu sejak... dia putuskan untuk tidak menghubungi Qistina lagi. Dia serik. 

Sebelum segalanya terlambat... lebih baiklah mereka membawa haluan masing-masing. Buat hal sendiri. Itulah yang paling terbaik. 

Kerana... dia dan Qistina hanyalah dua insan berbeza pemikiran dan sikap. Ibarat langit dengan bumi. Raffa sudah pun memikirkan perihal itu sejak dulu lagi. Di awal perkenalan mereka lagi. Silapnya itu mungkin kerana dia yang sengaja membiarkan tempoh perhubungan mereka itu jadi lebih panjang. 

Raffa merasakan Qistina sudah berubah. 

Qistina jadi lain apabila semakin lama dia makin mengenali diri gadis itu. Dia bimbang sekiranya Qistina mahukan komitmen. Inginkan perhubungan itu supaya lebih serius. Qistina selalu mengambil berat akan dirinya, itu yang Raffa tidak selesa. Sebab itulah Raffa bertindak memutuskan perhubungan mereka.

Sejak itu... Qistina menjauhkan diri daripadanya. Ah, Raffa tidak peduli. Langsung tidak!

Dia marahkan Qistina kerana menganggap yang perhubungan mereka itu serius. Padahal tidak pun. Raffa cuma berniat main-main.

Buat apa Raffa hendak pening-pening fikirkan soal cinta? Cinta? Huh. Baginya cinta tidak mempunyai apa-apa makna. Dia sudah lama membuang rasa itu satu ketika dulu. Sebaliknya dia lebih sukakan cara hidup yang sekarang. 

Berseronok dengan kawan-kawannya. Itu saja yang dia anggap penting... iaitu, kawan-kawannya.

Bersama mereka, hidupnya jadi bebas. Sebebas-bebasnya.

Raffa memandang semula ke arah geng gosip di depannya tadi. Seorang gadis berambut ikal dan panjang melepasi bahu lebih kurang paras pinggang serta berwarna keperangan itu menarik perhatiannya. Bergaya seksi dan moden dengan skirt paras paha. Mengikut lekuk badan. Setiap inci ditenung Raffa dengan pandangan tajam. Gadis itu berdiri membelakangi Raffa yang duduk menghadap mereka. 

Namun, sebaik gadis itu berpaling kerana dipanggil seseorang... Raffa bagaikan terpaku. 

Entah betul ke atau pun tidak. Apa yang dia nampak itu? Gadis itu seksi benar. Bijak bergaya. Bertubuh tinggi ala model. Memakai high heels. Sangat cantik. Kulitnya putih dan halus mulus. Tipulah. Jika tiada seorang pun lelaki yang tergoda. Sepertinya dia bukan pelajar biasa. 

Gadis itu seperti... Qistina? Raffa terpegun. 

Tidak... tak mungkin! Raffa sudah benar-benar mengenali Qistina. Qistina hanyalah gadis naif yang baginya tidak pandai bersosial. Apatah lagi biasa berparti seperti mereka. Qistina hanya tahu melepak di perpustakaan saja. Ini bukanlah tempat yang sesuai buat orang seperti Qistina.

Gadis itu ketawa-ketawa bersama Zack pula. 

Mereka berpandangan setelah Zack menghalakan telunjuknya tepat kepada Raffa. Mereka bertatapan agak lama. Raffa masih lagi sukar nak percaya. Wajah itu dia tatap lagi sepuas hati. 

Memang mirip benar... dia berbisik. 

Genggamannya erat. Berkali-kali dia menidakkan yang itu bukanlah Qistina. Tapi, perempuan lain yang dia tidak kenal langsung.

Gadis itu mendekati Raffa. Selangkah demi selangkah diperhatikan Raffa tanpa berkelip. 

Raffa memandangnya tajam. Raffa semakin keliru. Apakah yang berlaku sebenarnya?

"Qis..." Tanpa sedar, bibir Raffa bergerak sedikit. Perlahan nadanya. 

Namun, jelas didengari gadis itu. Perlahan-lahan, bibir merah itu mengukir senyuman menggoda. 

"Hai, Raf."

*Jangan lupa untuk follow Facebook Amyra Aimi.

Thanks for reading.

Post a Comment

0 Comments