Tip
Tip Manuskrip
Salam and hi,
Aku nak share some tips dan pengalaman sepanjang menghantar manuskrip dekat mana-mana penerbit. Agar pengalaman ini boleh dijadikan inspirasi dan semangat buat adik-adik yang nak mencuba nasib terbitkan buku secara tradisional. Aku bermula secara general dulu okey? Sebab aku hanya duduk di bawah bumbung satu publishing company sahaja(Penerbitan DearNovels).
I want to talk about my own experience. Before we go further. Shall we?
Masa mula-mula menulis dulu, tak terfikir langsung pun nak terbit manuskrip. Means, cuba-cuba hantar karya ke mana-mana publisher. I just write. I do what I want to do.
Masa tu pula tengah sibuk dengan studi. Subject core pula studio base (mana yg architecture/landscape/art design student tahulah). Bersengkang mata siang, malam demi nak menyiapkan final project plus presentation board yang saiznya sebesar-besar alam. Rasanya, kedai xerox uncle Cina yang sebelah UiTM Perak tu dah ibarat rumah kedua dah selain kolej. Haha.
Ya. Aku studen yang struggle hard sebenarnya demi nak achieve kecemerlangan dalam hidup. So aku enjoy buat apa yang aku suka selain study hard, that is, tulis novel:)
Ikutkan takde jalan mudah pun untuk berjaya. You have to grab peluang mana-mana, then, working hard on that thing yg you nak achieve. Standard hidup macam tu bagi aku. But still, you have to find your own passion. Kalau kaki memancing mestilah akan cari port mana-mana nak lepak mancing kan? Begitu jugalah penulis. Bagi contoh memancing sebab favourite pastime encik suami.
Time tengah belajar tulah buat blog. Entahlah masa tu gila betul menulis. Pernah posting cerita kat satu website ni then, dekat situlah aku dilamar salah sebuah penerbit for the first time sekitar 2010 (sebelum Penerbitan DN). Dua kali e-mel minta aku punya manuskrip. Tapi masa tu,entah kenapalah. Aku tak serius langsung. Tulis main-main dengan cerita tak siap-siapnya...aku tahu yg aku dah kecewakan ramai pembaca. Sebab tak bersedia, tak matang sebab umur pun baru berapa time tu, kurang motivasi, kurang sokongan dengan busy nak habiskan study lagi. What else?
Aku tak siapkan pun manuskrip yg dilamar penerbit tu... aku e-mel bagitahu aku tak dapat nak siapkan. Saying sorry sebab tak ready nak serius jadi penulis:( Aku tahu ibarat menolak tuah, kan. Ada penulis yang banyak kali submit manuskrip cuma rezeki saja tak menyebelahi. Aku pula boleh main-main time tu? Tak serius langsung. Hurmm... Mungkin Allah dah takdirkan begitu. Mungkin... ada sesuatu yang Allah lebih tahu yang Dia nak bagi dulu. Wallahualam.
(Aftermath) Masih menulis walaupun sambil kerja kerajaan. Taip cerita pun senyap-senyap dan masa ni dah matang. Mula fikir nak serius dalam penulisan. Mana tahu boleh jadi passive income. At least masuk royalti hasil penjualan novel. This time, aku usaha keras no matter what. Orang nak fikir apa ke, lantak. Sebab aku fikir ini passion yg aku tak boleh nak elak lagi.
Pernah berhenti dulu for 7 years. Pernah alami writer’s block. Pernah alami kesukaran menulis. Almost quit, but...
Minat tu mesti datang balik. Dalam otak mesti fikir juga nak kena keluarkan idea tu dan menaip depan laptop. So aku decide nak siapkan manuskrip banyak-banyak then, cuba submit dekat mana-mana publisher. Tahun 2018 ialah tahun aku bermula semula sebagai karier penulis full time. Aku berjaya siapkan 3-4 cerita dlm tahun yg sama. Selain blog, aku selalu publish kat Wattpad. Ni pun encik suami yang suruh. Kalau tak... aku banyak membaca aje cerita yang orang lain dok tulis kat Wattpad tu. Paling banyak aku baca cerita from overseas writers.
Ya, encik suami orang yang paling kuat sokong penulisan aku.
So, here are the tips.
1. Research dulu nak submit dekat penerbit mana (DearNovels, Karya Seni, Penulisan2u, SR Publication, KarnaDya, Idea Kreatif, Kaseh Aries etc.) Boleh lihat di laman web ini sebagai rujukan (Mungkin senarai ini agak lama tapi setakat nak jadikan rujukan sikit-sikit tu bolehlah).
-Part ni penting okey. Please do some research sebab takut tersalah hantar genre. Kaji genre apa yang setiap publishing company di Malaysia nak, syarat-syarat dan apa-apa je yang berkaitan. Yang di atas tu publisher yang terbitkan novel popular, genre cinta plus cinta aksi, triler, kekeluargaan dan islamik pun ada. Ini setakat yang tahu. Boleh tanya encik Google kemudian.
2. Font size 12, Times New Roman (TNR) font, spacing 1.5, Microsoft Words format, jumlah perkataan 90k-110k, 420-500 page maximum (yang ni bergantung pada publisher)
-Make sure check betul-betul atau boleh double confirm dengan pihak penerbit tu sendiri. Masa nak hantar karya pertama dulu pun aku berhubung terus je dengan penerbit. Senang. Malas nak berteka-teki.
3. Tak menyentuh isu sensitiviti perkauman, agama, berunsur lucah/18sx, biarlah bermoral, menarik dan ada nilai pengajaran.
-Part ni aku tak tahulah nak cakap apa. Sorry ya, tapi aku tak suka baca part yang dilucahkan semata-mata nak tarik perhatian pembaca untuk membaca tulisan anda. Kissing scene tu boleh diterima lagilah. Kalau non-Muslim writer tu tak kisah. Yang Muslim tu... ermm. Lebih lagi yang underage. Kesianlah kat budak-budak bawah umur. Especially kat Wattpad. Banyak aku tengok. Hanya sebab ia open source. Pendapat aku, tanya diri sendiri balik apa niat menulis? Kebanyakan penulis nak sampaikan kebaikan melalui hasil karya. Kita mungkin tak sedar tulisan kita bagi impak besar dalam hidup someone. Ada yang terinspirasi bila baca. Kalau niat tu baik, Insya-Allah. Ada kebaikan yang Allah akan balas di kemudian hari.
4. Ada kena e-mel je dan ada yg hantar hardcopy/kedua-dua sekali.
-Bergantung pada syarat yang telah ditetapkan oleh penerbit. Ada minta tiga bab terawal. Ada yang nak satu mss penuh beserta surat akuan karya, biodata dan sinopsis penuh dalam 3-4 muka camtu.
Yang ni pun sangat penting bagi akulah. Aku titikberatkan soal professionalism. Walaupun big boss tu cousin sendiri ke,uncle ke atau aunty, kena juga proper dan profesional. Bukan macam main WhatsApp dengan kawan-kawan group sebelah.
‘Hi wak, ingt nk sedn mss kt awk,leh x?’ (Contoh- dahlah tak proper,typo pula,lepas tu ayat pendek-pendek LOL)
Ya,betul. Sebab kita tak tahu kita deal dengan siapa. Sama macam nak minta kerja juga mula-mula. Nak hantar resume pun kena betul-betul. Kita tak kenal lagi bos kita orangnya macam mana kan, cerewet ke, easy going. Even dah bertahun-tahun kenal dan keluarkan 50 buah buku pun masih kena jaga attitude dan professionalism. Pernah terbaca dalam buku Stephen King (On Writing, m/s 294). He wrote,
‘When asked what is the most important thing for a young writer who’s just beginning to submit his/her fiction to remember, Frank pauses only a few seconds before replying, ‘Good presentation’... and you should close by thanking him for the reading. That’s especially important.’
One more thing, be humble and willing to learn:)
5. Usaha, doa dan tawakal.
-Aku pernah je kena reject. Novel BKD tu pun pernah direject 2 kali oleh different publisher sebelum diterima dan dibukukan. Banyakkan berdoa semoga manuskrip diterima. Kalau ditolak, cuba terima dengan hati terbuka. Belajar dari kesilapan. Betulkan semula mana yg ditegur. Jangan cepat putus asa. Lagipun benda ni subjektif.
Creative writing is a form of art. To be creative, kena selalu belajar. Skil kena diasah selalu. Dapat hari-hari lagi bagus. Tundukkan ego demi ilmu. Ilmu macam-macam cara boleh dapat. Kadangkala kita tak perasan yang Allah hantar seseorang untuk tunjuk ajar dan bantu kita capai impian. Sebab tu jangan sombong untuk belajar dengan orang lain yang lebih tahu/pakar dalam sesuatu bidang.
Kalau suruh ubah sikit tu, ubahlah. Tapi bincang betul-betul dulu dan tanya kenapa perlu diubah? Mungkin itu yang terbaik. Kena selalu ada perbincangan antara penulis dan penerbit/editor yg menilai. Sebab mereka dah berpengalaman bertahun-tahun, dah rasa ups and downs/jatuh bangun dengan penjualan buku, tahu cover paling terbaik dan boleh laku keras.
6. Tunggu e-mel maklumbalas dengan sabar.
-Biasa ambil masa beberapa bulan. Mungkin paling lama pun 4-6 bulan kot. Itu bagi yang baru nak hantarlah. Kalau penulis yang dah biasa dengan publisher, buku pun dah pernah terbit, tak lama pun tempoh menunggu sebab mereka dah ada jadual siap-siap. Tunggu turn dengan penulis lain yang sebumbung dengan publishing company tersebut.
Okey, rasanya itu saja kot. I’ll update kalau ada apa-apa tambahan. Insya-Allah. Semoga posting ni membantu adik-adik yang nak jadi penulis/newbie writers yang bercita-cita nak bergelar published author. I wish you guys all the best & stay safe.
Thanks for reading!
Post a Comment
0 Comments