Indie Publishing
My Thought on Self-Publishing Ebook
Salam & hi all,
Hingga ke saat ini tiada alasan kukuh mahu pun spesifik mengapa saya menulis? Mungkin sebab utamanya kerana minat yang sangat mendalam. Mungkin juga kerana hasil keuntungan wang yang diperolehi. Hasil royalti itu tak kisahlah banyak atau sedikit. Saya terima rezeki Allah dengan rasa syukur seadanya. Lebih berpuas hati dalam berkarya sebenarnya. I don’t put too much pressure on myself about how much popularity I gain as an author. Berapa ramai yang dah baca buku-buku saya. Honestly, I don’t really care that much. All that I care is my own satisfaction. Right after I’ve finished that manuscript.
Sejak dua tahun lalu saya mula terfikir tentang eBook. Pendek kata, dunia sebagai indie author.
Tapi masa itu macam kurang sesuai untuk saya terus keluarkan eBook dan menjualnya begitu saja. Kurang yakin. Bagaimana dengan penerimaan nanti? Memandangkan saya belum keluarkan apa-apa buku di pasaran. Setakat tulis di Wattpad. Adakah itu mencukupi dengan pengalaman yang ada untuk hasilkan sebuah eBook yang berkualiti? Yang disukai para pembaca yang membelinya nanti sampaikan ayat yang paling ditunggu-tunggu keluar dari mulut mereka, this eBook is awesome and worth to buy… bla,bla,bla. Barulah senyum lebar sampai ke telinga kan. Berpuas hati dengan apa yang kita dah usahakan.
Saya terfikir yang pembeli di luar sana pasti akan tertanya-tanya, siapa penulis di sebalik nama pena Amyra Aimi? Ada buku fizikal di pasaran tak supaya mereka lebih kenal dan tahu gaya penulisan saya?
Lainlah kalau saya memang ada ilmu tentang penulisan kreatif. Menyambung pengajian hingga ke peringkat Master dan Phd. Keyakinan itu tinggilah sedikit berbanding saya yang merupakan bekas pelajar jurusan Seni Bina Landskap ini. Masa zaman belajar di UiTM dulu-dulu, memanglah ada belajar subjek keusahawanan (entrepreneurship) sejak diploma lagi. Tapi bagi saya itu masih tak mencukupi selagi saya tidak ada pengalaman keluarkan buku fizikal. Sekaligus berpeluang bekerjasama dengan pihak penerbit dan editor berpengalaman luas dalam bidang ini.
Ya. Maksud saya di sini ialah pengalaman itu sendiri.
Sama macam mula-mula nak interview kerja. Penemuduga tersebut pasti akan bertanya apa pengalaman yang kita ada. Betul tak? Kalau soalan seperti itu tidak ditanya, anda terselamat. Saya pernah ditanya soalan macam tu. Paling tak boleh lupa masa itu saya saja-saja mencuba nasib interview jawatan sebagai financial executive di sebuah syarikat korporat di Klang. Dah lama dah sebaik lepas habis diploma. Sebab saya tak terus sambung degree masa tu. Ambil pengalaman kerja dulu selama hampir setahun lebih kut. Agaknya, jawapan yang saya bagi main belasah saja kut. Dah lupa.
Saya telah gagal dalam temuduga itu disebabkan saya tiada sijil yang berkaitan. Yalah, awal-awal lagi dah cakap di atas kan. Sekadar suka-suka saja. Sekurang-kurangnya, pengalaman itu ada. Macam-macam jugalah pernah cuba sepanjang usaha mencari kerja setelah habis pengajian dulu. Kerja banklah, hotel lah, dan akhirnya dapat rezeki kerja kerajaan. Itulah alkisahnya.
Jadi, apa kaitan dengan topik eBook di atas?
Apa yang saya nak sampaikan ialah pengalaman. Selain modal kalau nak self-publish. Pendapat saya, penting untuk kutip sebanyak mungkin pengalaman yang ada dalam bidang penulisan kreatif. Sampaikan selagi tak cukup research, saya takkan simply terus buat macam tu saja. Saya research pasal situasi penjualan eBook (digital product) di Malaysia sejak dua tahun lepas. Thanks to this website owner yang banyak membantu dalam research saya. Selain itu ada lagi pembacaan lain yang saya buat.
I must admit that I begin with zero experience. Nada.
Bila banyak membaca baru tahulah sikit-sikit. Tak semudah ABC dan takdelah terlalu sukar. Bagi saya 50-50 je. Ini pendapat sayalah. Saya tulis artikel ini pun as part of my own experience. Lain penulis tak tahu. Mungkin ada pendapat kata senang. Bagi saya susah tu adalah juga. Selain nak fikirkan idea perlu juga fikir benda lain. Cover buku? ISBN perlu ke tidak? Or is the copyright template alone just good enough without having an ISBN? Masa untuk marketing? Adakah ianya akan bagi efek terhadap masa menulis manuskrip penuh saya nanti? Bagaimana saya nak bahagikan masa bila saya putuskan untuk self-publish my own eBooks? Adakah apa yang saya ada sekarang ini dah memadai? E-Sentral pun saya dah usyar. I guess I’ll just drop on that subject matter dulu. Also, because I already have an account with Smashwords. Pernah buat dulu sekitar tahun 2018.
You know. So many things going on inside my messy head right now. Yang perlu dirungkai satu per satu. Bukanlah nak kata tak yakin. Biarlah ada pemikiran macam itu dulu buat masa sekarang kan. Daripada over confident. But I’m not trying to judge anyone here. If it’s good for you then, please continue. Lagi satu projek eBook ini saya tak terkejar-kejar pun. Saya akan buat bila dah betul-betul bersedia nanti. Siapa tahu yang mungkin Allah tak izinkan sekarang. Atau sampai bila-bila. Saya hanya mampu rancang saja. I just being myself. A goal-oriented person.
But the big problem here is sometimes I got too ambitious.
Segala benda nak buat on time. I need to keep slowing myself down a bit. Tak semestinya jadi nak laksanakan. Buat masa ini saya lebih selesa bekerjasama dengan penerbit sedia ada. Sebelum berjinak-jinak dengan self-publishing pula iaitu keluarkan eBook. Saya dah rancang siap-siap untuk menjadikan laman web ini sebagai satu platform 2 in 1 iaitu, sambil berblogging saya boleh menjual hasil karya seperti novel dan eBook (physical and digital product). Means to convert it into e-commerce site with my own branding product.
Mungkin akan mengambil masa yang lama. Tak kisahlah. Lama mana pun yang paling utama saya boleh tetap terus menulis dan berkarya. Ada matlamat. Ini mungkin boleh saya jadikan sebagai long-term project. Penghasilan manuskrip pula sebagai short-term project. But I’m never ever going to put my eBook project into a halt. Maybe it’ll going to be on my wishlist or long-term project. Sekarang pun tengah usahakan sikit-sikit dulu. Saya mahu hasilkan sesuatu yang berkualiti. Yang berbaloi untuk dibeli dan dibaca walaupun akan ambil masa yang lama pun. Ambil pengalaman sedikit-sebanyak dari mereka yang lebih berpengalaman jauh dalam bisnes penjualan buku. Sebab trend dan market di Malaysia setakat ini yang saya tahu susah untuk sesebuah buku masuk dalam pasaran tanpa memikirkan apa kehendak pembaca di tanah air… maksudnya in term of publishing industry in our country. Kadangkala realiti tak seindah mimpi. Traditional publishing sama susah seperti proses penghasilan sesebuah manuskrip. Apatah lagi self-publishing. Maknanya nak jadi author-entrepreneur itu bukan mudah. Banyak benda nak kena fikir. Dari segi trend pasaran mungkin tak sama seperti di USA atau UK. Atau mana-mana negara kesatuan Eropah.
Pasaran mereka jauh lebih luas dan besar berbanding di Malaysia. Yalah, logik juga. Tengoklah besar mana negara mereka. Jumlah penduduk dan demografi bagaimana. Industri kita kecil saja. Sebab itulah balik-balik, anda akan lihat nama penulis yang sama di rak kedai buku itu. Maknanya penulis yang keluarkan banyak novel dalam tahun yang sama, atau, jarak masa novel beliau terbitkan tak terlalu lama. Biasanya akan meraih perhatian daripada pembaca setia yang mengikuti penulis itu. Mereka sudah aim lebih awal sebaik melihat promo di media sosial iklan atau teaser novel penulis itu. Bila dah terbit, mereka akan terus beli je. Sebagai penulis, benda ini yang saya belajar dulu (belajar dari pemerhatian dan pengalaman). Tentang kenapa saya tak boleh berhenti menulis dalam masa yang terlalu lama. Nanti lama-lama orang akan lupa nama saya. Sebab itulah perlu untuk saya keluarkan buku lagi dan lagi sampai idea dah kering. Atau dah tak tahu apa yang nak ditulis lagi dah.
Saya tahu ada juga pembaca dari Brunei dan Singapura. Even from Thailand. Or anywhere else from Southeast Asia region. I really appreciate all of you yang telah pun membaca dan memiliki hasil karya saya. You guys are awesome!
Mungkin sesiapa yang terbaca artikel ini ada sesuatu yang mahu dikongsikan. Boleh komen di bawah ya. Ini berdasarkan pengalaman saya yang tak seberapa sebab saya baru keluarkan tiga buah buku fizikal ketika artikel ini ditulis. Dan bakal yang keempat, Insha-Allah. Masih lagi dalam penilaian.
I do hope you guys enjoy reading my truth opinion and struggles -a story about this eBook journey. Or writing in general. Stay safe, stay at home and get vaccinated.
Thanks for reading!
Post a Comment
0 Comments