Tip
Apakah Itu NanoWrimo?
Salam & hi guys,
Harap-harap korang dalam keadaan yang baik-baik saja ya. Kes covid 19 nampaknya makin naik sekarang sehinggalah semalam telah mencecah jumlah 19k+ di Malaysia. Bila difikirkan balik, entahlah… rasa dah malas nak ambil tahu jumlah kes Covid 19 saban hari yang masih tak tunjukkan apa-apa penurunan. Bukan kerana bersikap tak ambil peduli ke apa. Tapi sebagai rakyat marhaen ni dah penat. Isu tak setel-setel. Apakan daya. Kita sebagai hamba Allah hanya mampu menadah tangan dan berdoa. Semoga pandemik ini akan berakhir juga dengan izin-Nya. Insya-Allah.
Saya masih tetap menulis macam biasa. Inilah benda yang saya paling enjoy dan seronok nak buat. Saya sukakan karier ini sebagai penulis novel sepenuh masa. Alhamdulillah. Tetap nak fokus sepenuhnya terhadap projek terbaharu yang ada dalam jadual planner tu. Dan sekarang tengah merancang untuk setup sesi menulis (writing session) sebelum penghujung tahun 2021.
Doakan urusan manuskrip kelima ini dipermudahkan ya.
Perjalanan karier penulisan ini sekali lagi dengan cara saya tersendiri yang mengguna pakai teknik Nanowrimo sejak dulu. Nak kata dah lama join tu taklah. Ianya bermula semasa saya tengah sibuk menyiapkan manuskrip ketiga dan keempat dulu. Alhamdulillah, kini berjaya diterbitkan sebagai nakshah buku fizikal bertajuk Sudah Aku Mengerti sekaligus menjadi novel ketiga saya. Sudah pun selamat berada di pasaran dan anda boleh dapatkan di mana-mana kedai buku terpilih atau, langgan saja secara atas talian di MPH dan POPULAR online.
Sebenarnya NanoWrimo tak mudah diikuti oleh segelintir penulis. Termasuklah saya. Dan saya telah gagal mencapai syarat yang dikehendaki. Hanya 40k+ saja seingat saya. Sebabnya?
-Masa yang diberikan terhad. Mula-mula tu tak boleh nak push sangat untuk menulis sampai 50k dalam masa sebulan.Yeah right. Sebulan guys.
-Ikut kemampuan setiap penulis sebab lain penulis lain caranya. Ada yang jenis laju menaip. Dan ada juga yang slow and steady. Tapi kedua-dua cara ni tak salah pun. Berbalik pada topik, ikut kemampuan (capability), masa, tenaga dan latar belakang hidup seseorang penulis. Tak semua orang ada jadual hidup yang sama. Mungkin ada yang bekerja tetap di siang hari. Mungkin juga ada yang sudah berkahwin dan ada anak-anak.
-Saya alami burn out yang berpanjangan. Sebab terlalu nak aim target nak capai jumlah perkataan sebanyak 50k tersebut. It really does took a toll on my health and mental state. Sebab tu korang kena mentally and physically prepared… I mean, well prepared sebelum putuskan untuk mengikuti program ini. Takdelah dapat hadiah lumayan sangat pun. Tapi anda yang berjaya mencapai jumlah ayat 50k tu bermaksud telah berjaya menghasilkan sebuah manuskrip. Terpulanglah. Sama ada untuk suka-suka ke atau, nak diterbitkan bila dah siap sepenuhnya nanti.
Yang penting disiplin dan komitmen yang boleh didapati bila mengikuti program NanoWrimo. Itu yang perlu diambil kira. Bagi saya bukanlah duit atau hadiah berbentuk lain yang dititikberatkan. Itupun kalau anda benar-benar meletakkan minat yang mendalam di dalam karier penulisan novel. Semestinyalah kita tak berapa pandang keuntungan tu sangat kan. Mostly penulis macam tu. By this mean is the real writer himself/herself. Tapi kalau dapat untung atau hadiah pun okey. Sekadar nak bagi lebih bersemangat lagi untuk terus menulis.
Biasanya saya akan reward diri sendiri setelah berjaya melepasi angka tertentu. Contohnya, dalam seminggu saya target nak tulis 10 bab dengan jumlah perkataan sebanyak 11k lebih.
Mungkin esoknya saya akan cuti menulis sehari. Self-care. Atau, keluar makan dengan suami. Layan movie kegemaran. Atau apa-apa jelah yang boleh anda lakukan untuk reward diri anda. Ini pun boleh elakkan atau sekurang-kurangnya, kurangkan risiko burn out. Kalau boleh jangan terlalu memaksa diri. Nanti jadi tak seronok pula sebab tujuan utama Camp Nanowrimo ini untuk kita lebih enjoy menulis selain menjadikan diri lebih berdisiplin dengan mengutamakan masa menulis itu.
Ini merupakan satu lagi cara saya set target. Saya akan sediakan sebuah buku nota catatan harian. Tulis jadual di situ siap-siap untuk tracking words count goal. Dalam sebulan. Korang pun boleh buat macam ni. Supaya kita lebih bersemangat dan rasa geram nak penuhkan juga jadual tu bila dah achieve target.
Kemudian barulah saya draf siap-siap sinopsis, plot, tema dan sebagainya berkaitan cerita yang nak ditulis. Atau dah target awal-awal lagi cerita apa yang nak ditulis kali ni. Saya juga akan mula menjiwai setiap karakter sama ada protagonis atau antagonis. Ya. Penting juga kena menghayati watak antagonis. Bukan watak baik je. Supaya lebih faham jalan cerita yang nak disampaikan. Barulah tahu kenapa perlunya watak-watak sekian dan sekian ada dalam cerita tu. Ini termasuklah mencari kata-kata hikmah, setting dan gambar-gambar inspirasi dalam Pinterest biasanya. Dan set lagu tema tertentu untuk setiap cerita. I’m a music lover… so yeah. Penting bagi saya bila menghayati lirik lagu kerana ianya memberi sumber inspirasi dan semangat untuk saya tulis sesuatu cerita.
Perlu diingatkan sekali lagi yang semua di atas dilakukan lebih awal. Sebelum putuskan untuk NanoWrimo. Pastikan juga stamina dan tahap kesihatan di dalam keadaan yang memberansangkan. Bermakna saya benar-benar telah bersedia untuk menulis 50k dalam masa sebulan (kalau dapat lebih bermakna… anda memang hebat! Tahniah:))
Ada 2 key points yang saya nak tekankan di sini ialah,
- Don’t push yourself too hard. Kalau boleh lakukan ia dengan enjoy. No pressure.
- Kenalpasti kemampuan diri. Sebab pengakhirannya nanti manuskrip yang dihasilkan itu pasti akan berjaya siap jika ianya dilakukan secara berterusan. Cepat atau lambat itu tidak penting ya. Melainkan ada deadline tertentu.
Rasanya itu saja untuk artikel kali ini. Diharapkan sedikit-sebanyak dapat membantu anda. Especially for those writers or authors that need some inspiration during this tough times. Saya sendiri dah cuba program ni. Saya akui agak sukar pada mulanya. Tapi bila dah lama-lama tu okey je. Paling penting jangan streskan diri tau :)
Thanks for reading!
Post a Comment
0 Comments