Aspiration
Bagaimana Nak Jadikan Menulis Satu Keutamaan?
Salam & hi,
Sejak daripada awal penglibatan saya di dalam penulisan novel sehinggalah sekarang, ada beberapa kenalan yang akan bertanya kepada saya. Bagaimana saya boleh jadi seorang penulis? Macam mana saya bahagi masa antara waktu menulis dengan komitmen lain? Sudahlah saya sudah mendirikan rumahtangga, tak sibuk ke?
Fyi, ada juga penulis lain yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, tapi, tetap berjaya bergelar novelis. Benda pertama yang saya nak beritahu berkaitan topik ini ialah, minat. Ya, minat yang terlalu mendalam.
Sangat mencintai penulisan itu sendiri.
Bukan sekadar minat saja. Bahkan, perlu ada bakat. Tanpa bakat sekalipun, anda tetap boleh berjaya dan meraih apa pun impian yang ingin dikecapi. Dengan syarat, perlu usaha dengan lebih bersungguh-sungguh berbanding mereka yang semula jadi ada bakat. Orang seperti ini, sebenarnya, boleh lebih berjaya berbanding orang yang berbakat tapi tiada kesungguhan untuk berusaha. Tapi setakat ini yang saya pernah dengar daripada mana-mana penulis tersohor dunia, anda perlu ada bakat tak kira besar atau kecil kerana ianya boleh diasah bila dah lama-lama. Yang penting usaha nak belajar itu ada.
Kalau orang lain boleh melakukannya, tiada alasan untuk kita tidak boleh, bukan? Kita yang perlu berusaha bukan dengan menuding jari dekat orang lain yang lebih berjaya... kenapa dia boleh berjaya atau kaya raya?
Seumpama menyalahkan orang kaya yang lebih berharta daripada si miskin. Atau pun, si kaya yang menyalahkan kebijaksanaan si miskin yang tidak berharta itu sehingga mampu berkarier hebat.
Kehidupan di dunia ini sama saja, penuh dengan ujian. Penuh dengan masalah. Takde sesiapa pun yang berjaya dengan jalan singkat. Perlu berusaha dengan gigih, ada kesungguhan dan semangat. Semua orang tetap akan diuji. Takde sesiapa pun yang boleh terlepas daripada ujian-Nya.
Passion is what I’m talking here.
Sampai ke tahap sanggup tahan lapar sekejap semata-mata nak siapkan dulu chapter. Saya pernah merasa begini. Selain daripada sifat semula jadi yang workaholic. Begitulah apabila sudah terlalu fokus. Kalau ada yang rasa macam ni setiap kali buat kerja apa pun yang disukai, tolong jangan berhenti. Teruskanlah.
Tapi, kadangkala terdetik juga dalam hati kecil ni. Kenapa tak ramai yang sokong usaha saya? Penulisan saya? Kenapa tak ramai followers macam orang sekian dan sekian. Pernah rasa down sekejap. Terpsiko dengan jumlah itu yang sedikit sebanyak memberi kesan buruk.
Apabila begini, tak putus saya ingatkan kepada diri sendiri. Apa tujuan sebenar saya menulis novel pada asalnya? Sebab duit atau nak kejar populariti ke? followers, likes, shares atau votes yang banyak? Atau, is this your only passion? is this the right thing to do?
Apa yang saya buat ialah;
1. Keep reminding myself to focus with a small community. Big thing will comes later on! Even follower tak ramai mana pun. Dah bertahun-tahun buat akaun di Instagram pun masih banyak itu juga. Pernah rasa kecewa sebab usaha dah macam-macam. Siap ada yang kejap follow kejap unfollow. Akhirnya saya putuskan untuk fokus dengan sejumlah kecil pembaca yang setia dengan penulisan saya. Itu jauh lagi bermakna berbanding pengikut ramai tapi, tak semuanya benar-benar menghargai apa yang anda lakukan. You know what? That’s totally fine. Saya menulis sebab diri sendiri. Bukan orang lain. Ada yang usaha terus berhenti sebab hal remeh seperti ini. Padahal, potensi diri itu besar dan boleh menyerlah bila-bila… bila tiba masanya. Allah yang lebih mengetahui masa itu bila.
I’ve read a lot of messages like this among newbie writers. No one ever read my story. Remember. You must write for yourself first before letting others to recognize your works. Just write! Ignore those likes/votes. Lama-kelamaan kamu akan lihat yang hasil penulisan kamu itu ada kemajuan, menarik dan disukai oleh para pembaca tanpa perlu disuruh pun orang lain untuk membacanya. Mereka sendiri yang akan mencari buku anda atau, rindukan hasil karya anda. Don’t give up yet, my friends.
2. Dulu pernah berhenti daripada buat macam-macam sebelum putuskan untuk menulis sepenuh masa. Sebab ini juga yang buatkan kenapa saya utamakan masa menulis. Syukurlah, suami jenis memahami. Sangat-sangat menyokong karier saya. Jadi, takkanlah saya nak berhenti juga yang ini, kan? Saya memilih untuk terus menulis dan bagi inspirasi kepada orang di luar sana dengan hasil penulisan saya. I will never look back ever again.
3. Anggap masa menulis ibarat emas yang sangat berharga. Secara automatik, saya lebih menghargai nilai masa itu. Kadangkala, saya akan fikir yang bagaimana kalau ini adalah hari terakhir saya bernafas di muka bumi? Siapa yang akan tolong siapkan cerita yang saya tulis itu kalau bukan diri sendiri? Then, I sit down, take a deep breath, and write anyway.
4. Ada pembaca di luar sana yang saya tak tahu malahan kenal pun tidak, yang selalu ternanti-nantikan karya seterusnya. Sebagai manusia biasa, ada ketikanya saya kurang bersemangat. Kurang produktif. Self-doubt. Bila teringatkan pembaca, mesti saya akan kembali bersemangat atau paling tidak pun, cuba juga hasilkan yang terbaik.
5. Just enjoy with my writing and all my characters!
6. Kerana dunia ini sudah dipenuhi dengan banyak hal negatif dan menyebabkan ramai orang perlukan sumber inspirasi.
7. Seperti no. 1 di atas, jangan expect apa-apa. Ikhlaskan hati, nawaitu kerana-Nya.
Satu masa nanti, setiap apa yang diusahakan itu pasti akan ada hasilnya. Bersabarlah. Tanpa mengharapkan akan ada balasan seperti sejumlah duit yang banyak ke atau apa pun. Bukanlah tak nak hasil royalti itu. Mestilah saya mahu hasil karya itu dihargai, tapi, buat permulaan jangan letakkan any high expectation when doing something beneficial toward others. Or, something in return. Nanti diri sendiri juga yang kecewa apabila tak mendapat seperti apa yang diharapkan. Lepas itu dah malas dah nak buat. Terbengkalailah jawabnya. Buatlah untuk diri sendiri. Demi untuk kepuasan sendiri. Wallahualam.
Thanks for reading!
Post a Comment
0 Comments