Salam and hi,

Amyra Aimi


Setiap penulis ialah pembaca. Dan bukan semua pembaca adalah penulis. Bila ditanya apa jenis buku yang selalunya saya baca? Sudah semestinyalah, genre cinta. Tak kiralah novel Melayu atau Inggeris. Ada juga baca genre selain cinta. Paling kurang minat ialah bab politik. Walaupun ada antara buku penulisan Tun M yang jadi koleksi saya. Saya baca kerana terinspirasi dengan beliau. Kalau bacaan lebih berat, it's really takes time untuk saya habiskan. Saya bukanlah nak kata tahu sangat berbahasa Inggeris. Tetapi, saya menyukai novel kontemporari English romance dan mampu memahami jalan ceritanya. Biasanya, takdelah sampai kamus Oxford tu ada dekat sebelah setiap kali membaca novel Inggeris tersebut. Tapi, Alhamdulillah, saya boleh faham.

Cara saya akan baca sampai habis dulu atau habiskan satu perenggan dulu, ada perkataan yang tak faham tu barulah cari maksudnya. Kalau tak jenuhlah nak habiskan sebuah buku. Entah bilalah agaknya. Mungkin ambil masa sampai sebulan untuk sebuah novel Inggeris. Saya baca campur-campur novel Melayu dan Inggeris. Lebih kepada penguasaan bahasa sebenarnya. Novel Inggeris pula lebih kepada mencari variasi idea bagi penulisan saya.

Novel Melayu, saya lebih selected. Bergantung pada jalan cerita.

Ada yang kata, novelis Melayu so baca sajalah novel Melayu. Bagi saya itu preference masing-masinglah. Zaman remaja bersekolah menengah dulu, ya, saya dah puas dikelilingi dengan novel-novel Melayu. Lebih lagi, Alaf 21 dan saya meminati penulis Ahadiat Akashah. Serta beberapa novelis lain di Malaysia. Dalam masa yang sama, saya turut membaca novel Inggeris seperti Pride and Prejudice by Jane Austen dan Stephen King. Malah, novel dari penulis Indonesia pun saya baca. Masa itulah saya semakin cenderung dengan minat menulis.

Sampai sekarang pun saya masih lagi membaca novel Melayu. Takdelah semuanya Inggeris. Sesekali kalau masuk kedai buku, saya pergi juga cari novel penulis lain di rak. Cuma, masa tu kena betul-betul cari. Bila yang sesuai. Sebab kekangan masa nak siapkan manuskrip lagi. Sebagai penulis, macam mana pun saya tetap tanamkan semangat kena baca juga walaupun sebuah buku. Sekurangnya, dua bulan sebuah buku.

Bagi saya, apa pun, penulis tetap kena membaca. Lagi pelbagai genre yang dibaca lebih baik sebenarnya. Maksudnya pilihlah genre apa pun yang penting minat. Saya membaca sebab kadangkala nak mencari idea. Bukan bermaksud nak cedok sebiji-sebiji idea penulis itu. Lebih nak luaskan ilmu pengetahuan tentang sesuatu perkara.

And, I don't want to listen to any advice about what genre should I read. Who cares what I should read? Just read anyway.

Ini nasihat saya kepada adik-adik. Takde sesiapa pun yang boleh putuskan untuk anda. Anda pembaca dan andalah yang lebih berhak menentukan buku apa yang anda minati, yang anda suka dan pilih untuk dibaca.

Honestly speaking, bukan semua buku yang saya beli tu habis dibaca. Ada yang take time. Apa pun tetap saya cuba pilih masa sesuai untuk habiskan membaca buku tersebut.

Bila rajin membaca genre yang pelbagai, saya akui yang ianya banyak membantu semasa nak menyiapkan manuskrip. Ilham tu datang mencurah-curah. Ada yang saya terpaksa simpan untuk manuskrip seterusnya sebab, tak mahulah dragging pula cerita tu.

Selain itu, mintalah dengan-Nya. Supaya selalu dikurniakan ilham yang tak putus-putus. Dan dikurniakan kefahaman di dalam setiap buku yang dibaca. Semoga beroleh menfaat.

Thanks for reading!