11 Cara Nak Ada Lebih Masa Menulis

Salam & hi,

Amyra Aimi


Dalam tak sedar rupanya saya sudah berjaya mengeluarkan buku fizikal dan kini berada di pasaran. Asalnya bermula dari menulis suka-suka dengan berblogging dan di Wattpad. Bakal pula mengeluarkan novel keempat di bawah syarikat penerbitan yang sama. Alhamdulillah. Syukur di atas kurniaan ilham yang tak putus-putus dari-Nya. Juga doa dari mereka di sekeliling yang mahu terus melihat hasil karya Amyra Aimi terus kekal berada di rak buku seperti di MPH, POPULAR, Kinokuniya serta kedai buku lainnya.

Best-seller atau tidak, itu tidak mengapa. Paling penting adalah menjadikan minat menulis sebagai keutamaan sehingga menjadi sebahagian daripada diri ini.

Walaupun baru tiga buku tetapi saya tetap menghargai usaha keras sepanjang bergelar penulis / novelis. Dan saya takkan pernah berasa jemu dalam berkarya selagi dikurniakan kesihatan yang baik, idea / ilham yang mantap serta sokongan padu daripada sang suami. Kalau tidak, mana mungkin saya mampu berkarya secara berterusan walaupun ada saja komitmen lain selain menulis. Ya. Itu tak dinafikan. Adakalanya saya tetap sibuk sama seperti orang lain. Cumanya, saya ada waktu tertentu / slot khas untuk menulis.

Saya pernak ditanya seseorang kenalan tentang bagaimana saya ada masa yang banyak untuk menulis? Kawan-kawan suami di pejabat pun sampaikan bertanya soalan yang sama juga. Setiap di antara kita dikurniakan masa yang sama setiap hari.

24/7 masa yang diperuntukkan itu bergantung kepada diri masing-masing, mahu gunakan dengan cara bagaimana. Berapa lama waktu kita habiskan dengan bersarapan, bekerja di ofis, di atas jalanraya, membeli barang dapur, scroll media sosial dan sebagainya. Anda kira sendirilah berapa tempoh yang diperlukan itu yang telah anda habiskan dalam satu hari / sebulan / setahun?

Kenapa semakin kita dewasa, semakin bertambah komitmen, kita tiada masa nak menulis walaupun hanya sekadar lima minit?
Persoalannya, saya lihat ada berapa ramai penulis terkenal tak kira di Malaysia mahu pun di luar negara yang memiliki keluarga sendiri, tetap mampu berkarya sampai berbelas even berpuluh-puluh novel. Sebagai contoh, Nora Roberts yang ada sekurangnya 20 lebih buku berjaya diterbitkan. Penulis Indonesia, Asma Nadia menghasilkan sehingga 50 buah buku sepanjang karier penulisan beliau. Malah beberapa novelis terkenal di negara kita pun. Saya jadi kagum dengan mereka sebab masing-masing sudah bersuami dan ada anak-anak. Rasa mahu saja bertanya apakah rahsia mereka sehingga mampu membahagikan masa dengan bijak di antara menulis & meluangkan masa bersama keluarga.

Saya anggap yang saya masih baru dalam dunia penulisan. Kerana ada ketika saya akui yang diri sendiri pun kadangkala, cuba mencari masa menulis yang sesuai. Bagi saya, kalau benar-benar serius nak menulis, perlunya ada konsentrasi yang tinggi 100%. Ini cara yang dirasakan boleh membantu penulis yang agak struggle macam saya dulu (Sebelum saya ada deadline tertentu yang editor dah bagi). Sebab bekerja di bawah deadline ni feel lain sikit berbanding saja-saja menulis tanpa deadline. Percayalah, lama-kelamaan, anda juga pasti akan terbiasa menulis laju dan menepati masa yang telah ditetapkan tanpa perlu beralasan lagi. Saya akan cuba buatkan anda menyiapkan manuskrip lebih cepat & berkesan dengan cara-cara di bawah:

Never make excuse!
Alasan setiap orang terutama yang baru nak berjinak-jinak menulis mesti akan cakap, tak ada masa sebab nak fikir pasal anak lagi, suami lagi… takde idea menariklah… nak fikir kerja lagi… balik kerja aje dah penat… ada banyak assignment perlu disiapkan… balik dari kuliah aje malam dah letih nak menaip… Dan macam-macam alasan lagi yang biasa dengar.

Ya, betul kita selalu sibuk. Tapi kalau ada masa scroll media sosial sampai setengah jam, kenapa tidak ada slot tertentu untuk menulis sekejap? Kalau susah nak menaip di laptop / desktop, cara saya kadangkala akan taip naratif, dialog, apa-apa aje idea yang datang di note app yang kat handphone tu. Itu cara paling mudah bagi saya. Lepas tu barulah saya buka laptop dan rujuk balik idea tersebut supaya tak membuang masa nak kena berfikir lama-lama di depan blank page. Yang penting tiada alasan lagi untuk tak menulis dalam sehari.
Buat jadual harian
Saya ada planner untuk buat jadual harian. Dalam planner ni saya letakkan maam-macam benda yang nak dibuat selain menulis. Dulunya hidup terumbang-ambing sikit tanpa ada perancangan. Tapi sekarang tidak lagi. Rasa lebih terancang dan tersusun. Rasa tak stres. Tak payah pening-pening fikir apa nak kena buat. Jadi saya dah wajibkan planner untuk diri sendiri setiap tahun kalau boleh lepas ni. Masa menulis pun dah jadi wajib bagi saya. Rasa macam tak kena kalau lama tak menulis. Tak dapat hari-hari pun takpe. Dapat sekejap pun janji boleh. Okeylah kan? Dari tak buat langsung. Lepas tu, setiap kali dah berjaya achieved target why not reward yourself? Pergi berjalan-jalan di shopping mall ke, makan dim sum ke atau steamboat satu famili. Syok, kan?

Kalau masih susah nak ikut jadual, apa kata set target begini. Dalam satu hari, berapa jumlah perkataan perlu disiapkan? Atau, berapa bab dalam sehari? Seminggu? Setahun?

Tak mengapa 500 patah perkataan dalam sehari pun. 1500 ke, 3000 ke sebab lama-lama jumlah itu pasti akan bertambah juga. Yang penting anda kena konsisten!

Berdisiplin
Apa jua bidang pun perlu ada disiplin diri dalam melaksanakan sesuatu, kan. Penting sebab kalau tak berdisiplin macam mana nak berjaya? Tanyalah mana-mana manusia yang berjaya, pasti jawapan mereka sama. Kena ada disiplin diri yang kuat.

Jadikan habit

Perlukan usaha yang berterusan dan konsisten setiap masa. Pernah terbaca tak lama dulu yang sesuatu perkara kalau nak dijadikan habit, ianya perlu dilakukan secara istiqamah selama seminggu / sebulan. Barulah kita akan jadi terbiasa lama-lama. Begitu juga kalau nak kurus. Contohnya. Kena amalkan diet dengan makan makanan yang sihat secara konsisten hari demi hari. Begitu juga dengan menulis. Lama-kelamaan akan terbiasa dan jadi amalan.

Buat research di waktu lain

Ada yang sambil tengah menulis, masa itulah juga dihabiskan dengan buat research dalam internet. Ini boleh membunuh mood menulis serta-merta menyebabkan mood jadi kelaut. Ambil masa menulis tu kalau boleh untuk menulis manuskrip saja. Buat research di masa lain. Mungkin boleh highlight dulu ke, reaserch tu kemudian. Boleh juga tanda (XXX). Kemudian highlight dengan warna lain. Tinggalkan dulu lepas tu di masa lain datang balik. Double check itu semua boleh dilakukan kemudian lepas dah siapkan sesebuah cerita. Penulisan akan jadi lebih cepat, taklah habiskan masa dengan asyik scroll di internet saja. Boleh rujuk caption di bawah yang dipetik dari sebuah artikel berbahasa Inggeris;

A good craftsman always shows up to create with his best tools. As writers, we need to spend time preparing to write before showing up at the keyboard. You want to do any necessary research outside of your writing time, not during it.’ (Source from: self-publishingschool.com)

Outline siap-siap

Sama macam di atas, kalau research lebih baik buat di waktu senggang. Outline pun sama. Tak kiralah draf sempoi ke, buat sinopsis ke, plotting cerita ke, cari idea dan yang sewaktu dengannya. Agar tak mengganggu masa menulis yang sebetulnya. Mungkin benda ni semua boleh buat lepas dah habis cuci baju ke, lepas makan tengah hari ke dan waktu lain yang anda rasa selesa atau sesuai.

Ada ruang / space khusus untuk menulis
Ruang kerja ni consists of laptop / desktop / Ipad / notebook / stationaries / printer. Meja dan kerusi yang selesa. Pastikan yang anda ada ruang khusus untuk kerja menulis di rumah. Atau pun mungkin juga ada yang terbiasa menulis di luar seperti Starbuck & Coffee Bean and Tea Leaf, di perpustakaan awam dan mana-mana spot kegemaran. Yang penting sekali mampu buatkan kita rasa selesa dengan persekitaran tersebut. Bagi saya, ada ruang untuk diri sendiri ni penting sangat tau. Ini boleh buatkan kita tambah bersemangat nak menulis hari-hari. Mampu bagi keselesaan dan mood yang baik tanpa sebarang gangguan. Boleh je nak menulis kat dalam bilik tidur. Lepas tu kunci pintu.

Elakkan sebarang gangguan (distractions)

Ini termasuklah media sosial ya. Janganlah masa nak menulis tu terganggu pula dengan leka scroll FB / IG / Twitter ke apalah. Itu yang tak jadi. Sampai bila-bila pun masa dan fokus tu susah nak ada. Apa-apa letak tepi dulu handphone / offkan wifi / sorok handphone dalam laci dulu. Kalau tak, tangan mesti gatal je nak buka IG kan. Sebab nak tengok berapa likes yang dapat lepas posting gambar tadi. Jangan begitu kawan. Setkan matlamat yang macam mana sekalipun dunia ni berputar… gosip retis and everything (kecuali rumah terbakar, contohnya) aku mesti kena siapkan sekurangnya separuh bab hari ni.

Tak pun bagi tahu siap-siap dekat ahli keluarga yang anda perlukan waktu menulis dalam beberapa jam dari sekian ke sekian, dan anda tak mahu diganggu buat seketika. Pastikan ahli keluarga atau kawan-kawan menghormati masa anda. Katakan yang ini kerja mustahak perlu disiapkan seberapa segera. Supaya mereka lebih faham. Kalau susah sangat, ada adik yang masih kecil tengah lasak tu… hmm, terpaksalah cari alternatif lain. Mungkin terpaksa korbankan masa menulis dengan meluangkannya di waktu tengah malam / awal pagi / sebelum subuh lepas Tahajud ketika semua orang tengah tidur pun boleh juga. Ikut kesesuaianlah. Yang penting dapat juga menulis kan.

4 langkah untuk setup sesi menulis setiap hari:
Nak cuba cara ni pun boleh juga guys;
  1. Pasang timer siap-siap selama 25 minit sebelum mula menulis
  2. Menulis
  3. Ambil masa rehat setiap 5 minit
  4. Ulang langkah seperti di atas
Perlu diingat yang ini merupakan langkah asas sebagai permulaan. As newbie writer. Yang baru nak berjinak-jinak dengan penulisan. Macam saya sebagai penulis berpengalaman menghasilkan buku fizikal, yang sudah ada dijual di pasaran, saya akui tak ikut pun cara di atas. Sebab saya dah boleh fokus sepenuhnya walaupun sambil menulis sambil dengar lirik lagu atau TV yang terpasang di depan mata. Saya juga mampu menulis di mana-mana. Tapi nak buat macam saya perlukan tempoh yang sangat panjang dengan pengalaman yang banyak mengajar sebelumnya. Saya tak sarankan buat yang masih baru lagi nak menulis. Melainkan yang dah lama / biasa menulis. Sebab itulah setiap penulis adalah berbeza.

Semuanya bermula dengan merancang sebaiknya. Itu lebih baik daripada tak rancang apa-apa langsung.

Semoga artikel ini bermanfaat buat anda semua. Saya mendoakan urusan anda dipermudahkan-Nya. Selamat berjaya.

Thanks for reading!

Post a Comment

0 Comments