Benar Kucinta Dia (Teaser)
Bab 1
“SIAPA
yang buatkan air aku ni? Puihh... Tak sedap!”
Raysa
menyumpah sambil menjuihkan mulutnya. Dia meludah ke lantai dengan biadab.
Melisa
menggelengkan kepalanya. Faham benar dengan perangai kawan baiknya.
Satu-satunya
kawan baik yang dirasakan satu kepala dan member kamcing. Boleh dibawa ke mana
sahaja. Tunggang terbalik dunia pun mereka jenis tidak ambil pot.
“Kau
ni dah kenapa, Ray? Datang pulak baran kau tiba-tiba.”
Melisa
selamba menyedut minuman sirap bandungnya. Hurm...
sedap aje air ni. Apesal minah ni kata tak sedap? Hatinya
hanya mampu berbisik sendiri. Tidak berani
diluahkan kepada Raysa.
“Kau
cuba rasa air aku ni, Mel. Hah, lepas tu kau
kompelin sikit. Aku nak dengar.”
Raysa
meletakkan gelas minumannya di depan Melisa.
Melisa
memandang dengan dahi berkerut seribu. Nak tak nak, terpaksalah dia minum juga.
Muka menyinga Raysa dipandangnya lagi.
“Err,
sedap... eh, tak... sedap.”
Melisa
berkata, sedikit tergagap.
“Kau
cakap tu biar kasi jelas sikit boleh tak? Sedap ke tak sedap?”
“Tak
sedaplah, maksud aku.”
“Hah,
betul tak aku cakap? Bukan suka-suka aku kompelin.
Ini kalau bagi kucing minum pun, kucing pun tak nak tau!”
Raysa
berkata kasar.
Melisa
membetulkan rambutnya yang ditiup angin sepoi bahasa lewat petang itu.
Tapi
di kala itu, angin Raysa tidak setenang angin yang bertiup nyaman ketika ini.
Panas hatinya!
“Dik,
ooo... dik!”
Raysa
memanggil seorang pelayan perempuan yang kelihatan seperti budak lepasan SPM.
Kebetulan dia lalu di sebelah meja mereka.
Melisa
membuntangkan mata. Raysa sudah buat perangai gila nampaknya. Mahu kecoh satu
kedai makan ini selepas ini.
“Weh,
kau biar betul, Ray. Air aje kot. Takkan nak buat kecoh pula?”
“Ah,
aku peduli apa! Mamat tu memang saja nak
cari pasal dengan aku. Biar aku kasi pelajaran sikit.”
“Tak
payahlah, Ray. Kau ni... Isy!”
Raysa
menjegilkan mata.
“Ye,
ada apa, kak?”
Pelayan
itu menghampiri dengan dulang di tangannya.
Dia berdiri di depan meja mereka.
“Dik,
siapa yang buatkan air Milo akak ni tadi?”
“Emm... entahla kak, saya pun tak tau.”
Pelayan
itu tergaru-garu kepala. Gayanya macam baru masuk kerja sahaja.
“Hai,
takkan adik tak tau? Siapa yang selalu buat
air kat sini?”
“Oh...
rasanya ada sorang abang tu. Entah, tak
ingat pula nama dia. Maaflah ye, kak. Saya baru kerja kat sini hari ni.”
“Oh,
patutlah.”
“Akak
nak saya panggilkan dia ke?”
Raysa
mengangguk.
“Sila
panggil dia sekarang. Cakap ada customer
nak jumpa.”
“Ray,
kau...”
“Ah,
diamlah kau, Mel!”
Pelayan
itu mengangguk. Terus dia menuju ke belakang
kedai makan itu.
Mungkin
lelaki itu berada di dapur agaknya.
Sementara
itu, Raysa sudah mengetuk meja berulang kali dengan jari-jemari
runcingnya. Sebelah tangannya bercekak pinggang. Gayanya seperti sudah tidak
sabar lagi berjumpa dengan orang yang telah membuat minumannya itu.
Tidak
lama kemudian, muncul seorang lelaki berketinggian
enam kaki di depannya. Berkulit agak cerah,
bertubuh tinggi lampai dan tegap badannya.
Lelaki itu memakai baju T-shirt berwarna hitam dan berseluar jean
hitam lusuh. Cuma apron yang dipakainya sahaja
berwarna merah. Serius riak wajahnya. Rambut bahagian depannya berjuntai
melepasi dahi.
“Kau
ke yang buat air aku ni?”
Raysa
terus menghalakan telunjuknya ke wajah lelaki itu dengan berani dan tanpa segan
silu. Mukanya mendongak, memandang tajam
lelaki itu.
“Ye.”
Suara garau lelaki itu menampar gegendang telinga mereka.
“Air
yang kau buat ni tak sedap langsung. Tawar!”
Lelaki
itu terdiam. Dia memandang gelas berisi air Milo
yang tidak kurang daripada separuh itu.
Matanya beralih ke wajah Raysa yang masam mencuka.
“Kau
nak suruh customer minum air macam ni
dengan terpaksa ke? Baik kau bagi kucing minum.”
Melisa
menekup mulut menahan tawa. Dia tidak jadi hendak ketawa apabila melihat
jelingan tajam Raysa.
“Weh,
bro...
Apesal kau diam,
hah? Aku tengah cakap dengan kau ni,” teriak
Raysa.
Raysa
sudah berdiri kerana makin hilang sabar. Lelaki itu berjalan perlahan
mendekatinya. Dia berlawan pandang dengan lelaki itu.
Barulah
dia perasan warna anak mata lelaki itu yang hazel kecoklatan. Dengan hidung
yang mancung. Wajahnya seperti rupa kacukan, di sebalik rambut depan
yang menutupi sebahagian dahi.
“Kau
kata apa tadi?”
“Aku
cakap air ni tak sedap. Kau pekak ke?”
“Cantik
betul bahasa kau ni, perempuan? Tak boleh
cakap elok-elok sikit ke?”
Raysa
tergamam. Suara lelaki itu tenang sahaja tapi terasa seperti satu das tembakan
terkena tepat ke jantungnya.
“Aku
peduli apa?”
“Belum
pernah ada orang yang biadab bila cakap dengan aku. Kaulah orang pertama.”
Lelaki
itu turut berkata kasar.
Raysa
mengetap bibir geram. Dengan tidak semena, tangannya mencapai gelasnya di atas
meja lalu dilemparkan ke muka lelaki itu. Gelas yang kosong itu diletakkan
kembali ke meja sambil bibirnya mengukir senyum sinis.
Baru
puas hatinya!
Lelaki
itu meraup mukanya yang basah dengan air Milo.
Sebahagian baju yang dipakainya juga habis basah. Banyak pasang mata sudah memandang mereka berdua.
Melisa
menekup mulut. Dia terkejut dengan perbuatan Raysa.
“Sekarang
ni kau nak cakap aku apa? Biadab ke tak? Heh!”
Lelaki
itu merenung Raysa tajam. Dia masih tidak
berkata apa-apa.
“Fareez,
kenapa ni?”
Seorang
lelaki berusia pertengahan 50-an menghampiri. Pak Daud,
pengurus restoran itu.
“Pak
cik, boleh tolong ajar sikit pekerja pak cik ni supaya hormat dengan pelanggan
tak?”
Raysa
berpeluk tubuh dengan mata masih memandang
lelaki tinggi lampai itu.
“Maaf
ya, cik. Kenapa ya
jadi macam ni?”
“Ni
ha... saya cuma nak kompelin
air yang dia ni buat tak sedap. Itu aje. Tapi dia langsung tak hormat saya, terus tuduh saya ni biadab. Jadi salah siapa
sekarang?”
“Eh,
mestilah cik tak salah apa-apa.” Terus Pak Daud menjawab.
Bibir
Raysa mengukir senyuman menang.
“Fareez,
nanti jumpa saya lepas ni,” arah Pak Daud.
Lelaki
yang dipanggil Fareez itu tertunduk lalu mengangguk perlahan.
“Lagi
satu. Saya nak gaji dia ni dipotong. Biar dia belajar untuk lebih hormati
pelanggan lepas ni.”
Sengaja
Raysa berkata begitu. Huh, biar dia rasa!
“Err,
cik...”
“Ikutkan, saya tak ingin pun nak minum kat kedai murah ni.
Kawan saya ni yang beria ajak. Jenis macam saya ni dah biasa minum dekat Starbucks je atau mana-mana kedai yang selayaknya
untuk anak orang kaya macam saya.”
Raysa
berkata angkuh.
“Kalau
macam tu, nanti saya akan potong gaji dia.
Takpe, cik,
jangan risau ya. Nanti saya uruskan. Minta maaf banyak-banyak, cik.”
Raysa
hanya menjeling tajam. Dia mengeluarkan satu helai not sepuluh ringgit lalu
diletaknya di atas meja.
“Keep the change.”
Bibirnya
dirapatkan ke telinga lelaki itu. Senyuman sinis terukir di wajahnya.
“Dah,
jom kita blah, Mel.”
Tanpa
menunggu, dia terus berlalu dari situ dengan
hati yang sebal. Langkahnya segera diekori oleh Melisa.
“Kau
tak patut tau buat macam tu. Kesian pulak aku tengok lelaki tu tadi.”
“Nak
kesian kenapa pulak?”
“Yelah,
bukanlah tak sedap sangat air dia buat tu. Cuma terkurang manis sikit aje.”
Melisa
melirikkan kedua-dua
matanya ke atas.
Raysa
berjalan laju ke depan. Jauh pula kereta
yang diparkirnya. Raysa terus berjalan menghampiri Honda
Civic warna hitamnya.
“Tapi
dia tu ada rupa,
kan?”
“Siapa
yang ada rupa? Mamat gila tu atau pak cik tu?”
“Maksud
aku mamat tulah yang ada rupa. Apa pulak pak
cik tu? Kau ni, Ray...”
Raysa
mematikan langkahnya.
“Kau, lagi sekali cuba nak puji mamat sengal tu, siap kau. Aku tak suka. Dia sesuka hati aje
cakap aku ni biadab.”
Melisa
angkat kedua-dua tangan.
“Hah,
yelah, yelah... Aku tak cakap apa-apa lagi
dah, okey.”
Melisa
sudah membuka pintu kereta Myvinya. Dia memandang Raysa yang sudah berjalan ke keretanya.
“Aku
balik dululah ye, Ray. Jumpa kau dekat kelas
esok!” laung Melisa.
Huh,
marahlah tu sebab aku puji mamat tadi. Apa kenalah mood member aku sorang ni. Datang angin gila dia, macam tulah. Jangan-jangan, tengah period tak? Tu yang berangin aje, fikir Melisa.
Terus
dia menutup pintu kereta dan menghidupkan enjinnya sebelum berlalu dari situ.
Tinggal
beberapa langkah sahaja ke keretanya, lengan
Raysa tiba-tiba ditarik kasar ke satu lorong sempit.
Lorong
itu merupakan bangunan belakang kira-kira beberapa meter sahaja dari kedai
makan tadi.
Raysa
terjerit kecil. Mulutnya ditekup seseorang. Bulat matanya memandang tubuh
seseorang yang memakai baju berhud berwarna biru lusuh. Wajahnya tidak jelas
kelihatan kerana separuh wajahnya ditutupi dengan
hud. Cuma rambut hitamnya saja yang berjuntai di dahi.
“Lepaskan
aku!” jerit
Raysa ketakutan apabila tangan lelaki tidak
dikenali itu menjerut lehernya pula.
Rambutnya
ditarik dengan kasar. Mukanya terdongak,
hampir dengan wajah lelaki itu.
“Diam!”
Mata
Raysa terbuntang luas. Anak mata coklat hazel itu dipandangnya.
“Kau...?”
Dadanya berdegup kian kencang sebaik melihat senyum sinis terukir di bibir lelaki itu. Adakah dia sengaja menempah bala?
Post a Comment
0 Comments