Thought
Watak Dalam Novel: Drama Atau Realiti
![]() |
Sumber dari Google |
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
Bila sebut pasal watak penceritaan dalam sesebuah novel, hero dan heroin selalu digambarkan sebagai manusia yang sempurna, kurang cacat celanya. Walaupun tidaklah terlalu sempurna pun. Haruslah memiliki kelebihan dan kekurangan. Biasanya, mereka ini dipanggil protagonis. Watak utama inilah yang akan menjadi penggerak dalam sesebuah cerita daripada mula sampai penamatnya.
Biasanya kalau sis nak mencipta sesuatu watak sama ada protagonis atau antagonis, sis lebih suka bereksperimen melalui pemerhatian terhadap orang di sekeliling. Sis ni jenis yang suka perhatikan orang lebih lagi bila orang tu mempunyai karakter menarik. Ha... orang yang berpersonaliti menarik inilah yang selalunya akan sis gunakan sebagai bahan eksperimen tersebut haha!
Selain tu, melalui gaya percakapan dan tingkah laku dia pun sis akan ambil cakna. Sis memang teliti bila melibatkan penciptaan karakter sesuatu watak. But mostly, melalui bahan bacaan yang banyak membantu sis... obviously. Lebih banyak buku berlainan genre yang sis baca, lebih banyak idea yang boleh bantu sis dalam penulisan manuskrip.
Sis juga akan layan banyak drama dan movies. Kadangkala hanya dengan dengar lagu je pun boleh menghayati watak tu. Pelik kan? Macam mana hanya dengan dengar lagu aje boleh dapat ilham untuk buat karakter seperti apa? Ya. Ilham boleh datang dalam banyak cara. Pokoknya, perlukan penghayatan yang sangat mendalam supaya karakter itu tidak kaku atau pun dibuat-buat. Sebab tulah sis datangkan tajuk seperti di atas.
Watak dalam novel ni adakah sama macam drama sahaja atau based on reality? Drama ni nampak macam dibuat-buat. Sikap tu berbeza. Bukan aje sikap malah watak tu termasuklah sifat fizikalnya, latar belakangnya etc. Dari sinilah tercetusnya character development. Atau pembinaan watak. Bagaimana kita nak menjadikan watak kita tu as a real life person. Human being. Simple like that. Kalau tak jadi, pembaca akan mudah boring dan akhirnya tak habislah baca buku kita. Sis lagi suka kalau tulis watak yang nampak real. Realitinya, hidup kita memang macam tu. Tak sama kehidupan kita sekarang dengan di zaman atuk, nenek moyang kita dulu kan? Cara bercakap pun berbeza. Penampilan. Sifat dan sikap apatah lagi. Orang kaya dengan orang miskin, gaya hidupnya tak sama. Yang daripada keluarga sederhana pun lain gayanya. Pegawai kastam dan pensyarah berbeza cara kerjanya. Doktor dan usahawan seperti pengasas produk kecantikan… adakah sama cara percakapan mereka? Dah tentulah berbeza kan.
Kerjaya pun memainkan peranan. Lagi tinggi pangkat watak tu lagi lain cara pemikirannya. Tapi, ada juga yang kerja bukan doctor pun tapi gaya percakapan nampak cerdik. Ada orang luaran nampak alim tapi hakikatnya tidak. So, banyak yang kita perlu consider bila bercakap tentang bagaimana nak merealitikan sesuatu watak. Janganlah pergi buat doktor yang jatuh cinta dengan pesakit, tapi, banyak pula masa doktor tu pergi dating, window shopping, jalan-jalan, borak-borak santai. Tak nampak pun profesionalnya sebagai seorang doktor:P
Realiti sekarang orang dah mula bosan dengan cerita yang lebih kurang hampir sama. Sis akui susah nak cari idea yang lain dari yang lain. Susah sebenarnya. Cliché tu tak dapat nak elak dalam novel genre cinta terutamanya. Tapi, bagaimana nak melainkan cliché itu bergantung pada kreativiti seseorang penulis. Kadang-kadang, ada drama pun okey juga. Bagi tambah menarik lagi cerita tu. Yang penting humor kena ada.
Lagi banyak kita membaca, lagi banyak idea yang tercetus. Itu baru kita bercakap tentang drama atau realiti, belum lagi masuk topik pembinaan watak.
Ini hanyalah pendapat sis berdasarkan pengalaman sis menulis sebelum ini. Saja nak share sikit-sikit apa yang sis tahu. Kalau ada perkongsian lagi bolehlah kita saling bertukar pendapat dan ilmu yang bermanfaat. InshaAllah.
Thank you for reading this:)
Post a Comment
0 Comments