Assalamualaikum wbt & salam sejahtera,

https://amyraaimi.blogspot.com
Anak siapa punya mejalah ni? tsk! tsk! bersepah-sepah. Tak jadi Mak Non nak buat menantu- Datin Tengku Sharifah Zaleha (nama rekaan)

https://amyraaimi.blogspot.com
Inilah sketch book sis yang dipenuhi idea-idea berselirat. Semuanya akan ditransfer ke dalam manuskrip sepanjang proses suntingan.

Sis sekarang tengah menyibukkan diri menyunting manuskrip bertajuk THE PROMISES. Ini merupakan tajuk baru dari Cinta Si Mata Biru. Sis decide nak tukar kepada tajuk lain disebabkan ada novel yang sudah pun buat tajuk yang lebih kurang sama dengan Cinta Si Mata Biru. 

Sis harap manuskrip ini dapat disunting dan seterusnya sampai ke tangan editor bagi tujuan penilaian terbit. Semoga ini merupakan manuskrip kedua yang dapat diterbitkan selepas Lamaran Encik Housemate (2019). Sis target dalam tahun ini juga untuk sis hantar manuskrip ini kepada pihak penerbit. Sebab tulah sis agak busy sedikit dengan kerja-kerja penyuntingan manuskrip sementelah ada lagi beberapa cerita lain yang sedang menunggu giliran untuk sis edit dan tulis semula.

Doakan urusan sis dipermudahkan ya. Terima kasih juga kerana sentiasa menyokong penulisan sis selama ini terutama rakan pembaca sekalian.


TEASER;

You’re not thanking me yet.” Dia tersentak dengan suara lelaki itu. Alya berpusing lalu terpandang sekujur tubuh Mikael yang tercegat di belakangnya.

For what?” Tanya Alya dengan kerutan di dahi. Mikael pandang dengan raut sinis.

For saving you.”
Alya mengeluh perlahan. Ya ALLAH... tak boleh ke mamat ni cakap Melayu je? Aku rasa macam try hard sangat cuba berbahasa Inggeris dengan dia. Namun tak terluah kata hatinya.

Can you... erm... speak Malay?”

Mikael nak tergelak dengan jawapan Alya.
Nope.”

Sengaja Mikael berkata begitu. Dia dah berpakat dengan kawan-kawannya tadi. Dia mahu tengok sejauh mana Alya mampu bertahan.

“Adui... susahlah awak ni. Kalau reti cakap Melayu kan senang. Takdelah saya susah sangat nak balas balik apa yang awak cakap. Aku ni dahlah tak reti sangat cakap omputih.”

Alya membebel sambil menggaru kepala yang dilitupi tudung. Mikael berusaha menahan tawa. Dia tak sangka pula gadis ini boleh tahan kelakar juga orangnya. Mikael menghampiri gadis itu yang nampak macam takut-takut pun ada.

“Okey... okey... you... stay there. Don’t come here. I sit here and you stand there. And...” Kata Alya terhenti di situ. 

Telunjuknya terhala ke arah lelaki itu. Dia dah berdiri sambil menghadap Mikael. Merah mukanya sebaik lelaki itu ingin merapati. Beberapa titis air dari hujung rambut Mikael yang basah menitik jatuh ke hidung mancung lelaki itu. Diperhatikan Alya dengan resah. Mikael angkat kening sebelah.

"And?” 

"Err...” Dipandangnya senyuman lelaki itu yang seperti sengaja nak mengenakan dia saja. Alya tercari-cari ayat yang sesuai.

“Thank you for saving me.”

Mata Alya cuba tak memandang susuk tubuh Mikael yang sasa dan berkulit putih itu. Dahi Alya berkerut.

You are so funny.”

Alya tergamam. Terkebil-kebil dia memandang lelaki itu.

"What’s your name?” Soal Mikael. 

Who are you to know my name?” Alya main belasah saja ayatnya. Janji sedap disebut tu kira okeylah tu. Berkerut dahi Mikael mendengarnya. 

You are Alya right?”

How did you know my name?”

“Daniel told me.” Mikael melirik sekilas lalu berpeluk tubuh. Alya menjuih mulut. Dia menunduk ke tanah.

“I said... stay there.”

“Why?” Langkah Mikael yang ingin mendekati itu terhenti. Alya bercekak pinggang. Hei, macam saja nak menggatal je mamat ni.

“I just want to take my towel. That’s it.”

Mikael menjelingnya seraya menghampiri beg galasnya yang rupanya bersebelahan saja dengan beg Alya. Menerpa rasa malu dalam diri Alya. Dia menggigit bibir. Alamak! Aku ke yang perasan?

Sorry.”

Yea, you should be sorry. I’ve seen many pretty girls before. Much sexier and prettier than you.”

Kenyit mata Mikael ke arahnya. Dengan senyum sinis yang dihadiahkan buat gadis itu, tualanya disangkut ke bahu yang terdedah. Alya terdiam dengan wajah merah menahan malu. Kurang asam! Dia memandang lelaki itu yang dah beredar dari situ dengan selamba...

Thank you for reading this:)