Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

https://amyraaimi.blogspot.com
Asakusa

https://amyraaimi.blogspot.com
Masa di Yokohama. Nampak je macam panas tapi sebenarnya sejuk terlampau. Entah suhu berapalah masa ni. Bibir keras kejung sampai terpaksa bertopeng muka.

Saya akan update sebanyak mungkin artikel di dalam blog ini sementara saya mempunyai masa terluang ini. Sambungan dari entry sebelum ini, macam mana saya budget perbelanjaan sepanjang percutian selama seminggu di Jepun? Walaupun isu pasal corona virus tengah hangat diperkatakan, tak digalakkan untuk kita melancong terutama di negara yang sedang tular dengan wabak itu. Saya tetap update juga pasal tips travel ni sebabnya dah janji sebelum ni. Tengah ada masa ni kalau tak, bila lagi kan? Apa pun kita doakan semoga apa jua musibah dapat dielakkan. Kalau dah terpaksa juga pergi ke luar negara nak buat macam mana kan. Ikutkan, saya banyak melakukan research dan pembacaan di blog-blog backpackers lain dan ianya sedikit sebanyak amat membantu saya dan suami sepanjang berada di Tokyo dan Yokohama.

Ini merupakan checklist yang saya sendiri buat berdasarkan pengalaman saya berada di Tokyo dan Yokohama. Sebenarnya, nak budget RM4k bagi dua orang boleh je. Kalau pandai lagi boleh dapat bawah RM4k. Ramai juga kenalan yang terkejut bila dengar dan mereka akan tanya sebab nak tahu kami buat macam mana. Biasa nak pergi Jepun kan perlukan kos yang banyak. Sis terbeli banyak cenderahati pulok, biasalah ompompuan… itulah yang budget jadi RM4k lebih sikit. Pastu jenjalan rasa lapar memanjang aje nak singgah konbini cari makanan mana yang halal serta boleh dimakan. Kalau ikutkan pengiraan kos asal, lebih kurang RM3,800 bagi dua orang yang perlu dibelanjakan (rujuk itinerary) all-in termasuk tiket flight pergi-balik, kemudahan penginapan, transport dan lain-lain. Masih lagi di bawah RM4k kan.

Tapi, percutian ala backpack ni cabarannya ialah anda perlu bersedia untuk melakukan sedikit pengorbanan. Hehe... sedikit aje ya. Tak banyak pun. Macam kena tidur satu malam di airport... itu perkara biasa. Makanan seeloknya bawa siap-siap dari Malaysia (mujurlah masa tu pegawai imigresen Jepun lebih friendly dengan sis berbanding masa dekat Korea dulu huhu) dan sebagainya.

IMPORTANT! Yang pasal visa wajib kena ambil tahu ya. Masa sis pergi ni memang tak perlu visa pun. Hanya dia bagi sticker pelawat yang dicop di passport sahaja. Tak tahulah tahun ni dan seterusnya macam mana. Sebab waktu sis pergi tu masa awal tahun 2018 kalau tak silap. Kekuatan passport ni diukur dengan jumlah negara-negara mana yang di dunia ini boleh dimasuki tanpa memerlukan visa.

Checklist keperluan yang wajib buat sebelum nak ke Jepun:

1. TIKET FLIGHT
Benda pertama yang anda perlu consider ialah, harga tiket penerbangan pergi-balik. Kalau boleh, carilah masa syarikat penerbangan tengah buat promosi ke etc. Macam AirAsia kan selalu je buat promotion free seat dan sebagainya. Ha! masa tu kenalah ambil peluang tau. Benda yang sama juga kena buat kalau nak travel ke Europe atau mana-mana negara pun.

2. PERTUKARAN DUIT YEN, PASSPORT, DOKUMEN LAIN-LAIN
Ya. Ini tersangatlah penting. Anda juga perlu standby itinerary dan salinan tempat penginapan sepanjang di sana untuk lepas dari disoal jawab pihak imigresen. Tapi, masa sis sampai kat imigresen tu diorang tak tengok pun. Tanya pun tak. Pegawai Jepun tu boleh dikatakan friendly, just tanya kami husband and wife? Then he let go. Sis yang baru aje nak buka luggage dia kata no need. Sis nak mudahkan dia sebab tengok tourist kat depan masa beratur buat macam tu. Siap keluarkan semua makanan lagi. Pelik juga sebab sis tak kena buat macam tu pun:P Alhamdulillah. Allah mudahkan semua urusan. Sekejap sangat kami beratur alih aje dah setel. Lagipun mereka memang cekap dan berdisiplin bila bekerja. Simpan siap-siap borang embarkation yang diberi oleh pramugari/pramugara dalam flight tu. Jangan pergi buang pulak. Ini benda utama kita perlu ambil port tak kiralah nak pergi Jepun ke, Korea ke, Europe country ke, USA ke… oh ya, duit sila tukar siap di Malaysia lagi ya. Tentukan berapa bajet anda secara keseluruhan terlebih dulu sebelum nak tukar tu. Asingkan yang mana untuk transport, tiket masuk, makanan, minuman, souvenir etc.

3. PLAN ITINERARY
Pilih tempat nak pergi tu awal-awal. Plan awal ni bagus sebenarnya. Supaya tidaklah anda bertekak mulut di kemudian hari dengan partner yang travel bersama tu. Sis ada share itinerary yang sis sendiri sediakan sebelum nak bertolak dulu. Itinerary pun ambil masa berbulan nak siapkan betul-betul sebab nak research lagi. Pastikan anda research segala maklumat dengan betul ya.

https://amyraaimi.blogspot.com

https://amyraaimi.blogspot.com

https://amyraaimi.blogspot.com

https://amyraaimi.blogspot.com

https://amyraaimi.blogspot.com

https://amyraaimi.blogspot.com
Itinerary ni termasuklah ke Yokohama sekali. Entah kenapa, sis lupa nak masukkan Yokohama. Yang sebenarnya, ini merupakan itinerary trip Tokyo & Yokohama.

4. PENGINAPAN
Bila dah beli tiket flight, haruslah berjimba ye tak? Semacam satu inspirasi pula sepertinya sebelah kaki sudah berada di tempat yang selama ni diidamkan. Huh, sis kalau boleh mestilah nak cari hotel first class yang five star ada jacuzzi itu semua, berendam sambil menikmati pemandangan Tokyo Tower… oh, lupa yang tips sis nak bagi ni ala backpackers guys.

Masa time tu, sis install aje aplikasi Airbnb, traveloka, booking.com, couchsurfing dan segala mak nenek penginapan bajet yang ada di dunia. Sis memilih Airbnb sebab mudah terus direct dengan owner kat sana je. Baik hati sang owner yang akhirnya membenarkan kami check in awal walaupun peraturan menetapkan perlu check in selepas pukul 3 pm. Siapa kata Japanese ni terlalu strict? Diorang sporting juga kengkadang tau.

Pengalaman tak boleh lupa, kami juga satu apartmen dengan tourist dari Israel dan housekeeper tu baik hati sangat. Entah berhelai-helai towels diberikan kepada kami walaupun sis hanya berdua je dengan suami. Katanya, bersalah sebab tak sempat nak kemas bilik sebab kami kan check in awal (patutnya kami yang salah) Lastly, kami bagi je dia kemas bilik.

5. TRANSPORT
Dah ada tiket flight, dah booked penginapan barulah lega kan? Sebelum tu, sis hanya booking bilik sewa dekat Tokyo sahaja dan bukan di Yokohama. Sebabnya? jarak perjalanan dari Yokohama dan Tokyo dekat je. Tak payah pening2 kepala bagai nak booking banyak2 hotel. Yang pening ni part nak buat itinerary sebenarnya. Juling mata masa tengok line subway train yang berselirat. Haruslah anda study terlebih dulu.

Tapi, sebelum tu... fikirkan tempat mana yang anda teringin nak pergi. Area mana nak cover? Tokyo tengah ke? Tokyo Barat ke? Tokyo Timur ke? Sis bagi tips ni hanya untuk ke Tokyo dan Yokohama saja ya. Bukan Osaka, Kyoto, Hokkaido etc. Kalau nak cover tempat jauh-jauh haruslah anda beli JR Pass siap-siap. Kalau setakat nak ke Tokyo atau area berdekatan tak perlu JR Pass pun takpe. Anda cuma beli tiket siap-siap iaitu Pasmo/Suica atau Tokyo Metro Pass 3 days, 7 days etc. di mesin tiket yang terletak di setiap train station mahupun Haneda Airport. Sis cadangkan beli siap di airport supaya tidaklah anda migraine sebaik tiba di sana. Okay?

Perlu diingatkan yang anda telah memilih untuk travel sebagai seorang backpacker sejati. Seharusnya anda akur yang anda perlu melakukan segalanya dari A sampai Z. Untuk membeli Tokyo Metro Pass, anda perlu melawat website sebab kena beli online. Anda akan diberikan tiket sementara dan bila sampai airport nanti barulah boleh redeem tiket tersebut dengan petugas yang cantik manis di Tourist Information Center.

Study map subway siap-siap sebab kena banyak naik train subway. Subway ni dia ada warna tertentu untuk membezakan setiap tempat contohnya, Asakusa line (oren), Otomesando line (biru)… ini contoh ya sebab sis dah lupa warna tu. Subway ni juga yang cover sebahagian besar Tokyo dan bersifat loop (runs continuously). Sila ambil berat soal transport ni sebab sangatlah penting. Nak sewa teksi memang taklah melainkan anda seorang usahawan produk kosmetik antarabangsa setaraf SK II dan Revlon. Apa pun, kos paling banyak sis laburkan dekat transportation. Sesat sekali, dua tu takpe lagi. Kalau dah berkali-kali sesat anda kiralah sendiri berapa jumlah yen yang dileburkan. Sebab tu kenapa pentingnya studi map subway tu awal-awal. Jangan pula tersalah naik JR Train ya.

6. BOOKING TIKET LAIN-LAIN
Ada tempat yang nak pergi tu free admission dan ada yang berbayar. Tempat free ni biasanya macam taman-taman seperti Ueno Park, Shinjuku Gyoen, Asakusa yang ada tanglung besar kaler merah tu etc. Masa sis pergi bunga Sakura baru tengah nak berkembang lagi. Masih ada salji sikit-sikit di Kawaguchiko Lake. Bagi yang nak ke Kawaguchiko Lake tu kena beli tiket bas siap-siap secara online ya. Boleh beli di website mereka. Selalunya diorang akan minta kita tunggu di Tokyo JR Station di Tokyo Station. Sama juga macam tempat lain, pastikan anda tahu tempat itu berbayar atau tidak perlu. Bukan apa, kadang tu diorang nak tengok tiket yang siap ditempah awal-awal secara online bagi memudahkan kerja mereka.

7. MAKANAN
Obviously, makan minum di sana tak dinafikan memang mahal weh! Makan daging wagyu halal sahaja di Shibuya pun sudah mencecah berapa puluhan ribu yen. Inikan pula setakat nak beli onigiri di konbini store. Tapi, sanggupkah anda bertahan kelaparan di negara orang dalam keadaan cuaca sejuk di bawah suhu 0 degrees celcius hingga mencecah negative? Kat sini pun kita akan bangun tengah malam atau pepagi buta dan pergi dapur sebab perut berkeroncong/tak boleh tidur kan? (Sila jujur ya haha)

Sis akan bawa siap-siap pek Brahims seperti nasi goreng instant, nasi briyani, masak sambal ikan bilis kentang siap-siap and voila! Anda sudah pun bersedia untuk travel sebagai backpacker sejati:)

Tips nak tahan bagi bertenaga lebih bawalah coklat juga. Nampak macam remeh kan. Dah sampai sana korang akan berfikir yang kenapalah masa kat Malaysia tak beli choki-choki? Tak beli itulah… inilah… paling kurang pun megi ke. Sis ni ada gastrik pula tu. Coklat tu semacam benda wajib sis kena bawa dalam handbag setiap kali nak berjalan jauh. Tapi, kalau negara seperti Aussie sis dengar agak remeh sikit kalau nak bawa makanan tu semua. It depends okay? So, berbalik kepada pokok utamanya ialah research sebanyak mungkin sebelum nak ke sesebuah negara.

8. KEPERLUAN LAIN
Macam baju sejuk ke, ubat-ubatan ke… penting tau. Kos rawatan di Jepun bukan main-main punya. Standby ubat siap-siap. Bawalah minyak cap kapak ke, stoking tebal-tebal, baju tebal-tebal tu semua. Cuaca pun mencabar. Sejuknya especially time malam (pukul 5 petang pun dah gelap terutama bila time musim sejuk). Heat pack beli awal-awal di Daiso. So dapatlah kita berjimat cermat:)

Okey, hanya itu sahaja perkongsian sis setakat ini. Hopefully dapat membantu korang yang teringin nak pergi bercuti di Negara Matahari Terbit. Tapi, masih lagi memikirkan budget dan kos yang mahal tu semua. Mengembaralah ke serata ceruk mana sekalipun sebab, dengan cara itu juga kita boleh tambah ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin. Perbetulkan niat. Biarlah tujuan itu semata kerana ALLAH SWT. Berdoa semoga urusan percutian dipermudahkan.


https://amyraaimi.blogspot.com
Asakusa

https://amyraaimi.blogspot.com
Chinatown, Yokohama

https://amyraaimi.blogspot.com
Odaiba

https://amyraaimi.blogspot.com
Pengesahan halal di Gyumon Shibuya

https://amyraaimi.blogspot.com
Masyarakat Jepun dari pelbagai status dan pekerjaan.

https://amyraaimi.blogspot.com
Tokyo Camii Mosque and Turkish Center

https://amyraaimi.blogspot.com
Robot Gundam yang masih dijual sampai sekarang.


P/S:
1. Budget yang sis tetapkan ni tidak termasuk kalau korang nak pergi Disneyland tau. Harga mungkin lain sikitlah sebab sis tak masuk pun Disneyland sebab kekangan masa, sis dan suami dah pilih nak pergi Yokohama. Jadi Disneyland tu cancel last minute.

2. Boleh dikatakan sis cover habis satu Tokyo. Ikut perancangan asal tiga hari je nak stay Tokyo, satu hari di Osaka dan another one day in Kyoto. Tapi, kami tak nak rushing sangat. Sis dan suami lebih kepada nak santai2 je jenjalan dan suka menghayati keindahan panorama di kota metropolitan Tokyo selama seminggu. Dah alang-alang kan. Baik berjalan betul-betul. Di Tokyo saja pun dah macam-macam tempat menarik untuk dilawati. Belum tempat lain lagi.

3. Sis merancang untuk ke Osaka dan Kyoto pula akan datang. Tapi, tunggulah nanti sebab buat masa ni banyak urusan sis kena fokus dan utamakan terutamanya keluarga. Manalah tahu satu hari nanti kalau ada rezeki kan. InshaAllah. Sis akan update bila impian terlaksana untuk ke Jepun sekali lagi.

4. IMPORTANT NOTES: Jaga kebersihan selalu sepanjang di Jepun ya. Ikut peraturan yang dah ditetapkan kerajaan mereka terutamanya dari segi cara pembuangan sisa plastik sampah. Ada caranya seperti kena asingkan plastik dan kotak minuman. Sis dan husband buat macam tu masa kami tinggal di apartmen. Sampah tu memang saja asing siap-siap bagi nak mudahkan housekeeper. Housekeeper  dan owner rumah tu dahlah baik. Tak sampai hati tau kitorang nak buang sampah sesuka hati. Kena jaga nama baik negara yang tercinta juga.

Thank you for reading this:)