Cagaran Kasih


Part 6


PINTU bilik tidur dihempas kuat dari luar. Aku terperanjat. Terhenggut bahuku bersama tuala yang berada di tangan. Muka menyinga Lucas aku pandang dengan penuh tanda tanya.

"Dasar perempuan gatal! Murahan ya kau ni?!" marah Lucas.

"Apa you cakap ni?"

"Kau tu yang tak sedar diri."

Telunjuknya dituding tepat ke wajahku. Aku tergamam.

Pintu ditutup dengan kasar sekali, Lucas lantas menghampiriku dengan tenungannya yang tajam menikam. Dia bercekak pinggang.

Aku mulai risau dan takut dengan perlakuannya yang tiba-tiba saja kembali berubah menjadi dirinya yang asal. Tidak lagi bermulut manis dengan layanan lembutnya terhadapku seperti ketika di rumah keluarganya.

"Kau sedar tak yang kau tu siapa? Kau suka ya menggatal dengan lelaki? Aku tak sangka betul yang kau jenis perempuan macam ni."

Dari cara pandangan Lucas, dia begitu jijik denganku.

"You mengarut apa ni? Cubalah bawa bersabar. Tak habis lagi ke you nak marah-marah I?"

Kata-kata itu makin membuat Lucas naik angin. Dia kian mendekati. Aku yang asalnya tadi mahu ke bilik air, terus tak jadi bila lihat keadaan berubah tegang begini. Aku dihambat kerisauan.

"Mengarut? Hei, kau tau tak, yang aku benci gila dengan perempuan gatal macam kau ni! Tahu nak ambil kesempatan aje...

"Kau memang saja layan Eric tadi kan?!"

Tersentap aku mendengar amukannya. Sudahlah, aku tak habis dituduhnya ambil kesempatan. Lepas tu, dia kata aku suka menggatal.

"Dia tu kan sepupu you. Salah ke I berborak dengan sepupu you. Bukannya orang lain pun yang you nak marah tak tentu pasal ni..."

"Menjawab kau ya?"

Makin melenting Lucas. Aku meraup muka dengan raut tertekan.

Apa sebenarnya yang dia mahukan? Aku faham. Dia ingin mencapai cita-citanya. Dengan mengambil alih syarikat daddynya. Aku tahu itu.

"Kalau you nak ambil alih company daddy you tu, go on. Sikit pun I tak halang impian dan cita-cita you tu. I faham." Terketar aku bersuara. Antara terkilan, marah dan sedih.

"Kalau I ni jadi penghalang untuk you kecapi semua impian tu, tolonglah lepaskan I... I rayu sangat. Tolong jangan layan I macam ni. I pun ada hati dan perasaan... Even, mummy you pun benci I. Apa sebabnya? I tak tau... I ni macam bodoh aje sebab tak tau apa-apa!"

Aku menangis teresak-esak di situ. Aku tak mampu hendak menahan kelukaan di hati ini. Sepuas hati, aku hamburkan tangisan. Lucas pandang aku bagai tiada perasaan saja. Mana dia campak perikemanusiaannya? Sekeras itukah hatinya... sebeku itukah jiwanya hingga tergamak mencaci maki aku sebegitu sekali?

"Aku suruh kau terus terang, kau tak nak. Sekarang aku nak tanya kau sesuatu. Kau sukakan Eric ke?"

Senyap.

"Jawablah hei! Aku tanya ni. Dah pekak ke atau bisu kau ni?"

Kasar sekali dia memaut lenganku. Aku tersentak dan tambah terkejut dengan perlakuan kasarnya. Aku meronta dan cuba meleraikan pautannya itu tapi, hampa. Dia terlalu kuat. Tak setanding dengan tenaga yang aku ada.

"Kalau I cakap I suka atau tak suka dia sekali pun, apa you nak buat?"

"Kau jangan nak cabar kesabaran aku ni Evelyn."

Pautan itu makin kuat. Aku mengaduh kesakitan. "Lucas. Lepaslah... sakit!"

"Jawab soalan aku tu tadi. Susah sangat ke kau nak jawab hmm?"

Aku menggeleng dengan linangan air mata. "Jangan berkasar sangat dengan I. Please..."

Aku cuba merayu.

"Jawablah!!!"

Kuat tangisan aku hamburkan. Aku terlalu takut dengan jerkahan itu.

Lucas hilang sabar. Aku meronta-ronta. Makin lama makin kejap pegangannya. Sebelah tangannya memaut pinggangku. Langsung aku tak boleh nak lari ke mana-mana.

"Kenapa hmm?"

Lucas senyum sinis.

Dia menolakku dengan kuat ke katil. Aku terbaring menelentang. Tuala yang kupegang tadi entah ke mana.

"Takut?"

Lucas ketawa besar. "Nak takut apa? Bukan ke ini yang kau nak kan?"

"Kenapa... you tiba-tiba nak marah? Hanya sebab Eric ke?"

Aku berdebar-debar saat dia menghampiriku. Kedua tanganku ditahan lantas dibawa ke sisi kepala. Raut seriusnya itu kupandang dengan rasa bercampur aduk. Lucas seperti hilang pertimbangan.

"Kan aku dah cakap tadi. Kau jangan menyesal andai aku buat sesuatu yang tak elok dekat kau."

"Masalahnya, I... I tak... bu... buat apa-apa pun..." aku tergagap-gagap.

Satu persatu butang kemejanya ditanggalkan. Melorot pandangannya kepadaku. Mendedahkan tubuh tegapnya yang berotot. Aku terpegun sejenak namun dalam masa yang sama, tak sedap hati.

"Salah kau sendirilah. Takkan kau lupa? Aku tau kau ada cakap sesuatu dengan Eric kan?

"Tak pun, kau sengaja nak goda sepupu aku tu. Kau perasan yang kau ni cantik? Hmm?"

Wajahnya itu menghampiri. Aku menggeleng laju. Aku memandangnya sambil cuba meraih simpati. Sekali lagi aku hampa. Membeku wajah lelaki itu.

"Lain kali... Aku nak ingatkan kau. Jangan pakai macam ni lagi bila di depan lelaki lain, selain aku. Aku tak suka sebab, kau tu... bukan cantik mana pun nak pakai macam ni."

Kelu lidahku. Aku semakin tak faham dengan permainan dan lakonannya.

Dress bercorak bunga kaler putih yang kupakai ditarik ke atas sebelum dicampakkan ke bawah. Tersingkap menampakkan sebahagian tubuhku. Aku menggigil. Ketakutan melihat senyuman yang lain macam itu. Lucas membelai rambutku. Bibirnya itu merayap di seluruh wajahku yang lencun dibasahi air mata. Disekanya dengan kedua ibu jari.

"No, no, Lucas... please... please, don't!"

"Syushh... sweetheart. I won't hurt you."

Lucas berbisik lembut. Aku mengetap kuat bibir bawahku...

Post a Comment

0 Comments