29
“SORRY...”
Aku menekup mulut dengan muka bersalah sangat-sangat!
“Kenapa awak tolak saya?” marah Hazim.
Ala... apa aku nak jawab ni? menggelabah punya pasal. Tapi bukannya salah aku. Kalau dia tak cakap macam tu takdelah aku tertolak dia sampai jatuh ke dalam kolam renang ni tadi.
“Saya tak sengaja tertolak awak. Siapa suruh awak buat permintaan yang bukan-bukan.”
Hazim merengus kasar. Tiba-tiba aku nampak dia tenggelam, timbul. Tenggelam, timbul lagi. Lepas tu tenggelam balik ke dasar air kolam. Aku jadi panik. Lamanya. Kenapa dia tak timbul-timbul? Hazim awak ni tak habis-habis nak bermain dengan perasaan saya.
“Hazim!”
Aku memanggilnya berulang kali.
Isy, takkanlah dia lemas pula? Tapi tak mustahil juga. Sebab aku sendiri tak pasti Hazim pandai berenang ke tidak. Macam mana kalau dia tak reti berenang? Aku dah mula risau. Aku terjun karang... aku bab-bab berenang ni memang expert juga. Maklumlah selalu sangat berenang kat rumah. So takde masalah lah. Tapi baju basah pula nanti. Ah, lantak lah. Dah terdesak macam ni. Hazim dalam bahaya.
Aku buka jaket dan melemparnya ke tepi kolam. Tarik nafas panjang-panjang. Cuba relax dan tenangkan fikiran. Recall balik ilmu berenang yang aku belajar sebelum ni. Terus terjun tanpa fikir panjang. Aku nampak tubuh Hazim dah terdampar jauh ke dasar kolam. Dia dah pengsan.
Oh no! Please Hazim jangan tinggalkan saya. Saya tak mahu kehilangan awak. Saya... saya memang tak sanggup kehilangan awak sebenarnya. Wake up Hazim please...
Terus aku capai tangan Hazim. Uisy... beratnya dia ni. Aku tarik lagi dan cuba sedaya upaya tapi aku tak mampu sebab dia terlalu berat. Susahnya nak tarik dia ni. Aku pula kehabisan tenaga. Melawan sedaya-upaya dengan segala kudrat yang ada. Melawan dalam kepayahan. Nafas aku pula dah semput dan tersekat-sekat. Aku bertarung dalam air. Dan aku semakin lemah. Tubuhku tidak berupaya lagi... semakin lemah... dan Hazim semakin kabur dari pandangan.
Duniaku terus gelap gelita.
**********
Sesungguhnya ALLAH SWT ketika seorang hambaNYA yang mukmin kematian anaknya, Dia berfirman kepada para malaikat (malaikat pencabut nyawa dan para pembantunya) : ‘Apakah kalian telah mencabut nyawa putera seorang hambaKu yang mukmin?’ para malaikat menjawab: ‘Benar!’ ALLAH berfirman: ‘Apakah kalian telah mencabut nyawa buah hatinya?’ Para malaikat menjawab: ‘Benar!’ ALLAH berfirman: ‘Bagaimana reaksi hambaKu?’ Malaikat menjawab: ‘Dia memujiMu dan mengucapkan Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji’uun (Sesungguhnya kami adalah milik ALLAH dan akan kembali kepadaNYA)’  ALLAH berfirman: ‘Bangunkanlah untuk hambaKu (yang mukmin itu) sebuah rumah di dalam syurga dan namailah dengan ‘Baitul hamd’ (rumah pujian)- Hadith riwayat At-Tirmidzi
Aku membuka mata. Namun terasa pedih sekali pandanganku. Tak boleh nak buka.
‘Ya ALLAH... aku mohon pertolonganMu Ya Tuhanku, aku tidak mahu kehilangannya. Aku berjanji tidak akan mensia-siakan dirinya. Aku mencintainya... selamatkan dia Ya ALLAH. Aku tidak mahu menanggung beban dosa kerana telah mengabaikannya. Ampunikanlah segala dosa-dosaku Ya ALLAH.
Entah dari mana datangnya suara itu. Sayup-sayup kedengaran di telingaku. Mustahil. Dalam keadaan tidak sedar mustahil aku mampu mendengar kata-kata itu. Ataukah ianya suara hati yang datang dari lubuk hatiku sendiri? Aku berusaha membuka mata. Amat payah. Perit dan pedih. Nafasku tersekat-sekat. Seolah-olah ia tersangkut dan sukar dilepaskan. Aku mula terbatuk-batuk.
Meem!”
Ada suara garau yang memanggil namaku. Aku tidak mampu menyahut. Aku tidak tahu siapakah dia. Aku terbatuk lagi.
Dia memanggil-manggil namaku. Berulang kali. Aku berusaha lagi. Membuka mata perlahan-lahan. Berjaya. Pandangan yang tadinya kabur sudah beransur terang dalam remang cahaya jingga. Wajah yang tadinya kabur semakin beransur jelas. Hazim!
“Thank God.
Aku memandang Hazim yang terduduk di sisiku. Habis basah lencun baju dan seluarnya. Kenapa dia basah? Dan kenapa aku terbaring macam ni? badan aku pun habis basah. Apa dah jadi? Aku bangun perlahan-lahan. Terasa tubuhku begitu lemah sekali.
“Awak dah sedar akhirnya. Syukurlah...” dia menarik nafas lega.
“Kenapa boleh jadi macam ni?” aku bertanya dengan suara yang lemah.
“Awak lemas tadi. Masa terjun kolam. Nak luruh jantung saya kerana awak.” Hazim meraup wajahnya yang basah. Dia sedikit tercungap akibat keletihan.
“Apa? Macam mana saya boleh lemas?”
Pelik betul. Setahu aku yang lemas tadi ialah Hazim. Dan aku yang cuba nak selamatkan dia. Ini dah terbalik pula.
“I don’t know. Yang awak tiba-tiba terjun kolam tu buat apa?”
“Saya nak selamatkan awak.”
“Nak selamatkan saya? apa yang awak merepek ni Meem?”
Aku pandang raut Hazim yang kehairanan.
“Sebab awak kan lemas tadi. Jadi saya terjunlah nak selamatkan awak.” Jawapan spontan aku berjaya membuatnya tergelak besar.
“Kenapa awak ketawa Hazim? Saya serius tau.”
“Don’t you think I can swim?”
Aku menggeleng dengan teragak-agak. Tak pasti. Dia boleh berenang ke?
“Bila masa pula saya lemas? Saya ingat nak mandi kolam tadi. Alang-alang awak dah tolak saya, saya ambil peluang. Mandi jelah. Berendam lama-lama. Nak lepaskan gian. Lepas tu awak terjun kolam tiba-tiba. Tarik tangan saya. Dan masa tulah awak terus pengsan.”
“Hah, yeke?”
Alamak, malunya aku. Mana nak sorok muka ni?
“Awak tak makan sejak dari petang tadi Meem. Muka awak pucat. Tak cukup tenaga. Masa Sophie pelawa makan tadi awak tolak. Saja je saya nak tengok awak macam mana. Menipu cakap tak lapar. Ego tak bertempat sampai memudaratkan diri sendiri. Lain kali sebelum nak buat sesuatu tu fikir dulu. Elok-elok awak nak selamatkan saya, saya pula yang kena selamatkan awak dulu. Mujurlah tak jadi apa-apa. Risau saya dibuatnya,” keluh Hazim.
“Maafkan saya...” aku tertunduk dengan rasa kesal.
Ya, menyesal tak makan sebab merajuklah kononnya tadi. Sanggup tahan lapar. Padahal Hazim tak pujuk pun. Sikap sebeginilah yang papa paling tak suka tentang aku. Kuat merajuk.
Seorang lelaki menuju ke arah kami. Kemudian menghulurkan dua helai towel pada Hazim. Hazim mengambil towel tersebut. Aku menoleh ke sudut lain bila Hazim dengan selambanya menanggalkan bajunya yang basah lencun. Menampakkan susuk tubuh sasanya. Dan mengelap tubuh serta rambutnya dengan tuala itu tadi. Sehelai lagi dihulurkan padaku. Aku mengambil tanpa memandangnya. Malu dan segan masih menguasai diri. Kesal dengan tindakan terburu-buru tadi. Entah apalah yang difikirkan Hazim saat ini. Mesti dia ketawa sebab dapat kenakan aku tadi.
Stupid girl! Arghh...
“Lap badan awak dengan towel tu. Lepas tu ikut saya masuk bilik. Saya dah suruh Sophie sediakan baju untuk awak. After that make sure you eat first. Saya dah minta pembantu Sophie hantarkan makanan ke bilik. Then you have to rest. Nak tidur terus pun tak apa. Saya takkan ganggu awak.”
“Macam mana dengan kereta Kak Nini?”
“Don’t worry, saya dah pesan pada Eddie minta tolong dia hantar kereta tu semula pada Kak Nini. Kunci kereta saya dah bagi pada dia. Kuncinya saya cari dalam poket jaket awak tadi. Lucky I’ve found it. Anyway, saya dah inform pada Kak Nini yang awak tak balik malam ni. Tidur kat sini je dengan saya... opss! I mean... lain-lain bilik tapi di hotel yang sama,” Hazim senyum nakal bila tengok aku dah pandang semacam.
“By the way, thanks for the kiss.” Hazim mengenyitkan mata kanannya.
Kiss? Bila masa... Oh no, oh my... aku meraba bibirku. Masa dia nak selamatkan aku dari lemas tadi, mesti dia... mesti dia...
“I do the CPR. Terdesak sangat. Nak buat macam mana. Tapi sekurang-kurangnya saya tau yang awak sebenarnya sayangkan saya. Kalau tak mesti awak takkan susah payah nak selamatkan saya kan. 
Hazim berjalan selamba memasuki lobi hotel sambil bernyanyi kecil dengan tualanya yang disangkut ke bahu.
30
CANTIK, eksklusif, moden dan elegan. Itu yang aku mampu ungkapkan bila tengok segenap ruang di bilik suite ini. Walaupun sebelum ni aku dah biasa tidur di hotel first class tetapi inilah antara bilik paling mewah pernah aku duduki. Perabotnya semua mewah dan dari segi dekorasi just nice and simple. Tak berserabut mata memandang.
Ada peti sejuk mini, TV plasma, katil bersaiz king dan perabot asas lainnya. Juga ada pemanas bila cuaca terlampau sejuk. Katilnya pula empuk dan cukup menggoda diriku yang sememangnya mengantuk ini. Bila-bila masa aje tunggu nak rebah.
Aku menghenyakkan punggung di situ. Sukanya! Beralih pula ke sliding door. Aku menarik langsir dan membukanya. Wah, nampak pemandangan bandar Seoul dari jauh. Lawanya. Dengan lampu warna warni dan berkelip-kelip. Cukup menarik perhatian. Dan paling mengagumkan bila aku buka je sliding door ini terus nampak mini jacuzzi. Yeay, boleh berendam lama-lama. Tapi dah macam fobia sikit lepas kejadian lemas tadi. Takpe, tak dalam pun jacuzzi ni.
“You like it?”
Aku terperanjat dengan teguran itu. Hampir sahaja aku melompat dari katil. Sakan Hazim gelakkan aku. Suka sangat lah tu dapat surprisekan aku. Mahu tak terkejutnya. Tadi aku rasa aku seorang diri je dalam bilik ni. Tiba-tiba dia ada. Mana tak meremang bulu roma aku ni. Bagi salam pun tidak. Ini yang nak marah ni!
“Kenapa tak bagi salam dulu? Ketuk pintu ke. Main redah masuk je.”
Aku meraba kepala yang masih dilitupi selendang. Fuhh... yakin dan selamat. 
“Wait... just wait a sec. I need to calm down first.”
Hazim mengangkat tangan kanannya. Dia terduduk di atas katil. Menghabiskan sisa tawanya. Tapi bila dia tengok aku balik dia macam nak ketawa balik. Apa kena lagi ni? ada yang tak kena ke? Aku dah cuak. Meraba kepala, elok je bertudung. Badan pun okey. Pakai bathrobe. Eh? Bathrobe... bath... towel...
OMG!!!
This is bad. Aku berjalan pantas menuju ke bilik air. Tak tengok muka dia pun sebab dah malu gila. Malu yang teramat sangat. Atas bukan main lagi tutup aurat. Bawah... hancur!
“I nak pegi toilet kejap.”
Ber’I’ bagai lah pula. Dah tersasul-sasul dah. Gelabah dan gabra lah ni punya pasal.
“Okay, take your time and be more careful right after this my dear wife.”
Aku tersengih sebab nak cover malu dan terus tutup pintu. Kenapalah aku boleh buat something yang bodoh macam ni? Memalukan betul.
Hazim dah tergelak-gelak dah kat luar bilik air. Ingat aku tak dengar ke cik abang? aku menahan perasaan. Nak menangis air mata tak boleh keluar. Yang sebenarnya aku jadi pakai macam ni pun sebab baru lepas keluar dari toilet tadi. Tengah nak bersiap tiba-tiba perut meragam dan aku salin seluar yang aku dah pakai dengan towel. Terlupa bila Hazim tiba-tiba redah masuk tadi. Ini Hazim punya pasal lah. Nasib baik kaki putih dan licin. So takdelah malu sangat. Arghh.... 
Kiss... towel...
Mak, aku rasa nak pengsan lagi!
**********
MALAS nak keluar bilik. Malas dan malu. Ingat nak ambil angin di luar. Sophie dah beberapa kali telefon aku di bilik. Macam-macam alasan aku bagi. Sakit perutlah, peninglah, senggugutlah walaupun sebenarnya baru minggu lepas datang period. Sophie perempuan juga so dia memang memahami. Seorang pembantu wanita terus hantarkan sedulang makanan dan susu panas dengan ubat tahan senggugut beberapa minit lepas Sophie telefon aku. Baiknya hati dia.
Tapi part yang dia kiss pipi Hazim tu aku tetap tak boleh terima. Aku benar-benar cemburu dengan kemesraan mereka. Aku pula... err, it was just a CPR. Tak boleh dikira sebagai first kiss aku. Tapi Hazim tetap bersalah dalam hal ni sebab dia dah steal first kiss aku. Sengaja ke tak sengaja ke, I don’t care!
Deringan telefon membuatku tersentak. Mesti Sophie ni. Nak tanya aku dah dapat makanan ke belum.
Sophie, thanks for the meal dengan ubat senggugut ni.”
“Awak senggugut ke?”
Erk! Salah orang.
“Err, takdelah. Tadi macam sakit perut.”
“Sekarang?”
“Sekarang dah okey balik.”
“Sure ke ni?”
“Sure.”
“Aik, tanya sepatah, jawab pun sepatah. I’m not calling a wrong person right?” Hazim macam menyindir.
“Saya takde mood sekarang ni. I need to rest.”
“Ala, tunggulah dulu. Kita berbual lama sikit. Saya rindulah. Baru beberapa minit tak tengok muka my dear wife tapi rindunya Tuhan je yang tahu. Macam setahun tak jumpa. You should know my feeling. How I feel when we’re both apart a year ago. Dan bila kita jumpa semula I feel so happy. Saya tawakal je masa berpandukan pada alamat dan contact number Kak Nini yang Dina bagi tempoh hari. Actually I really want to see you Meem.”
Terubat sikit hati aku ni dengar. Rasa marah tadi beransur reda bila dengar suara romantisnya.
“Why do you love me... err, I mean... why did you do this to me?”
“Entahlah, saya sendiri tak tahu kenapa. Tak tahu kenapa saya boleh jatuh cinta. Saya sendiri tak sedar bila dan bagaimana. Ia datang naturally. Pertama kali saya nampak awak, hati saya dah terpaut. Tapi saya tak boleh berbuat apa-apa sebab masa tu saya dah bertunang. Memang saya akui yang saya takde perasaan langsung kat Sheila. Tapi demi mak, saya sanggup korbankan perasaan sendiri. Saya ketepikan segalanya yang penting mak dan abah gembira.”
Betul kata orang, bila seseorang mencintai kita sepenuh hati dia sendiri tiada sebab mengapa dia mencintai kita. Sukar mencari jawapannya. Dia mencintai kita bukan kerana paras rupa, harta kekayaan dan sebagainya. Tetapi kerana agamanya. Dia mencintai kita kerana dengan itu ia akan mendekatkan diri dengan Yang Maha Pencipta.
Aku tidak pernah mengenali apa itu cinta. Seumur hidupku aku tidak pernah bercinta dengan sesiapa. Kecuali kisah silam yang lalu yang mengingatkan aku terhadap seseorang. Tetapi aku sendiri tidak pasti adakah itu cinta atau meminatinya. Kelakar pula bila aku ingat balik. Zaman persekolahan yang aku rindui hingga ke saat ini. Masa itu aku ada ramai kawan. Mereka berkawan denganku kerana aku adalah Shameem Suhaili. Bukan kerana aku ini anak Tan Sri. Hanya Isya yang kenal siapa aku sebenarnya. Tapi Isya tetap ikhlas berkawan denganku.
Perbezaan yang aku rasakan dengan kawan-kawan yang aku miliki sekarang. Rata-rata semuanya berkawan denganku sebab nak glamor, nak duit dan nak tumpang pangkat papa aku. Rata-ratanya berbangga bila mendekati aku. Lelaki tak payah cakaplah. Semuanya sama je. Meem itu... Meem ini... dah hulur duit terus cabut lari. Dah dapat duit kan, apa lagi.
Bila aku sakit, susah hati, tiada siapa yang sudi mendekati. Tiada seorang pun yang bertanya. Akhirnya aku ambil keputusan untuk hidup dengan cara aku sendiri. Sampai telinga aku dah lali dengar perkataan keramat ini, Shameem anak Tan Sri yang berlagak bagus dan sombong. Lama-kelamaan aku sendiri yang berbangga dengan kata-kata itu. Sebab tiada lagi lelaki hidung belang yang berani menghampiriku.
“Helo Meem. Are you there?”
“Ya, saya dengarlah ni.”
“Esok saya plan nak bawa awak ke satu tempat. Tempat favourite saya di sini.”
Oh, baru aku teringat. Hazim memang ada bagitau nak bawa aku ke satu tempat sebelum ni. Lepas tu aku lupa nak tanya dia. Semuanya sebab aku sakit hati bila tengok kelakuan Hazim dengan Sophie tadi. Terus aku lupakan niat nak bertanya.
Awak nak bawa saya pegi mana?”
“Adalah... kena rahsiakan dulu.”
“Suka betul nak surprisekan saya tau Van Persie!”
Hazim tergelak. Lebih lagi bila aku menekan perkataan Van Persie itu.
“Van Persie tak apa. Jangan Doraemon sudah.”
Aku menahan diri dari nak tergelak sama. Tak mahu tunjuk sangat yang aku mula menyenangi setiap kata-katanya.
“Tapi awak mesti suka tempat tu.”
“I hope so. Tapi lepas tu awak kena hantar saya balik.
“Okey, awak balik rumah Kak Nini kemas semua barang awak dan kita balik Malaysia sama-sama.”
“Awak jelah balik sorang. Saya tak mahu ikut awak.”
“Tak kira. Kali ni awak tak boleh nak lari lagi. Sebab saya takkan izinkan awak tinggal di sini dengan lebih lama lagi. Saya nak awak ikut saya balik dan kita tinggal bersama. Kita sama-sama bina keluarga kita sendiri. Boleh lah ya sayang?” Hazim masih berusaha memujukku.
Aku menggigit bantal. Apa yang harus aku lakukan? Perlu ke aku ikut sahaja kehendak dia? Jika diikutkan aku wajib menuruti kata-kata seorang suami. Berdosa jika aku engkar. Tapi aku tahu walau macam mana sekalipun, aku terpaksa. Terpaksa memilih jalan ini. Mungkin kali ini aku akan cuba walaupun aku masih belum boleh menerima dirinya seratus peratus.
“Tengoklah macam mana...” jawabku perlahan.
“Meem. Saya tahu awak masih bencikan saya kan. Tapi saya nak awak tahu yang saya akan sentiasa menyayangi dan menjaga awak sepenuh hati saya. Saya sangat cintakan awak.”
Aku diam membisu. Tidak tahu apa lagi yang harus dikatakan.
“Saya ikut awak pun bukan sebab saya dah terima awak dalam hidup saya. Tapi sebab saya rindukan papa dan mama.”
“I don’t even mind it dear. As long as you are happy. Lagipun papa dan mama memang terlalu rindukan awak, Meem.”
Aku semakin tersentuh mendengar kata-katanya.  
“Hazim...”
“Ya sayang?”
Aku dapat merasakan yang dia kini makin kerap memanggilku sayang. Sungguh, aku sangat benci dengan debaran yang aku rasakan tiap kali dia memanggilku begitu.
“Boleh tak esok saya nak ambil gambar tempat tu banyak-banyak?”
Meletus tawa Hazim.
“Of course dear. Takkanlah tak boleh pula. Awak nak ambil gambar saya banyak-banyak pun boleh. Mana tahu nak lepaskan rindu ke?”
“Perasan!”
Dia ketawa. Pelik. Sebab aku dapat merasakan debaran di hatiku setiap kali aku mendengar suaranya dan gelak tawanya.
Walaupun bilik kami asing-asing tapi aku dapat rasakan Hazim sangat dekat denganku. Dia seolah-olah sedang berbaring di sebelahku. Saling berbalas pandang. Kami tidak berselisih faham seperti sebelum ini. Tetapi Hazim cukup menghormatiku. Kadangkala aku merasakan yang aku sebenarnya tidak layak untuk lelaki sebaik Hazim. Dia lebih perlukan perempuan yang lebih baik untuknya. Tapi bukan aku.
“Awak dah mengantuk?”
“Taklah, kenapa?” aku berdalih. Padahal baru je lepas menguap tadi he he...
“Sebab saya dengar awak menguap tadi.”
Hah? Dia memang dengar rupanya.
Okey I think it’s time for you to sleep. Esok kena bangun awal pagi dan terus bersiap. Lepas tu kita breakfast sama-sama. Saya tak nak perut awak lapar lagi macam tadi.
“Okey but I have one wish.”
“What is it?” bisik Hazim penuh romantis. Aku dah tersenyum-senyum. Rasa nak kenakan dia balik je.
“Awak kena nyanyi satu lagu dulu untuk saya then i’ll go to sleep.”
Tapi... err...
“No excuse. Sing me a song. Ini denda untuk awak sebab cakap kat Sophie tadi yang saya ni maid awak! Sampainya hati tau...” aku buat-buat merajuk. Tapi sebenarnya nak menyakat dia aje.
“But you said it is okay just now?”
“Tipu awak je. Saja nak tengok awak macam mana.” Aku pulangkan paku buah keras. Padan muka!
“Okey, okey. My dear wife punya pasal, ke Korea pun saya sanggup!”
Aku tergelak kecil.
“Biarkan berlalu... semua kepedihanmu... lelapkan matamu... biarkan mimpi membawamu... ke mana kau mahu....”
“Eh, jap jap... lagu apa ni?”
“Lagu Faizal Tahir ‘Selamat Malam’ .
“Hm, nice song, nice voice, pitching okey. Tak lari.”
“Nak teruskan ke tak ni? tahulah suara saya tak mengancam macam Faizal Tahir.”
Ala, nak merajuk pula dia. Aku ketawa sebab tak tahan geli hati. Pertama sebab first time dengar suara Hazim yang macho tu menyanyi. Kedua sebab dia masih nak menyanyi juga setelah dipaksa.
“Tak cakap pun suara tak best. Okey apa. Cuma suara Faizal Tahir tu memang tak boleh lawanlah.”
“Can I go on?”
“Sure, why not.”
“Selamat malam, tidurlah sayangku... siang kan tiba bercahaya... bermula baru semua untukmu... biarkan berlabuh tirai kisah semalam... yang indah itu ada padamu... dengan setiap impian dan harapan...”
31
DRESS bercorak floral warna peach dan bertali halus itu masih tergantung di dalam wardrobe. Langsung aku tak sentuh dan pandang pun rasa lain je. Macam tak best. Sophie ni nak suruh aku pakai dress ni, dia nak suruh aku jadi seksi macam dia ke? Ini bukan seksi dah namanya. Seksa lagi adalah! Sakit mata memandangnya apatah lagi nak memakainya. Aku baru je nak insaf dah mula nak belajar pakai tudung, dia kasi pula aku pakai baju macam ni. Sabar jelah.
Alamatnya kena tunggu jelah baju dan seluar jeans yang aku pakai semalam tu kering dulu. Baru tadi aku hantar pada pembantu Sophie minta tolong dikeringkan dalam dryer. Ini dah nak dekat setengah jam takkan tak kering lagi kot. Tudung aku belek. Hm, nasib baik cepat kering. Aku sangkut pada hanger dan letak di depan pemanas malam tadi.
Aku memeluk tubuh yang masih tersarung pajama Hazim yang dipinjam semalam. Memerhati pula ke luar menerusi sliding door. Pukul berapa ni? tapi rasa awal lagi sebab aku baru lepas bersolat Subuh.
Aku memerhatikan kiri dan kanan. Line clear! Kemudian perlahan-lahan aku mencium pajama Hazim dengan mata yang tertutup. Melayan perasaan yang kian bersemi. Dalam fikiran teringatkan peristiwa manis semalam. Sewaktu Hazim menyelamatkan diriku dari lemas dan semasa dia menyanyikan lagu hingga aku sendiri tidak sedar entah bila agaknya aku terlena. Indahnya saat manis itu. Penuh romantis. Nampaknya aku ni dah memang angaulah. Tapi sesekali melayan perasaan bahagia yang mula bertamu ni apa salahnya.
Telefon bilikku berdering. Bergegas aku mendapatkannya. Hazim kot.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam. Morning dear. Dah siap?” kan dah agak. Memang Hazim pun.
Aku tergamam. Tengok pajama yang aku pakai. Lepas tu melirik ke wardrobe yang ada tergantung dress floral itu. Teringat janji dengan Hazim semalam. Dia nak bawa aku ke satu tempat. Hm... bala!
“Not yet.”
“Kenapa tak siap lagi? dari tadi lagi asyik nak cium baju saya tu. Memanglah lambat nak bersiap. I’m in a hurry. Banyak kerja lagi nak buat lepas ni. Better take a bath right now. Or else kena tinggal je kat sini. Saya malas nak tunggu tuan puteri bersiap lama-lama.”
“You see it?” aku tekejut bercampur malu.
“Tak percaya?”
Hazim dah tergelak-gelak. Nakal aje bunyinya. Mukaku dah bertukar merah.
“Err... bu... bukan.”
“Well, you can see me of course. Kalau awak pandang sebelah kiri balkoni tu. And I can see you too when I look at my right side.”
“Really?”
“Tak sangka yang my dear wife rindukan saya sampai begitu sekali. Saya pun takdelah sampai nak cium baju yang saya pakai bila rindukan seseorang.”
Hazim ketawa besar. Jahat je bunyinya. Argghhh!!! Tension betul la macam ni. Asyik terkena aje dengan Hazim.
“However you look so sexy with that outfit. Muka baru bangun tidur. Rambut yang tak terurus. It looks so great! How I wish I was there... hugging you tightly... kiss your... em...”
Dia dah mula dah. Nak jual minyak urat ke? Aku dah rasa geli-geleman seluruh badan. Tak boleh nak membayangkan macam mana.
“What?” aku pura-pura marah. Dalam hati berdebar sebenarnya.
“Your forehead. Meem, awak mesti fikir benda lain kan?” Hazim dah tergelak-gelak.
“Jangan nak memandai tuduh ye. Tak kuasa saya nak fikir benda yang tak sepatutnya. Awak yang mulakan dulu.” Aku menggigit bibir. Geram dengan kenakalan Hazim. Eii! Ada yang nak kena cubit ni.
“Ala, malu tapi mahu sebenarnya kan.”
“Hazim! That’s enough for now. Malas saya nak layan awak. Nanti lambat pula nak bersiap. Awak juga yang suruh saya cepat bersiap mandi kan.”
Hazim ni makin dilayan makin menggatal. Isy, janganlah dia menggatal macam ni dengan perempuan lain. Dengan Sophie ke. Harapnya dengan aku jelah dia macam ni. Tapi aku risau juga takut dia jenis lelaki yang playboy. Minta-minta dijauhkanlah. Tapi kenapa pula aku harus berperasaan begini? Mana perginya sifat keras hati aku selama ini?
Lama-kelamaan tidak mustahil kebencian yang aku tanam sejak sekian lama terhadapnya beransur pudar. Aku jadi bimbang jika rasa sayang yang makin bercambah kian mekar dengan bunga-bunga cinta. Tidak pernah aku merasakan debaran sebegini dengan mana-mana lelaki selain Hazim. Tidak mustahil satu saat nanti aku akan jatuh hati padanya.
Ya, ini yang paling aku risaukan.
“Okey, i’ll give you five minutes.”
“Five minutes? Mana sempat.”
“Ten.”
“Tak sempat lah awak. Nak mandi lagi, gosok gigi, iron tudung, pakai baju, pakai tudung, mekap...”
“Okey, okey... twenty minutes. Habis lambat la tu.” tegas Hazim.
“Awak ni macam nak rekruit askar je.”
“I’m serious with time management. Saya memang tak suka bazirkan masa. Elok-elok saya boleh jumpa awak lama-lama terus jadi sekejap. Elok 24 jam dah tolak lapan jam sebab semalam awak tidur bilik lain. Kalau tak boleh saya pandang muka awak lama-lama 24 jam tu mesti tak ruginya lah. Sama juga dengan kerja. Dalam satu jam tu sebenarnya kita boleh buat macam-macam kerja. Jadi kenapa nak dibazirkan dengan melengahkan masa yang ALLAH dah bagi?” Jawab Hazim.
“Yelah, within half an hour I’ll make sure all done.”
“Hai, nak menang dia jugak. All right, my dear wife punya pasal.”
Hazim mengalah juga akhirnya. Yes!
“Macam tulah my dear husband. Saaayangggggg...... awak sangat-sangat. Muacchh!”
Talian sepi seketika. Hazim terdiam. Aku pula dah tergamam. Masing-masing tak tahu nak cakap apa. Tak sangka sama sekali aku boleh cakap macam tu pada Hazim. Spontan pula tu. Terus aku letak gagang telefon cepat-cepat.
Ya ALLAH, apa yang aku cakap tadi? Macam mana boleh tersasul pulak ni? Padahal aku tak berniat apa-apa pun.
Aku dah malu tahap sampai tak tahu dah nak menggambarkannya lagi. Malu yang amat sangat. Hazim ada kat luar ke? Macam mana aku nak berdepan dengan dia nanti? Aku mengintai melalui celah langsir. Takde pun. Intai lagi dan lagi dan akhirnya terus keluar. Pandang ke kiri dan aku nampak Hazim yang sudah pun siap mengenakan T-shirt Polo warna putih dan berseluar jeans. Memang dekat je rupanya bilik kami. Sebelah menyebelah je. Macam masa kami berjiran dulu.
Dia tersenyum manis sambil mengenyitkan mata. Begitu kacak sekali dirinya. Aku pula... dah macam nak rebah di situ juga!