25

AKU tersedar dari lena bila ada bunyi ketukan pintu bertalu-talu di luar. Suara Kak Nini memanggil-manggil namaku. Aku masih bingung. Macam mana aku boleh tertidur pula di waktu sebegini? Jarang aku tidur waktu siang hari semenjak tinggal di sini. Tambahan pula fikiranku masih kusut dengan mimpi tadi. Adakah ada sesuatu petanda yang Dia hendak tunjukkan pada hambaNYA?
Aku pandang lappy yang masih on dengan tayangan Winter Sonata. Cett... patutlah mimpi dengan Hazim tadi tempatnya lebih kurang sama macam dalam cerita ni. Rupanya dok asyik sangat layan Winter Sonata sampai bawak ke mimpi.
“Meem bukak pintu ni cepat.”
Malasnya nak bangun. Terjengul muka Kak Nini dari muka pintu. Dia buka sendiri pintu tu. agaknya lama sangat nak tunggu respon dariku.
“Meem tidur ya tadi?”
“Kenapa?”
“Err...”
Kak Nini aku pandang hairan. Tak pernah aku tengok dia macam ni. Nampak serba salah aje. Ke dia rasa bersalah ganggu aku tidur tadi?
“Takpe kak. Meem memang nak bangun pun ni. Lama sangat tidur.”
“Kenapa Kak Nini?” aku bertanya lagi bila Kak Nini masih teragak-agak.
“Meem...”
Perlahan-lahan Kak Nini menapak masuk ke dalam. Dia melabuhkan punggung di sebelahku. Matanya tidak lepas memandang ke wajahku yang kehairanan, bingung dan ‘blur’.
“Akak pernah cakap kan pada Meem supaya terima sesuatu yang dah tersurat pada kita dengan redha dan tabah. Jangan menyalahkan takdir. Tuhan lebih mengetahui apa yang paling terbaik buat setiap hambaNYA yang beriman.”
Aku melongo memandangnya. Baru bangun tidur je dah kena ceramah?
“Dalam hidup ni kita kena sentiasa bersyukur dengan apa jua nikmat pemberianNYA. Tak kira lah benda tu kita rasa baik dan elok pada kita atau kita fikir sebaliknya. Segalanya terkandung hikmah. Kadang-kadang kita tak boleh terlalu bencikan seseorang, sebab kelak nanti kita akan menyayanginya lebih dari apa yang kita bencikan dulu.”
Aku makin keliru. Benci? Sayang? Apa maksud Kak Nini?
“Sesiapa yang mengaku beriman pada ALLAH SWT dan RasulNYA, maka segala ketentuan qada’ dan qadar yang telah ditentukan kita wajib terima. Meem faham kan maksud akak?”
Angguk jelah walaupun aku sendiri kurang faham kenapa Kak Nini tiba-tiba je berkelakuan begini. Pelik je.
“Hati kita ni kadang-kadang... ah, entahlah. Akak pun dulu macam Meem jugak. Selalu rasa keliru dengan perasaan sendiri. Soal hati dan perasaan ni memang rumit bila dibincangkan. It’s complicated. It deserve to understand more than you do. Akak fikir banyak kali bila parents akak bagitau tentang pinangan Abang Wan tu maklumlah masa tu kami masih di tahun akhir pengajian masa kat USM dulu. Memang akak tak jangka. Terkejut dan rasa bahagia pun ada. Tapi akak jadi keliru. Sanggup ke akak terima dia sedangkan kami masih belum mengenali lebih mendalam hati budi masing-masing. Parents pulak makin desak. Akak makin tension dan tertekan sampai satu tahap....”
Excited pula aku dengar bila Kak Nini buka ‘kitab lama’. He he...
“Sampai satu tahap?” aku ulang.
“Sampai satu tahap akak give up dan minta Abang Wan lupakan akak. Cari aje gadis lain yang lebih layak dan lebih baik dari akak. Sebab akak tak pasti dengan perasaan sendiri. Akak tak pasti sama ada akak boleh hidup bahagia dengan dia ataupun tidak. Lepas tu mak akak tanya, apa yang akak nak sebenarnya dalam hidup ni? lagipun mak akak yakin dengan Abang Wan. Dengan kebaikannya dan keikhlasannya memperisterikan akak.”
“Akak tak pernah menjangka yang dia jodoh akak. Dia suami terbaik dan Alhamdulillah kami bahagia sampai sekarang. Kalau boleh biarlah sampai bila-bila pun. Akak rasa akak dah buat macam-macam dalam hidup ni. tapi kenapa akak masih rasa tak puas? Bila mak akak tanya macam tu barulah akak mula berfikir. Buat solat Istikharah minta petunjuk dariNYA kemudian berfikir lagi. Dan sekarang akak yakin dengan jalan yang akak dah pilih ni.”
Aku terdiam. Kak Nini memegang bahuku dengan erat.
“Akak tak paksa Meem terima Hazim. Terpulanglah. Tapi dia suami Meem yang sanggup melakukan apa saja termasuklah yang ini...”
“Ha?”
Kak Nini terus menarik tanganku ke jendela kaca. Menyelak kain langsir dan... oh my God!
Aku bagaikan terpaku dan tidak percaya dengan apa yang kulihat. Kakiku, tubuhku, dan hatiku. Segala-galanya yang menjadi milikku bagaikan telah lumpuh. Tak percaya... aku geleng berulang kali.
“Dah lama Hazim berdiri kat luar tu. dia nak jumpa Meem. Akak dengan Abang Wan banyak kali ajak dia masuk tapi dia degil jugak nak tunggu Meem sampai Meem keluar. Hm... korang berdua ni memanglah. Sama-sama degil. Sama-sama keras kepala. Sama-sama hati batu.
Aku tertunduk ke lantai. Menahan tangisan. Rasa terharu sebenarnya kerana rupanya dia benar-benar tunaikan janjinya. Dalam hujan yang renyai-renyai. Dalam kebasahan dia masih berdiri di situ. Wajahnya masih tampan seperti dulu dengan penuh mengharap. Tidak kisah walaupun berdiri dalam kesejukan. Dia memandang dari kejauhan. Tiba-tiba pandangan kami bertembung. Jantungku berdegup kencang. Dia dapat melihatku. Menerobos ke jendela kaca.
 “Kak Nini, Meem nak pinjam kereta kejap.”
“Eh, Meem nak ke mana?”
“Nak lari dari sini. Nak lari dari Hazim.”
“Tapi...”
Aku pandang Kak Nini dengan mata berkaca. Bibirku terketar. Menahan sebak di dada. Kenapa Hazim muncul mendadak begini? Ya ALLAH, Tuhanku Yang Maha Penyayang, apa yang harus aku lakukan? aku tak bersedia menghadapinya... peristiwa pahit itu melayang kembali. Aku tidak menyalahkan Kak Nini jauh sekali takdir yang menimpa hidupku. Tetapi aku benar-benar belum bersedia untuk berdepan dengan Hazim. Aku tidak mahu melukakan perasaan dan hatiku sendiri. Aku takut dia akan semakin menambahkan parut di hati ini.
“Kalau tak boleh takpelah. Meem nak pegi ke satu tempat.”
Aku mencapai selendang berwarna putih krim pemberian Kak Nini. Membaluti kepala dengan lilitan ringkas. Jaket kulit juga berwarna putih aku sarungkan ke tubuh dan berseluar jeans. Aku mencapai tas tangan. Kak Nini jadi serba-salah.
“Kunci tu kat dalam kotak kunci atas almari depan. Take care of yourself. Apa-apa hal call akak dan fikir dulu sebelum nak buat apa-apa. Jangan main hentam keromo aje.”
Yes! Kak Nini dah bagi lampu hijau. Aku tersenyum. Cepat-cepat aku berlari meredah hujan dan menghidupkan enjin kereta tanpa sedikitpun berpaling ke arah Hazim. Laju sahaja kereta meluncur keluar dari garaj. Aku sudah nekad. Apa nak jadi jadilah. Aku takkan balik sebab tahu Hazim mesti tunggu sampai aku balik. Malam ni aku tidur kat hotel. Pesanan Kak Nini aku abaikan. Tapi masih dipertimbangkan.
Aku ketawa jahat. Goodbye Hazim! Aku pandang side mirror...
Mak!
Hazim kejar aku dari belakang dengan Lamborghini Gallardo. Memang betul-betul kerja gila. Cepatnya dia. Cekap, tangkas dan nampak hebat bergaya! Aku tukar gear lima dan apa lagi? tekan minyak sekuat hati dan pecut. Tengok je dia boleh ke tidak kejar aku. Aku memang tengah gian nak bawak kereta laju-laju ni.
Lamborghini Hazim makin mendekat. Aku panik. Uish... laju betul dia bawak. Hazim dah macam pelumba professional dah aku tengok. Selamba je muka dia kejar aku. Siap sengih lagi.
Alamak, Hazim makin dekat. Dia dah bersedia nak potong aku. Aku tak mudah panik. Cuba bertenang dan relax. Makin mendekat dan dia tekan laju pedal minyak. Aku halang dari Lamborghini dia potong aku. Yes, berjaya! Heh, cayalah kereta Kak Nini ni walaupun jenis yang biasa-biasa je. Tapi dalam hati aku tetap berdoa semoga dielakkan dari kejadian tidak diingini.
“Pull over!”
Aik? Macam mana Hazim boleh ada sebelah kereta aku pulak ni? bila masa dia menyaingi aku? Erk!
“I said pull over! I want to see you!” jerit Hazim sambil menoleh ke arahku.
“I won’t!” aku pun terjerit sama.
Pandang dia sekejap. Dan pandang depan balik. Bahaya kalau tiba-tiba ada kereta lain keluar dari simpang ni. Karang accident memang naya je.
“Meem. Please stop the car right now!”
“I won’t!”
“Please don’t be like this.”
“I hate you!”
“I know!” Hazim tertawa.
Aku semakin tertekan. Kenapa dia bawak kereta laju sangat? Aku semakin gerun dan kecut perut. Tetapi entah kenapa kaki aku tetap menekan kuat pedal minyak sehingga ke akhirnya. Aku membuka radio bagi meredakan ketegangan.
You never know niga naeyeojaga doelji
Nan gyeolgug tto neoreul baraboge dwaessji
Amumal eobssi mupyojeonghande useumyeo
Neon meoreojigoisseo

I know, I know, I know, I know
Saranghae, saranghae, saranghanda
Ireohke sorichyeo bulleobonda
Neon gajil su eobsneun monalija gataseo duryeowo
Naege annyeongira malhajima
Geureon nunbicheuro naege malhajima
Baby say yes, baby say yes
Monalija gateun pyojeongeul hago
Oh oh oh oh oh
Oh oh oh oh oh

Oh baby say yes, baby say yes
Nan meonghaniseoseo barabagoisseo
Neol manjilsuneun eobsjiman
Neol gajilsuneun eobsjiman
Neol-wonhae....

Everybody on the left,
Everybody on the right,
Everybody, everybody in the house say
Lalalalala, oh lalalalala
Lalalalala....(Monalisa-MBLAQ)
Hazim menambah kelajuan Lamborghininya. Kami saling potong-memotong. Tidak mahu mengalah. Dia potong aku, aku potong dia balik. Lepas tu aku menjelirkan lidah. Padan muka!
Senyumanku mati bila tiba-tiba je ada seorang nenek nak melintas jalan dengan cucunya. Aku menekan hon berkali-kali. Hazim sudah jauh berada di belakang. Mungkin dia sengaja memperlahankan keretanya. Apa yang pasti aku semakin jauh dan Hazim hilang dari pandanganku apabila aku memasuki simpang ke kanan.
Tapi tidak lama. Tup tup je dia dah ada balik kat belakang aku. Wah, hebat dan begitu cekap sekali dia memandu. Dia ni macam dah biasa merempit atas litar F1 je. Sudah lah cekap bawak flight. Kereta pun sama jugak. Memang pemandu yang pro lah dia ni.
Lamborghini Gallardo berjaya memotong aku tanpa sebarang masalah. Aku menekan brek mengejut bila Hazim menghalang di hadapan. Fuh... nasib baik sempat tekan brek. Kalau tak memang confirm aku salahkan Hazim dan minta dia bayar ganti rugi kereta Kak Nini ni beserta berderet-deret saman yang bakal muncul tiba tak lama lagi. Hai... mana taknya, ada dalam dua ke tiga traffic light kami langgar tadi. Mujurlah tak banyak kereta. Yang bagi hon tak payah cakaplah. Menyumpah seranah dalam bahasa Korea pun ada gamaknya.
Hazim sudah keluar dari kereta mewahnya. Entah dia pinjam kereta siapa aku tak tahu. Menunggu aku sambil menyandar dengan selamba dan penuh bergaya di sebelah Lamborghini Gallardo itu. Dia berpeluk tubuh memandang tajam ke arahku. Memang berlagak habis! Mentang-mentang dia dah menang. Aku pula masih tidak berganjak dari dalam kereta Kak Nini. Sama-sama tenung dengan tajam juga. Aku dah makin panas hati. Isy, rasa nak langgar lari je dia nih! Aku langgar kang baru tahu.
“Sampai bila awak nak larikan diri hm?”
Aku malas nak jawab. Pandang ke sudut lain. Menyampah.
“Nak saya tolong tarik awak keluar ke?”
Aku mencemik. Eleh, tak takut pun.
“Jangan cabar saya Meem. Saya kira sampai tiga. Kalau tak keluar juga saya yang pegi tarik awak sendiri, dukung awak masuk dalam kereta saya ni.” Gertaknya.
“Saya akan report polis bagitau awak cuba nak culik saya.
Hazim tersenyum mengejek. “Ya, saya memang nak culik isteri sendiri. Salah ek?”
“Satu...”
“Dua...”
Aik? Tak sampai tiga pun? Hazim dah meluru dengan pantas ke arahku. Mana aci macam ni. Cakap nak kira sampai tiga. Awak main tipu ye.
Dia membuka pintu kereta tanpa sempat aku mengunci dari dalam. Menarik tanganku, menutup pintu dan menekan kuat tubuhku ke kereta. Kedua belah tangannya kiri dan kanan sudah mengepung tubuhku. Aku tidak mampu melawan lagi. Tidak berdaya melakukan apa-apa. Dia terlalu tinggi hingga memaksa aku mendongak memandangnya.
“Awak tipu. Cakap nak kira sampai tiga. Tak aci betul tau!”
“Ini balasan sebab awak pun pernah tipu saya jugak dulu.”
Dahiku berkerut seribu. Bila masa aku tipu dia?
“Masa di airport dulu. Awak terus lari padahal dah janji takkan lari lagi dari saya. Sampai saya terpaksa kejar awak balik. Macam sekaranglah. Suka betul ye wife saya ni main kejar-kejar kan.”
Oh, baru aku ingat. Peristiwa kejar-kejar di KLIA dulu. Mana mungkin aku lupa.
“So masih nak larikan diri lagi?”
“Ya, makin awak kejar saya, makin jauh saya akan lari. Kejarlah ke mana saja sebab awak takkan pernah dapat tangkap hati saya ni. Hati saya bukan untuk awak. Kita kahwin dulu pun sebab nak tutup malu dan aib keluarga masing-masing. Lepaskan saya.”
“Saya tak mahu dan takkan melepaskan awak.”
“Tolong lepaskan saya. Saya tak cintakan awak.”
“Saya tunggu sampai awak mencintai saya.”
“Kalau macam tu penantian awak tu hanya sia-sia je. Biar beribu tahun pun saya takkan pernah mencintai awak. Jangan paksa saya terima awak Hazim.”
“Kita boleh cuba. Awak boleh bagi saya peluang tak?”
Aku pandang wajah Hazim yang berkumis nipis itu lama. Dia dah nampak lain. Ketampanannya makin terserlah. Makin bergaya dengan baju yang tersarung dengan jaket kulit hitam. Aku kurang selesa dengan renungannya di sebalik kaca mata hitam. Aku dapat merasakan debaran yang kian kencang bila berada dekat dengannya begini.
Saat itulah kenangan lama itu kembali terlayar di ruangan mata. Kebencianku terhadapnya tidak pernah pudar sejak itu. Malah sekarang ini pun aku masih membenci perbuatannya terhadapku.
I hate you.
26
HAZIM tersenyum lagi. Senyuman yang aku rindui selama ini. Senyuman dia memang menawan. Manis sekali. Terserlah lesung pipitnya. Cuma aku sahaja yang tidak mahu mengakuinya secara terang-terangan. Aku tidak akan sesekali membiarkan diriku jatuh hati dengan senyuman itu. Semua itu palsu belaka.
“Awak datang tiba-tiba, hadir dalam hidup saya sebagai jiran dan kerana peristiwa hitam itu kita terpaksa kahwin. Awak luahkan perasaan pada saya pun secara mendadak. Siapa awak sebenarnya hm? Bila saya lari awak pasti kejar saya balik. Sampai satu tahap, saya rasa fed up nak larikan diri lagi. Awak seolah-olah macam ada kuasa magis yang boleh tahu di mana saya berada. Macam Doraemon pun ada. Awak pakai pintu suka hati yang Doraemon punya tu ye?”
Hazim tergelak kecil. Lawak agaknya dia disamakan dengan Doraemon. Mana tidaknya, aku teringat ketika dia menggunakan plaster kartun Doraemon sewaktu membalut luka di kakiku tidak lama dahulu. Sejak itu tiap kali aku tengok kartun Doraemon aje aku pasti teringatkan Hazim. Arghh... sampai begitu sekali.
“I feel strange for the first time I met you. Rasa macam kita pernah jumpa lama dulu. Jantung saya seolah berhenti berdegup tiap kali saya pandang awak. Tapi masa tu saya dah bertunang dengan Sheila. Walaupun saya tak ada hati kat dia sebab pertunangan kami diuruskan keluarga tapi saya redha. Saya tak pasti kenapa saya masih mengharapkan awak. Impian saya cuma nak bina hidup bersama awak, gadis yang saya suka. Tapi mak saya pula tak boleh terima bila Sheila tiba-tiba putuskan pertunangan kami. Saya rasa gembira. Terlalu gembira sebab saya tahu saya masih berpeluang mendekati awak. Walaupun saya boleh je cari pengasuh lain dan hantar Atai ke mana-mana pusat jagaan tapi saya tetap nak awak yang jaga Atai. Bukan orang lain. Saya memang sayangkan awak Meem. Bagilah saya peluang.”
“Awak fikir saya hairan sangat dengan status awak sebagai pilot? Itu bukanlah alasan untuk saya berbangga bersuamikan lelaki macam awak. Walaupun memang saya mengaku dah tersilap menilai awak sebagai pemuda kampung yang kolot yang kerjanya hanya sebagai penternak ayam je dulu.”
Hazim menarik tanganku. Aku terpinga-pinga.
“Eh, awak nak bawa saya pegi mana ni?”
“Ikut jelah.
Dia menutup pintu sebaik aku memasuki ke dalam Lamborghininya. Sekejapan sahaja dia sudah berada di sebelahku.
“Kita nak ke mana?” aku bertanya cemas.
“Don’t worry. I won’t do anything to you sweetheart.”
“Tapi... tapi kereta Kak Nini tu...”
“Tinggal je sekejap.” Jawab Hazim selamba.
Dia menekan pedal minyak. Mak kau!! Lajunya...
“Boleh tak jangan bawak laju sangat? Awak ingat ni macam bawak kapal terbang ke? Kalau kat atas awan tu lainlah takde kenderaan lain pun. Traffic light pun takde.”
Dia tertawa besar.
“Dah terbiasa nak buat macam mana. Saya akan mengantuk kalau bawak slow motion.”
“Kereta mewah siapa yang awak pinjam ni Hazim? Pelik sebab lelaki kampung macam awak mustahil mampu pakai kereta luxury macam ni.”
Tanpa sempat Hazim menjawab, i-phonenya berbunyi. Dia segera menjawab panggilan itu.
“Yes, Alex. It’s me.”
Sekejap-sekejap dia berbahasa Inggeris+Perancis. Baru aku perasan yang Hazim memang berkebolehan dalam bahasa itu. Ini bukan kali pertama aku dengar dia berbahasa Perancis. Dia ni kacukan Perancis agaknya, fikirku. Aku pula yang melopong tak faham satu apa pun yang dia cakap. Mungkin ini merupakan kelebihan Hazim yang cukup aku kagumi. Mampu menguasai bahasa asing dengan baik. Tapi aku pula setakat tahu yang asas sahaja. Belajar bahasa Korea dahulu pun sebab ikut syarat asas program pengajian universiti.
“Okay, bye.”
Dia mengerling aku sekilas.
“Kenapa tengok saya macam tu? awak rindukan saya ye?” nadanya mahu mengusik.
“Perasan.
“I do miss you.”
Aku membuang pandang ke luar tingkap. Mahu pecah rasanya jantung aku ni kalau lama-lama berada di samping lelaki ini.
“Saya nak bawa awak ke satu tempat. Tempat yang paling indah di sini. Dah banyak kali sebenarnya saya ke sana dan ia merupakan salah satu tempat favourite saya. Jangan risau, i’ve already got permission from Alex to borrow his luxury car. Puas hati?”
Dia menerangkan bila nampak muka kelat aku. Aku menjelingnya.
“Alex? Siapa dia tu?”
Abang saya.”
Aku memandangnya lama. Inginkan kepastian.
“I’ve told you. You’ll get surprise when you slowly getting to know more about me.”
Aku pandang senyuman Hazim dengan rasa tak percaya. Entahlah... mungkin betul apa yang dikatakannya sebelum ini. Terlalu banyak perkara yang aku tidak tahu tentang Hazim.
“Lapar?” tanya Hazim. Dia masih memfokus pada pemanduannya di hadapan.
Aku menggeleng. Baik aku tengok panorama kat luar dari pandang muka dia yang menyakitkan hati itu. Macam tak bersalah je. Sakit hati sungguh dengan penipuannya selama ini. Apalah salahnya kalau dia berterus-terang siapa dirinya dari awal lagi. Kenapa perlu berahsia sejak dari awal lagi? Bermula dengan hal pertunangannya dengan Sheila, hal keluarga angkatnya dan pekerjaannya. Jangan-jangan pengakuan tentang perasaan dia tu semuanya tipu belaka. Sayang konon. Mesti ada muslihat ni. Mesti!
“Kita pegi makan dulu lah ye.”
“Saya tak lapar.”
Kreuk.... kreuk....
Alamak! Perut aku berkeroncong depan Hazim. Malunya... Hazim menyembunyikan senyumannya. Dia berdehem.
“Kenapa tak bagitau yang awak dah lapar?”
“Awak pulak kenapa tak terus-terang je pasal segalanya tentang awak? Mesti banyak lagi yang awak sembunyikan dari saya kan.
“Soalan dijawab dengan soalan.”
Aku mengetap bibir. Hazim mengeluh perlahan. Nampak mulutnya begitu berat untuk bercerita. Aku malas hendak memaksa. Untuk apa aku mengambil tahu semua itu? Aku bukannya ada apa-apa perasaan terhadapnya walau sekelumitpun. Dan aku berharap ikatan ini akan berakhir tidak berapa lama sahaja lagi. Sampai masanya kami akan berpisah jua. Hanya itu yang aku harapkan.
Tangannya menggagau ke seat belakang.
“Awak cari apa?”
Dia tersengih. Mengambil sesuatu dari dalam beg plastik. Sesekali matanya mengerling cermin pandang belakang. Aku terpandang sesuatu yang berbalut dengan plastik coklat di tangannya.
“Coklat?”
“Tolong bukakan pembalut ni,” arah Hazim. Coklat itu dihulurkan padaku. Aku menurut je. Pembalutnya aku buka tidak sampai separuh. Lepas tu aku hulurkan kembali padanya.
“Suapkan?” Hazim tersengih nakal.
Aku menjegilkan mata.
“Eii... tak kuasa!”
Hazim mengambilnya dan menyumbat separuh dari coklat itu dengan agak lahap.
“Saya lapar. Dari tadi tak makan. Mengantuk pulak tu.”
Hazim menghulurkan coklat. Aku geleng. Dia menghabiskan kesemua coklat yang berada di tangannya.
“Kita nak ke mana ni?”
“Temankan saya makan dulu.”
“Okey, lepas tu hantar saya balik.” Aku terus bersetuju.
“Kalau saya tak nak hantar macam mana?”
“Saya balik sendiri. Naik teksi atau minta tolong Kak Nini dengan Abang Wan ambilkan.”
“Kereta Kak Nini kan takde. Awak pinjam tadi. Macam mana dia nak datang ambil awak?” Hazim tergelak kecil.
Ye tak ye jugak. macam mana ni?
“Saya balik naik teksi ajelah.”
Hazim menggeleng perlahan.
“Macam ni ke cara awak melayan saya? saya ni kan suami awak. Tergamak ke awak nak biarkan saya tak berteman. Apa gunanya awak sebagai isteri? Membiarkan suami keseorangan. Dah lah saya datang dari jauh semata-mata nak jumpa awak. Takkanlah sikit pun awak tak boleh consider perasaan saya?
Pijar telingaku mendengarnya.
“Dah berapa kali saya cakap yang saya tak suka kahwin dengan awak. Saya takde perasaan langsung kat awak. Yang awak nak paksa-paksa saya ni kenapa?
Hazim mengeluh.
“Saya tak paksa awak terima saya Meem. Maksud saya cara layanan awak tu. Macam benci sangat kat saya. Cuba bagi peluang kat diri sendiri dulu kenal saya ni macam mana. Confirmlah awak mesti akan jatuh cinta nanti,” balas Hazim sambil mengenyitkan mata.
Aku mencebik.
“Saya dah kenal awak jadi takde sebab saya nak jatuh cinta. Hal tu takkan terjadi. Sampai masanya kita akan berpisah. Kita akan bawa haluan sendiri.
Memang aku akui adakala aku rindukan dia. Tapi aku tak pasti rindu itu atas dasar apa. Sayangkah? Cintakah? Tapi kenapa susah sangat aku nak layan dia sebagai seorang lelaki yang sudah terang-terang halal bagiku? Sedangkan aku tahu dia sudah sah sebagai suami aku. Dan aku sedar hukum seorang isteri yang tidak taat terhadap suaminya. Aku ini tidak layak berbicara soal agama. Sejak dari awal lagi aku bertindak nekad dengan melarikan diri dari Hazim. Sewaktu malam pertama kami lagi usai diijabkabulkan. Betapa berdosanya aku.
Papa pun sampai sekarang mungkin masih tidak memaafkan perbuatanku itu. Tidakkah papa tahu yang aku tidak pernah redha dengan perkahwinan ini? Aku terpaksa dan menjadi mangsa keadaan. Aku tak bersalah. Kenapa mesti aku yang dipersalahkan dan Hazim pula seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Sedangkan malam itu dia yang masuk ke dalam kediamanku. Walaupun aku tahu tujuan dia waktu itu. Hazim sekadar ingin tahu dan menangkap pencuri yang cuba memecah masuk rumahku, tapi aku tetap tak boleh terima. Susah untuk aku terima. Silap aku juga kerana membiarkan keadaan itu berlaku.
Seharusnya dia berterus-terang. Sepatutnya dia menceritakan hal sebenar pada semua orang. Aku sangat benci bila memikirkan semua itu. Seandainya semua itu boleh diulang kembali, mati hidup semula pun aku takkan mengizinkan Hazim masuk ke dalam rumahku pada malam itu. Tapi segalanya sudah terlambat. Semuanya bagai telah dirancang dan diatur dengan begitu baik sekali.
“Tak cukup lagi ke dengan setahun ni? I mean, dah nak dekat setahun saya tunggu awak. Tapi awak masih tak balik-balik juga. Kalau tak fikirkan saya pun sekurang-kurangnya fikirkanlah keluarga awak. Perasaan mereka macam mana.”
“Awak tak layak cakap pasal mereka. Siapa awak?” aku berkata sinis.
“Penternak ayam.”
“What?”
“Ya, saya ni kan penternak ayam. Tak layak kan cakap pasal keluarga awak yang kaya-raya tu.”
“You don’t know anything about me. You know nothing and I don’t want to know you. Lantaklah awak nak buat macam mana pun, saya tetap takkan terima dan maafkan awak sampai bila-bila pun.”
“Tapi boleh awak explain tak tentang cincin yang awak sedang pakai tu?” Hazim melirik ke jari manisku.
Hah? Cincin? Ala... kan dah kantoi. Err, apa alasan aku nak bagi ni? mesti dia perasan yang aku pakai cincin ni sebab aku suka. Suka dengan pemberiannya.
“Tak pakai rugi pulak. Awak dah beli mahal-mahal.”
“Awak memang ego Shameem.” Kata Hazim selamba.
“What? How dare you...” aku berkata geram. Suka hati je kutuk aku depan-depan!
“Ya, mengaku jelah yang awak ego dengan perasaan sendiri. Hakikatnya awak selalu teringatkan saya kan. Rindukan saya setiap masa.”
“Mengarut! Tolong jangan nak perasan lagi boleh tak? Geli saya dengar.”
“Hina sangat ke cinta saya ni Meem? Kotor sangat ke lelaki macam saya?” Hazim bersuara perlahan.
Aku terpaku. Hatiku mula terasa dengan kata-kata yang lahir dari bibirnya. Aku dihambat rasa bersalah pula. Memang mulut aku ini susah nak kawal. Dah semulajadi laser nak buat macam mana? Aku ni pula jenis yang cakap main lepas je. Manalah orang tak kecil hati dengan aku.
“Tak... bukan itu maksud saya. Saya... saya tak pernah pandang awak ni macam tu. Sorry but all I need is some more time. Please understand me. Saya harap awak faham. Saya cakap benda yang betul je.”
Hazim terus membisu. Dia begitu fokus dengan pemanduannya. Aku menantikan balasannya, tapi dia masih terus membisu. Aku makin bersalah.
“Err, awak marah ke? I’m so sorry.”
Hazim memandangku dengan serius. Aku terpegun tatkala dia kian mendekati. Eh, apa kena dia ni? aku semakin menggelabah. Dia makin mendekat. Hidung kami hampir bertemu. Aku menjarakkan diri.
“Saya rasa awak patut tengok depan. Bahaya kalau...”
“Pakai seat belt. Awak nak tambah lagi ke saman yang sedia ada ni?” sinis dia memotong percakapanku.