[DCP 18]
Dia, Cinta Pertama
“MIMPI apa adik akak ni?”
Aku
mengalih perhatian pada Kak Azrini yang sedang menuangkan teh panas dari teko
comelnya. Dania berada di pangkuanku sejak dari tadi manakala Danisha pula
sedang lena di bilik tidurnya. Suami Kak Azrini yang aku panggil Abang Ikhwan
tiada di rumah ketika ini kerana berada di Seoul bagi menghadiri press
conference bagi kerja projeknya selama seminggu di sana.
“Takde
mimpi apa pun kak. Meem saja datang nak ziarah akak.” Aku menjawab selamba.
Dania
ketawa mengekeh bila aku membuat aksi dengan patung pink panthernya. Seronok
betul duduk kat rumah Kak Nini ni. Tak sedar pejam-celik, pejam-celik, dah
sebulan rupanya masa berlalu. Begitu pantas sekali masa beredar. Fikiranku sudah
tidak bercelaru lagi seperti waktu pertama kali aku menjejakkan kaki ke sini.
Seingatku, dalam tempoh seminggu
aku asyik berkurung dalam bilik menangis tanpa henti. Kecuali makan dan tidur. Selebihnya aku banyak
menghabiskan masa dengan termenung.
Puas
Kak Nini dan Abang Ikhwan memujukku. Mereka sudah tahu cerita sebenar yang aku
telah ditangkap khalwat dan dipaksa menikah dengan Hazim. Agak lama jugalah aku
hendak memulihkan semangat kembali seperti dulu. Kak Nini beria memujukku
dengan membawa aku keluar berjalan. Sambil menenangkan fikiran, melupakan
masalah lalu dan menimba pengalaman menyaksikan keindahan negara orang.
Akhirnya aku berjaya melupakan kisah lama walaupun bukan seratus peratus.
“Akak
buat sendiri ke kimchi ni?” aku menyoal.
Dalam
pada tanya tu mulut dah penuh aku sumbatkan dengan makanan tradisi Korea itu.
“Ha’ah.
Sedap ke?”
Aku
angguk sambil tersengih.
“Meem
ni bagi apa aje semua Meem bedal je kak. Janji halal, he he...”
“Mestila
halal. Akak buat ikut style akak sendiri. Resepi kat sini kebanyakannya akak
dah ubah suai ikut citarasa akak sendiri. Tapi sesekali rindu jugak nak rasa
masakan Melayu. Dah lama tak
balik Malaysia. Nak dekat setahun jugaklah.”
“Wah,
bestnya. Lepas ni boleh lah akak ajar Meem masak Korean dishes pulak ye.”
“Boleh
je, apa salahnya. Meem pun dah tahu masak sikit-sikit kan. Oh ye, akak dengar Meem pernah ambil kursus Bahasa
Korea sebelum ni.”
“Pernah. Masa kat U dulu. Dalam tiga semester Meem
belajar.”
“Kenapa tak teruskan lagi?”
“Malaslah. Kalau Meem jadi macam akak memang patutlah
Meem kena belajar lagi.”
Aku
tersengih. Sejak tinggal dengan Kak Nini sekeluarga banyak benda jugak lah yang
aku belajar. Terutama bab masak-memasak ni. biasalah... dah duduk lama-lama ni
apa lagi benda yang aku boleh buat? Belajar masak dan jadi babysitter anak-anak
Kak Nini.
“Hari
ni nak pegi Namsan Park lagi tak? Teman akak lepas habis kelas.”
“Malas
lah nak keluar...” aku menggeleng. Air teh itu aku hirup dengan perlahan.
“Hai,
asyik nak duk terperap aje baik tak payah melancong.”
Kak
Nini terjerit memanggil Dania yang berlari ke hulu ke hilir tidak mahu duduk
diam itu.
“Isy,
apa kena budak ni. Nakalnya kemain. Bertuahnya lah anakku ni!”
“Meem
datang sini bukan suka-suka Kak Nini. Meem nak release kan tension je.”
“Papa
ada call Meem ke sepanjang Meem kat sini?”
Aku
menggeleng.
“Sibuklah
tu...”
“Bukan
sibuk kak. Dah lupa anak dia masih hidup lagi.”
“Hisy,
Meem ni. tak baik cakap macam tu. papa Meem kan sayangkan Meem. Mana mungkin
dia doakan perkara yang tak baik untuk darah dagingnya sendiri.”
“Yelah,
itupun kalau dia ingat.”
Kak
Nini menggeleng perlahan. Aku kembali melamun jauh. Bagaimanalah keadaan papa
dan mama sekarang ni? tertanya-tanya jugak sebab ada masanya ketika aku check
akaun dalam bank duit sentiasa ada malah makin bertambah setiap minggu. Hairan
juga. Ke papa yang masukkan duit tu untuk aku buat belanja? Entah kenapa hatiku
sayu tiba-tiba.
Papa...
Meem rindukan papa. Meem nak balik jumpa papa. Tapi sudikah papa terima Meem
macam dulu balik? Meem tak bersalah. Kenapa harus Meem yang dipersalahkan? Meem
jadi mangsa keadaan. Susah sangat ke papa nak percaya cakap Meem ni?
“Hazim
macam mana?”
Aku
terkedu.
“Meem
tak mahu ingat lagi pasal dia...”
“Kenapa?
Takkan Meem langsung tak nak bagi peluang pada dia? Sampai bila Meem nak menjauhkan
diri macam ni...” suara lembut Kak Nini mengusik ketenangan.
Memang...
Hazim ada beberapa kali menelefon, menghantar SMS dan email tapi satu pun aku
tak balas. Tiada hati ingin membalasnya. Aku kahwin dengan dia pun sebab
terpaksa. Walau siapa pun dia aku tetap susah nak terima dia. Mungkin sampai
bila-bila.
Tetapi
setiap kali aku mengingati wajahnya, hati ini pasti akan bergetar. Aku sedar
yang aku ini tidak layak untuk menjadi isterinya. Isteri jenis apa aku ni kalau
di awal perkahwinan lagi aku sudah tekad melarikan diri sejauh ini? Inikan pula
hendak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Awal-awal lagi aku sudah
berusaha untuk melupakannya. Dan aku harap aku tidak bertemu lagi dengan Hazim
buat selamanya.
“Sikit
pun takkan takde rasa rindu?” duga Kak Nini lagi.
Aku
mengetap bibir. Argghhh.... dah lah tu Kak Nini... Meem dah tak larat hari-hari
asyik dengar nama dia aje. Aku kena keluar juga ni. kalau tak Kak Nini mesti
tak putus asa nak ‘hasut’ aku supaya kembali ke pangkuan Hazim. Tak nak lah
Meem!
**********
AKU
berjalan-jalan ambil angin sekitar Namsan Park yang berdekatan dengan tempat
belajar Kak Nini. Sementara tunggu Kak Nini habis kelas aku mengambil
kesempatan untuk lepak di situ. Cantik jugak tempat ni. Walaupun dalam sebulan
ni adalah dalam nak dekat sepuluh kali aku pegi tapi tak pernah rasa bosan. Aku
seronok tengok pemandangannya yang tenang dengan hiasan pokok-pokok pine, maple dan spesis akasia yang semulajadi.
Berdasarkan
penerangan Kak Nini sebelum ini, taman ini merupakan salah satu kawasan hijau
terbesar di bandar Seoul dan merupakan taman botanik pertama di Korea.
Pelbagai tempat menarik yang aku dah lawati antaranya Seoul Tower, National
Theater dan Namsan Public Library. Aku suka menghabiskan masa dengan melakar
beberapa lukisan dan mengambil gambar kerana dengan cara ini sahaja aku dapat
meluahkan segala rasa yang terpendam dan mencari ketenangan.
“Kalau
Meem nak tau, taman ni merupakan salah satu tempat bersejarah di Seoul ni tau.”
Kak
Nini dah macam ala tourist guide lah pulak aku tengok. Maklumlah, dah hampir
tiga tahun berada di sini. Mestilah dah expert. Cakap Korea pun laju je. Fasih.
Aku pulak yang ternganga dengar dia cakap.
“Wah,
yeke. Tapi memang cantik pun tempat ni. Meem suka lah kak.”
“Ini
salah satu tempat favourite akak di Seoul. Dah puas bershopping, akak akan ajak
Abang Ikhwan berdating pulak kat sini,” Kak Nini tersenyum malu.
“He
he... yeke, romantiknya... nak pulak kalau musim luruh kan kak. Ala-ala autumn
in my heart gitu...”
Kak
Nini sudah tergelak.
“Habis
tu, Dania dengan Danisha letak kat mana?”
“Letak
kat mana lagi? kat tempat pengasuh lah. tapi akak selalu bawak diorang sekali.
Jarang hantar pada pengasuh. Risau jugak apa-apa hal nanti.”
Aku
menekan-nekan punat kamera Nikon di tangan. Lepas satu, satu gambar aku ambil dengan
berlatar belakangkan pemandangan yang berbeza. Salah satu hobi yang tidak
pernah aku abaikan. Ikutkan minat dari dulu lagi aku nak jadi photographer
sebenarnya. Tetapi rezeki lebih berpihak di dalam bidang landskap.
Lagipun aku bakal mewarisi firma papa. Jadi photography ini aku jadikan sebagai
hobi masa lapang sahaja.
Lenguh
berjalan aku duduk di satu bangku. Melihat manusia yang lalu-lalang dengan
pelbagai ragam. Sepasang kekasih yang berada berhampiran menarik perhatianku.
Si lelaki sedang memakaikan earphonenya di telinga teman wanitanya. Kemudian
bergelak ketawa sambil mendengar lagu. Sungguh comel sekali gelagat mereka. Aku
turut tersenyum.
Ingatanku
melayang pada Hazim ketika
pertemuanku dengannya sewaktu berjoging di tepi tasik. Hazim juga suka
mendengar lagu. Aku dah lama perasan yang dia sering memakai earphone ketika
berjoging. Terasa nak tahu juga muzik apa yang menjadi kegemarannya.
Mengingatinya hanya menambahkan rasa pedih di hati. Aku merenung lama cincin
berlian yang pernah dihadiahkan Hazim satu ketika dulu.
Sayang
sungguh aku pada cincin ni... kenapa dalam benci masih terselit rasa rindu?
Kenapa aku sayang pada cincin pemberiannya ini seolah ini seperti nyawaku
sendiri?
‘Sorry
I have to give this precious ring not at the right moment. But I have to. Because I can’t keep this
feeling anymore. I love you.’
Bait-bait
tulisan tangan Hazim dengan ungkapan indah itu masih terngiang di ingatan. Awak
masih cintakan saya ke Hazim? Dah lama kan kita tak bersua muka.
Sejak saya pergi meninggalkan awak, keluarga, kerjaya dan segala-galanya... aku
pejamkan mata.
Di
mana-mana aku nampak dia... tak kiralah bila aku pejamkan mata ke. Dan bila aku
bukak mata balik... pun sama jugak. aku masih nampak Hazim ada di depanku saat
ini. Huh...
Mataku terus terpaku.
Bagaikan
tidak percaya saat terpandangkan Hazim di hadapanku saat ini. Tapi dia macam
tak cam aku aje. Betul ke ni atau aku tengah bermimpi? Yelah, manalah tahu asyik hari-hari teringat kat
orang yang sama terus jumpa kat sini ke. Tak mustahil sebab dia kan pilot. Tak
mustahil dia pun turut berada di negara asing ini. Mungkin atas urusan kerja agaknya.
“Hazim,” aku menyeru namanya.
20
AKU bagaikan tidak percaya. Orang
yang sama juga. Dengan ketinggiannya. Tapi kenapa tengok banyak
kali macam dah kurang sikit iras Hazim? Aku mencubit pula lengan. Sakit.
Means... this is real one. Not just a dream.
Aku
lihat couple yang duduk bersebelahan denganku tadi. Mereka juga masih wujud
di situ. Ketawa mereka juga jelas kedengaran. Sesekali berbisik-bisik sesama
sendiri. Sah! Memang ni Hazim. Tapi aku tak mahu Hazim nampak aku turut berada di situ. Macam mana
ni? aku kena lari ke? Tapi kalau sesat macam mana? Ah, pedulikan. Kalau sesat
tanya polis. Habis cerita.
Tiba-tiba
pandangan kami bertembung. Jantungku berdegup kencang. Malah semakin kencang
saat dia melangkah mendekatiku sambil tersenyum menggoda!
Hazim
dah banyak berubah rupanya. Kulit dia putih kemerahan. Tak macam Hazim yang aku
kenal dulu berkulit sawo matang. Namun tetap nampak kacak macam dulu. Manalah
aku nak lari ni?
Tinggal
beberapa tapak lagi. Dia kian mendekati dan...
“Ah!!!”
aku terjerit.
Sebuah
motosikal berkuasa tinggi nyaris merempuhku. Aku tergamam. Ternyata kamera Nikon
milikku berjaya diragut penunggang motosikal itu. Luruh jantungku saat itu juga. Aku...
aku... kena ragut ke?
“Tolong!”
spontan aku menjerit.
Alamak,
lupa pulak ini bukan dekat KL. Ini Korea lah beb! Apa daa...
“Help
me! Somebody help me!!”
Aiseyy...
macam mana ni? aku cuba mengingati beberapa perkataan Korea yang aku hafal
sebelum ini. Nak belek kamus confirm tak sempatnya!
Aku
menjerit sekuat hati. Hazim kelihatan membongkok sambil mengambil sesuatu lalu
dimasukkan ke dalam kocek seluar denimnya. Dalam sekelip mata aku lihat dia
sudah berlari ke arah peragut itu. Isy, sempat ke nak kejar? Macam tak logik
aje. Kalau kereta kejar motor logik juga.
Aku
terduduk lemah. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Couple tadi menghampiriku
dengan panik. Risau agaknya. Terasa bagai nak gila apabila kehilangan kamera kesayanganku
itu. Bertahun lamanya aku jaga dengan baik. Alih-alih diragut dalam sekelip
mata. Walaupun aku tahu yang aku lebih dari mampu untuk membeli kamera baru namun
kamera itu ada sentimental value yang tersendiri. Kamera Nikon itu hadiah dari papa
semasa aku berada dalam semester pertama lagi di USM dahulu. Aku menangisi nasibku.
Segalanya berlaku dalam sekelip mata. Ya, hanya sekelip mata sahaja aku telah
kehilangan satu-satunya barang paling berharga dalam hidupku.
“Are
you okay miss?” tanya si gadis.
Aku
terpinga-pinga. Memandang mereka tanpa berkelip. Beberapa orang yang
lalu-lalang turut memandangku dengan hairan.
“Miss?
Ah joo mu ni?” giliran teman lelakinya pula bertanya.
Hah?
Makcik korang panggil aku? Waa... ni yang aku rasa nak nangis lagi ni. Dah tua
sangat ke aku ni pada pandangan korang hm? Sadis!
“I’m
okay... it’s okay...”
“Hwak
shil han sumida?”
Aku
angguk aje.
Agaknya diorang pun tahu aku ni orang asing kat sini. Setelah meyakinkan mereka
yang aku tidak apa-apa akhirnya mereka berlalu meninggalkan aku. Aku mencari
Hazim tetapi dia sudah tiada. Agaknya dia dah jauh kejar pencuri tu kot.
“Meem!
Ya ALLAH, kenapa ni?”
Dari
jauh Kak Nini sudah berlari mendapatkan aku. Wajahnya penuh kerisauan.
“Meem
kena ragut tadi kak.” tanpa berlengah aku menceritakan hal sebenar.
“Hah?
Yeke? Habis, Meem okey tak ni? ada cedera kat mana-mana tak?” tanya Kak Nini
cemas sambil membelek tubuhku.
“Takde
apalah Kak Nini. Cuma siku ni je Meem rasa macam terseliuh sikit. Sebab budak
tu main rentap je tadi.”
“Meem
cam tak no plat kereta dia?”
“Bukan
kereta lah kak. Tapi
dia bawak motor tadi. Dia sempat ambik Meem punya kamera. Tapi tak
sempatlah pulak nak tengok no plat dia.” Aku bersuara kesal.
“Alahai...
kesiannya adik akak.
Kalau macam tu jom kita pegi buat report kat balai sekarang ni jugak. Lepas tu kita pegi
hospital. Teruk luka ni.”
“Eh,
tak payahlah kak. Sikit je ni. Tak teruk mana pun luka. Lagipun Meem tak
yakinlah boleh dapat balik ke tak kamera tu.” aku seakan putus harapan.
“Mana
boleh macam tu. Walau
macam mana pun kena buat report polis jugak. Kita tak tahu kan boleh dapat
balik ke barang Meem tu. Meh akak temankan.”
“Err...
tapi akak kan ada kelas?”
“Kelas akak baru habis tadi.”
“Tapi...”
“Dah
jom.”
Kak
Nini terus menarik lenganku menuju ke keretanya yang diparkir tidak jauh dari
situ. Nak tak nak aku terpaksa ikut juga. Dalam masa yang sama aku meliar
mencari kelibat Hazim. Hampa kerana sekali lagi dia menghilang begitu sahaja.
Hmm... pelik jugak.
**********
SEJAK
pagi lagi aku masih lagi berada di sekitar kawasan pancuran air ini. Tujuanku
cuma satu. Ingin
mencari kembali cincinku
yang hilang semasa diragut tadi. Aku terpaksa berpatah balik ke Namsan Park.
Sudah satu jam masa berlalu. Masih lagi tidak menunjukkan sebarang tanda yang aku akan
menemui cincin pemberian Hazim itu.
“Dah
la tu Meem. Dah lewat sangat ni. Akak rasa cincin tu entah kat mana dah.
Jangan-jangan jatuh dalam fountain tu tak?”
Aku
menahan sebak di dada.
“Tak
boleh. Meem nak cari jugak cincin tu. Cincin tu sangat berharga kak.”
“Tapi
takkanlah
satu hari Meem nak duduk kat sini? Dah lewat sangat ni. Esok-esok jelah kita
cari ya?” pujuk Kak Nini.
Aku
menggeleng. “Akak nak balik, balik lah dulu. Meem takkan balik selagi tak jumpa
cincin tu.”
Aku
tidak faham dengan apa yang aku rasa sekarang. Bagiku, cincin itu sangat
bermakna. Ia menggambarkan perasaan Hazim yang tulus mencintaiku. Sejak
pertemuanku dengan Hazim tadi aku merasakan seolah-olah dia telah mengembalikan
semangatku semula. Dalam benci, ada rindu yang tidak mampu diungkap dengan
kata-kata. Cincin itu satu-satunya kenangan yang ada. Aku tidak pasti adakah
selepas ini aku akan dapat
bertemu semula dengannya.
“Eh,
budak ni. Yang pegi terjun kat dalam kolam tu buat apa?!” jerit Kak Nini.
Bulat
matanya sebaik memandang
aku yang sudah
berada di dalam kolam. Aku
tersengih cuma. Tanpa ambil peduli, aku terus
membongkok tubuh sambil mencari cincin berlian itu. Jeritan halus Kak
Nini tidak langsung aku pedulikan. Lantaklah... aku tak kisah diorang nak fikir
aku ni orang gila pun. Yang
penting cincin itu dijumpai. Kehilangan cincin itu bermakna hilanglah kenangan
antara aku dengan Hazim. Betapa cincin itu cukup memberi makna yang besar
buatku.
“Meem
tak kira.
Meem akan cari cincin tu sampai dapat.”
“Hai,
degilnya adik akak ni. Ikut suka kau lah Meem. Duduklah dalam kolam tu sampai
kecut jari kau!”
Aku
tergelak. Namun senyumanku mati tatkala mataku tertancap pada sekujur tubuh
seseorang. Dia makin lama makin menghampiri. Eh, ini ke Hazim yang cuba nak
tangkap peragut tu tadi? tak mungkin. Oh my.... don’t tell me he... he was...
not Hazim?
Siapa
dia ni? dari jauh dah senyum-senyum dengan seorang pegawai keselamatan di
sebelahnya. Mati-mati aku ingatkan Hazim. Kak Nini pandang pelik. Tapi senyuman
dia mirip
Hazim. Aku
rasa malu tiba-tiba. Malu kerana
menyangka lelaki itu adalah Hazim. Entah kenapa hatiku menjadi pedih kerana
mengingati kembali seraut wajah Hazim...
Post a Comment
0 Comments