Hey, Mr. Bad Guy!


Bab 25

“Sudah lah tu Hani. Tak guna kau terus menangis macam ni. Suami kau tu bukannya tau pun. Eii…suami jenis apa dia tu hah?!”ujar Maisarah geram.
Direnung tajam sebiji teddy bear yang bersaiz sederhana terletak di hujung katil. Seolah-olah terbayang andainya teddy bear itu adalah Zarith. Mahu sahaja disepak terajang nya.

‘Sabar Mai…sabar…’

Tangannya mengenggam erat penumbuk. Marah benar dia. Kalau lah Zarith ada di depannya ketika ini mahu sahaja dicekik-cekik leher lelaki itu. Baru dia rasa. Lelaki yang tiada perasaan langsung itu. Dia tidak sanggup melihat Nurin Hanani diperlakukan sesuka hati seolah-olah tiada harga diri. Mengingatkan kelakuan Zarith dia jadi makin sakit hati. Dasar lelaki tak guna!

“Ke kau nak aku pergi jumpa dia dan cakap direct aje. Kasi ceramah sikit baru dia sedar!”

Nurin Hanani lekas menggeleng. Dia duduk berteleku di atas katil dengan linangan air mata. Maisarah sudah sedari tadi memujuk hatinya yang lara. Tetapi masih juga air mata ini degil. Padahal baru semalam dia berjanji pada dirinya sendiri untuk tidak akan menangis lagi.

“Jangan Mai…biarlah…”

“Biarlah? Hei,Hani. Kau nak biarkan aje ke dia sesuka hati halau kau semalam? Apa,dia fikir dia tu handsome sangat ke buat kau macam tu…err,memanglah handsome pun. Aku tak nafikan. Tapi at least dia kena lah respect sikit kau tu isteri dia. Takkan baru tanya sikit dah nak mengamuk sampai macam tu sekali. Eii,aku memang pantang dengan lelaki macam tu tau!”

“Err,dia bukan halau aku Mai. Dia paksa suruh aku balik naik bas semalam.”

“Hurm,yeke…macam tu yek? Tapi kira halau jugak lah tu kan?”

“Aku dah tak tau nak buat macam mana lagi Mai. Aku betul-betul dah buntu. Tapi dalam masa yang sama aku masih sayangkan dia…”

Maisarah mengeluh. Itulah yang paling dia tidak faham dengan sahabatnya itu. Sudah diperlakukan sebegitu rupa pun masih lagi hendak kata sayang…masih lagi hendak kata cinta. Perempuan memang begitulah apabila sudah jatuh cinta. Mesti akan setia selamanya. Tak faham betul dia!

‘Tapi jika diikutkan aku ni pun perempuan juga. Takkanlah aku boleh tak faham pula. Hisy…entah lah. Sebab aku sendiri pun takde pakwe lagi. Macam mana aku nak faham…’gumam Maisarah sendirian.

“Tapi dia tu sayangkan kau ke?”

Nurin Hanani sudah terdiam. Tidak tahu apakah yang perlu diungkapkan. Memanglah dia sedar yang sejak dari awal pernikahan lagi Zarith tidak pernah mengungkapkan kata cinta dan sayang. Sehingga dia tidak tahu sama ada Zarith menyayanginya ataupun tidak.

“Nah,ambil tisu ni. Kesat air mata kau tu Hani. Aku tak nak tengok kau sedih macam ni okey?”

Maisarah menghulurkan sehelai tisu pada sahabatnya. Dia menggosok-gosok belakang Nurin Hanani bagi menenteramkan perasaan sahabatnya itu.

“Aku nak buat macam mana ni Mai?”

“Buat masa ni kau stay dulu lah kat rumah ni Hani. Rumah ni pun pernah jadi rumah kau dulu kan. Kau ambil lah seberapa banyak pun masa nak tenangkan hati kau tu. Bila kau rasa kau dah cukup kuat untuk
berhadapan dengan dia,barulah kau boleh berbincang dengan dia okey. Aku pun harap masalah kau dengan dia dapat selesai dengan cara baik. Yang penting sekali jangan tunjuk yang kita ni lemah sangat.”

Nurin Hanani mengangguk mengiakan kata-kata temannya. Sedikit sebanyak dia berasa lega dengan sikap prihatin dan ambil berat Maisarah. Terasa yang dirinya tidak keseorangan menghadapi kesulitan ini.

“Thanks Mai. Aku sayang kau sangat-sangat. Kau lah sahabat aku yang terbaik dunia dan akhirat…”

Dia mendakap tubuh Maisarah erat. Maisarah tersenyum sambil membalas dakapan itu.

“Dah lah tu ye Hani. Aku pun sayangkan kau juga. Aku cuma tak nak tengok kau sedih aje. Lemah semangat aje. Kau kena kuat Hani. Kena tabah dengan ujian ni.”

Nurin Hanani mengangguk lagi. Lama mereka berkeadaan begitu sebelum akhirnya Maisarah merungkaikan pelukan itu. Dia tersenyum lebar.

“Aku rasa aku nak bawak kau jalan-jalan lah petang ni. Kita pergi shopping nak? Hilang sikit tension kau tu.”

“Kau nak pergi mana Mai?”

“Kita pergi Jusco nak? Jalan-jalan ke…tengok wayang ke…kau pun dah lama tak keluar shopping kan. Nak tak ni?”

“Tapi kan aku dengar kalau orang tengah tension-tension pergi shopping pun tak elok juga,”balas Nurin Hanani.

Berkerut dahi Maisarah.

“Kenapa pulak macam tu?”

“Yelah,nanti habis semua barang nak beli. Tension punya pasal.”

Tercetus senyuman di bibir Maisarah.

“Ala,kau ni pun. Ada aje alasan kau. Cepat lah bagi decision. Lambat lah kau ni Hani. Nak pergi ke tak nak ni? aku belanja kau aiskrim nak?”

“Aiskrim aje? Kalau KFC tu tahan lah jugak…”

“Hisy,banyak songeh betul lah kau ni Hani. Cepatlah. Yelah nanti aku belanja lah…”gesa Maisarah.

Dia termenung lama. Kemudian dia mengangguk sambil bibirnya mengukir senyuman. Menghilangkan keresahan yang sudah sekian lama bertamu di hati.

**********

Mereka berdua baru sahaja keluar dari menonton wayang di Tanjung Golden Village Cinema yang terletak di tingkat atas Jusco Bukit Tinggi,Klang. Maisarah berjaya juga membuat hatinya riang dan melupakan masalah dirinya buat seketika. Terasa seperti menjadi orang bujang semula. Selepas itu Maisarah mengajak Nurin Hanani makan di KFC pula.

“Eh,kau betul ke nak belanja ni Mai?”tanya Nurin Hanani tidak percaya.

“La,yelah. Kan aku dah cakap dah awal tadi masa kat rumah. Tak percaya?”

Nurin Hanani tergelak.

“Okey,aku dah percaya sekarang sebab kita memang dah betul-betul berada kat dalam KFC ni.”

Mereka mengambil tempat duduk di satu sudut. Barisan orang ramai agak panjang juga di kaunter.

“Kau cakap aje nak makan apa. Aku pergi ambil order okey.”

“Em,aku ikut kau ajelah Mai. Apa-apa pun tak kisah. Tapi aku nak cheesy wedges ye. He he…”

“Ha yelah. Kau tunggu ajelah kat sini. Aku nak pergi beratur kejap.”

Dia mengangguk sambil tersenyum. Diperhatikan sahabatnya yang sudah pun berlalu menuju ke kaunter. Tiba-tiba terasa bahunya dilanggar seseorang dari belakang.

“Opss…sorry ye. I tak sengaja.”

“Err,takpe…”dia mengukir senyuman.

Seorang perempuan berambut ikal dengan pakaian sendat hampir sahaja terjatuh kerana terlanggar hujung meja. Dia mengambil tas tangannya yang berada di atas lantai sebelum berlalu dari situ. Nurin Hanani terpandangkan sesuatu di atas lantai. Barangkali kepunyaan wanita itu agaknya. Cepat-cepat dia mencapainya untuk diberikan kepada wanita itu.

“Err,cik nanti dulu. Ada kertas cik terjatuh ni.”

Matanya tertancap pada kertas di tangannya. Sebenarnya itu merupakan sekeping gambar. Tetapi…
Berderau darahnya. Gambar Zarith? bagaimana gambar Zarith boleh berada di tangan perempuan itu? Sedangkan dia langsung tidak mengenali perempuan tersebut.

“Oh,thanks ye. Nasib baik you perasan tadi…”

Wanita berambut ikal dan berpakaian agak seksi itu diperhatikan atas dan bawah. Cantik juga orangnya. Berwajah kacukan dan moden sahaja gayanya. Siapakah wanita ini sebenarnya? Bagaimana dia boleh menyimpan gambar suaminya? Dia tidak terus menghulurkan gambar itu. Reaksinya benar-benar sangat terkejut!

“Ini…err,gambar ni…”

“Oh,yang tu gambar my husband,Zarith namanya. You kenal ke?”

Dia terkejut. Jantungnya berdegup kencang. Biar benar perempuan ni?

“Macam mana pulak boleh jadi macam tu? Dia tu suami saya.”

Wanita itu mengeluh perlahan. Dia duduk di hadapan Nurin Hanani tanpa dipelawa. Wanita itu makin hairan.
“I dah agak…you mesti Nurin Hanani kan?”

Lagi bertambah terkejut dia. Bagaimana wanita ini boleh mengenalinya pula? Pelbagai persoalan menyapa mindanya. Dia sudah mula tidak sedap hati.

“Macam mana cik boleh kenal saya? Dan bb..betul ke Zarith tu husband cik?”

“Just call me Maya. Tak payah nak bercik dengan I. Anyway I pun tak sangka you ni wife Zarith. Maknanya betul lah cerita yang I dengar sebelum ni…”

“Cerita? Cerita apa?”

Maya berwajah kesal. Dia tertunduk.

“I tau siapa Zarith sebenarnya. Dia sekadar nak permainkan you aje Hani. I tau tujuan sebenar dia nak kahwin dengan you. Memang I izinkan dia bernikah lagi satu. Tapi I tak sangka dia sampai dah abaikan I dan anak-anak yang kat rumah tu.”

Setitis mutiara jernih jatuh ke pipinya. Nurin Hanani yang mendengar makin tercengang dibuatnya. Berita yang diterima benar-benar mengejutkan. Menghancur luluh kan sekeping hati miliknya yang sudah sedia terluka.

“Jadi memang betul lah Maya ni pun wife Zarith?”dia masih curiga.

Maya mengangguk. Tidak mungkin. Tidak semudah itu dia hendak mempercayainya. Tetapi wanita ini tahu yang tujuan sebenar Zarith menikahinya itu. Teringat akan perbualan Zarul dengan suaminya tidak lama dahulu.

“You masih tak percaya ke? Ni cincin ni. See? Ni adalah cincin pernikahan kami. I dah lama kenal dia sejak kami tinggal di US lagi.”

‘Tinggal di US?’

Matanya tertancap pada sebentuk cincin yang tersarung di jari manis Maya. Patutlah sudah sekian lama dia menantikan kepulangan Zarith dari Amerika Syarikat dahulu. Iaitu sebelum mereka bernikah lagi. Rupanya ada makna di sebalik semua itu. Rupanya lelaki itu sudah berkahwin dengan Maya tanpa disedarinya.
Sampai hati Zarith telah menipunya hidup-hidup. Sangkanya lelaki itu cuma merencanakan pernikahan mereka sebab ingin lari dari masalah. Rupanya lebih dari itu.

‘Sampai hati Zarith!’ dia betul-betul kecewa.

Maya mengerling dengan ekor mata. Wajah Nurin Hanani yang keruh itu makin membuatnya lega kerana wanita itu seperti sudah semakin mempercayai cerita rekaannya itu. Jarum yang dicucuk sudah mengena. Dia tersenyum sinis. Yang pasti dia ingin melihat rumahtangga mereka berkecai tidak lama lagi. Dan Zarith akan menjadi miliknya nanti.

Dan dia akan bersorak meraikan kemenangannya tidak lama lagi!

“I dah terlalu lama hidup terseksa dengan Zarith. Dia tu kaki perempuan. Memang dasar playboy! Kaki penipu pulak tu. Selama ni I dah banyak kali bersabar. Dan sekarang I dengar pulak yang dia dah kahwin dengan you. Lagi lah bertambah sakit hati I…

 I fikir I izinkan dia kahwin dengan you pun semata-mata I nak lihat dia bahagia dan berubah. Tapi I tak sangka dia makin abaikan I. I kesiankan anak-anak I yang kat rumah tu. Dah seminggu lebih tak makan nasi. Nasib baik I ni kerja jugak. Kalau tak mati kebulur kami kat rumah…”

Dia bersuara sayu. Wajahnya pura-pura sedih. Sedih yang teramat sangat. Hai Maya…pandai nya kau berlakon. Agaknya boleh ke menang anugerah pelakon paling popular kot? Dia ketawa dalam hati. Perempuan ni senang sahaja ditipu rupanya.

‘Anak-anak? Heh,sejak bila aku ada anak pulak ni?’desis hatinya.

Nurin Hanani makin kecewa. Dia tidak menyangka sikap Zarith begitu. Tiba-tiba kedengaran satu suara garau yang menyapa mereka. Mereka serentak berpaling.

“Hei Maya,where have you been? Err,mana husband you? I tak nampak pun Zarith.”

Maya tersenyum hambar. Dia memandang ke arah Nurin Hanani yang makin terpinga-pinga. Seorang lelaki yang bertubuh agak gempal sedikit telah menegur Maya. Lelaki itu berdiri tercegat di sebelah mereka berdua.
‘Good Fredie. Good act!’

Seperti yang dirancang sebelum ini Fredie telahpun muncul tepat pada masanya. Inilah kemuncak bagi segala-galanya. Yang pasti Nurin Hanani harus percaya dengan kata-katanya itu. Sekaligus makin menambahkan sakit hatinya terhadap Zarith.

“Err,dia…dia outstation Fredie. You pulak apa khabar?”

“I’m good. Eh,I asyik dengar Zarith outstation aje. Bila I datang rumah you pun dia asyik takde aje.”

Maya serba salah. Matanya kemerahan. Menunjukkan yang dia sedang bersedih hati. Nurin Hanani kelihatan tergamam. ‘Zarith pernah balik ke rumah Maya ke? Patutlah dia jarang hendak lekat di rumah.’

“Dia…err,dia memang busy pun Fredie.”

“Okey lah kalau macam tu. I pergi dulu ye. Nak cepat ni sebab I ada hal lain pulak. Ni siapa pulak?”

“This is Nurin Hanani,”Maya memperkenalkan.

Dia membalas senyuman Fredie dengan hambar. Riak wajahnya benar-benar kecewa. Barulah dia semakin percaya dengan kata-kata Maya sebentar tadi. Ternyata kini yang dia telah diperbodohkan oleh Zarith. Kawan Zarith yang bernama Fredie ini juga mengenali Maya. Masakan Maya mahu membohonginya pula. Segala kebenaran telah terserlah kini.

“Em,nice to meet you. Okay, we’ll see again Maya.”

Sebaik Fredie melangkah pergi dari situ,Maya kembali bersuara.

“Itu Fredie. Kawan baik Zarith. Tapi dia tak tau yang layanan Zarith terhadap I ni macam mana selama ni. Depan dia I cakaplah yang Zarith tu okey. Macam kami takde masalah pun. So,you dah percaya sekarang?”

Perlahan Nurin Hanani mengangguk lemah. Segala kebenaran telah terserlah kini.

“Saya…betul-betul tak sangka dia macam tu.”

“I pun tak sangka jugak. Tapi I harap you tolong beritahu pada dia yang jangan abaikan I lagi okey. Hanya you aje yang boleh tolong I dan anak-anak I. I tak tau nak buat macam mana lagi. I masih lagi sayangkan dia…”

Maya menyeka air mata yang menitis. Dia mencapai tas tangan di atas meja. Dikeluarkan beberapa keping gambar dari tas tangannya.

“Ini gambar kami masa di US dulu. You tolong berikan gambar ni semua pada Zarith. I dah tak nak simpan lagi gambar-gambar ni. I tak sanggup lagi nak tengok.”

Menggigil tangan Nurin Hanani mengambil gambar-gambar tersebut. Hancur hatinya melihat kemesraan Zarith dan Maya di dalam gambar tersebut. Sedangkan dia…dia juga dilayani dengan kejam oleh Zarith selama ini. Dia juga telah dipermainkan. Bukan Maya seorang sahaja. Tetapi Maya ada anak-anak. Maya lebih penting dari dirinya dan seharusnya Zarith tidak patut mengabaikan Maya dan anak-anak mereka.

“I pergi dulu okey. Maafkan I tapi dengan cara ni aje yang boleh I lakukan supaya Zarith balik semula pada I dan anak-anak kami.”

Maya mencapai tas tangannya lalu disangkutkan di bahu. Dia segera melangkah pergi dari situ. Sebelum ada sesiapa yang menghidu lakonannya sebentar tadi. Sempat dia menoleh sekali lagi ke arah Nurin Hanani yang membelakanginya. Senyuman sinis terukir di bibir merahnya yang dicalit lipstick. Dan dia segera berlalu dari situ.

‘Padan muka kau Hani. Rasakan!’

Sementara itu,di meja Nurin Hanani sudah menekup wajahnya. Menahan tangisan. Sedaya upaya dia menguatkan hati agar tidak menangis. Dia yakin akan kebenaran cerita Maya tadi. Pedih hatinya mengenangkan sikap Zarith yang begitu. Apalah dosanya sehingga diperlakukan sebegitu?

Tiada guna nya lagi dia menyayangi lelaki itu sepenuh hati. Sesungguhnya perasaan cinta ini hanyalah sia-sia. Sedikit pun tidak dihargai oleh Zarith. Dia kesal dengan perbuatan Zarith yang juga telah menipunya. Dalam diam Zarith juga pernah menikahi Maya sebelum berkahwin dengannya. Gambar-gambar yang ada di tangannya disimpan ke dalam beg.

Dia sudah mengambil keputusan. Dia harus bersemuka dengan suaminya itu. Dia ingin Zarith bertanggungjawab terhadap Maya dan anak-anak mereka. Seterusnya dia akan meminta agar Zarith melepaskannya. Dia sudah tidak sanggup hidup lagi bersama lelaki itu.
Hatinya sudah tawar. Sudah tiada keinginan lagi untuk mencintai lelaki itu.

Bab 26

Malam itu Zarith sukar melelapkan matanya. Jam sudah menunjukkan ke angka 3 pagi. Tetapi hatinya kegelisahan dan keresahan. Wajah sayu Nurin Hanani ada di mana-mana. Dia seperti gila bayang. Diraup wajahnya dengan kedua tapak tangan. Masih terbayang jelas di tubir matanya wajah lembut itu. Esakan tangis isterinya masih kedengaran jelas di telinga. Dia makin sukar untuk melupakan kejadian yang telah berlaku.
Dia kesunyian. Tanpa isterinya di sisi.

Dan kesunyian inilah yang makin membuatnya rasa seperti hendak gila.

Entah syaitan apa yang merasuknya sehingga bertindak keterlaluan begitu. Dia berasa kesal. Sungguh kesal dengan dirinya sendiri. Tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana sudah pasti Nurin Hanani telah bertolak menuju ke Terengganu ketika ini. Langsung dia tidak bertanya khabar isterinya itu. Sudah bertolak kah dia atau belum lagi kah?

Hatinya gelisah. Makin risau.

Dia bangun dari katil dan berjalan mundar-mandir di ruang kamar tidurnya. Mengapa dengan dirinya yang begitu dalam kerisauan memikirkan Nurin Hanani. Sedangkan dia tahu dia juga yang begitu beria menyuruh isterinya pulang ke kampung.

Bukan niatnya hendak menghalau. Tetapi tetap juga perasaan bersalah menghantui dirinya. Dia tidak dapat berfikir lagi.

Sesalan di hatinya makin bertambah tatkala dia mendapat khabar terbaru dari Encik Risyam iaitu client nya sendiri. Beliau tetap mahukan Aras Hijau Holdings yang melaksanakan projek pembangunan bangunan kedai tersebut memandangkan rekod kemajuan yang telah banyak dicapai oleh syarikatnya sebelum ini. Kepercayaan Encik Risyam telah diletakkan sepenuhnya ke atas syarikatnya.

Bermakna ura-ura yang mengatakan Dato’ Ishak telah memberikan rasuah itu entah kan mungkin benar ataupun tidak. Dia juga tidak mahu tahu tentang itu. Yang penting dia telah berjaya memegang projek yang kini berada di tangannya seterusnya meneruskan pembangunan yang bakal dilaksanakan tidak berapa lama sahaja lagi.

Zarith menyesal. Teramat menyesal kini. Sekiranya dia bersabar serta tidak terlalu mengikutkan sangat sifat panas barannya,sudah tentu dia tidak akan melepaskan segala tekanan masalah pada Nurin Hanani. Hatinya menjadi sayu dan pilu. Tiba-tiba kakinya terpijak sesuatu yang lembut.

‘Kain apa pulak ni?’

Dia segera membuka lampu bilik. Cahaya terang menerangi ruang kamar yang samar tadi. Pandangannya terpaku pada sehelai kain yang kecil di atas lantai biliknya. Barangkali terjatuh semasa Nurin Hanani hendak mengemas pakaiannya tadi. Dia segera menunduk dan mencapai kain itu. Diamati nya lama.

Dia agak terkejut. Barulah dia sedar. Sehelai sapu tangan yang sangat dikenali kini berada di tangannya. Rupa-rupanya itulah sapu tangan berwarna biru miliknya yang pernah diberikan pada Nurin Hanani suatu ketika dahulu. Tidak menyangka sama sekali yang isterinya masih menyimpan lagi sapu tangan itu. Hatinya tersentuh. Tiba-tiba…

Satu perasaan halus meresap masuk ke dalam sanubari. Tangannya yang memegang sapu tangan itu sedikit terketar. Dia terduduk di atas katil. Lemah urat sarafnya terasa tiba-tiba. Masih terimbas segala kenangan lama yang pernah dilalui mereka bersama tidak lama dahulu. Satu persatu tergambar kini di ruang minda. Dari saat mula perkenalan sehingga mereka hidup bersama seperti sekarang.

Sejuta penyesalan menghantuinya kini. Perasaan sayang yang dahulunya sering sahaja dinafikan. Kini perasaan itu makin membuak-buak di hati. Tanpa dapat dibendung lagi. Betapa dia menyesal memperlakukan Nurin Hanani sebegitu rupa.

‘Argghh…aku memang kejam!!’

Tangannya menumbuk-numbuk tilam. Semuanya gara-gara dirinya yang terlalu ego dan angkuh. Dia begitu bongkak menyatakan dia tidak mungkin jatuh cinta pada wanita yang begitu setia padanya. Malah dia berasa bangga kerana ramai wanita yang telah dipermainkan dengan mudah terutamanya Nurin Hanani.

Yang begitu tulus mengasihinya. Dia lebih rela melepaskan segala dendam atas kisah silamnya terhadap wanita itu. Sedangkan wanita itu tidak berdosa apa-apa pun. Dia berasa sungguh tidak berguna.

‘Suami jenis apakah aku ni?’

Zarith tidak tahu hendak berbuat apa. Dia segera mencapai telefon bimbitnya dan terus menghubungi isterinya. Malangnya panggilannya tidak berjawab. Dia mencuba lagi dan terus mencuba. Berpuluh kali dicubanya tetapi masih lagi gagal. Dia makin risau. Bimbang jika berlaku sesuatu terhadap Nurin Hanani. Dia sudah jadi tidak tentu arah.

Zarith lemah longlai. Dia meraup wajahnya. Terasa air mata ingin menitis.

‘Aku menyesal…aku menyesal, Ya Allah!’

Dia terduduk di atas lantai. Akhirnya air mata lelaki itu menitis jua. Makin lama makin banyak yang berjuraian tanpa mampu ditahan lagi.

Biarlah air mata ini mengalir. Biarlah!

Betapa penyesalan itu sudah tidak berguna lagi. Kerana isterinya sudah tiada. Nurin Hanani masih tidak dapat dihubungi. Dia berharap isterinya itu selamat. Itu sahaja yang mampu dilakukan kini. Buat pertama kalinya dia menangis kerana seorang wanita.

‘Aku tak nak kehilangan dia. Tolong aku Ya Allah! Tolong lah aku…’

Dia merintih dan terus merintih. Merayu-rayu padaNya agar segera mengembalikan isterinya semula. Dia mahukan isterinya itu balik semula ke pangkuannya. Dan akhirnya dia terlelap juga dengan linangan air mata. Terbaring di atas lantai. Dengan wajah yang penuh penyesalan.

**********

Encik Idham mengerutkan dahinya. Sejak dari tadi lagi dia memikirkan tentang satu panggilan misteri yang baru diterimanya. Satu panggilan dari seorang wanita yang mengajaknya bertemu di sebuah tempat. Iaitu di Taman Tasik Shah Alam yang berdekatan dengan rumahnya.

Aneh sekali.

Hendak bertemu di situ sedangkan dia tidak mengenali pun suara itu. Kata wanita itu dia adalah kawan lama Encik Idham. Wanita itu beria benar ingin bertemu dengannya. Ada perkara mustahak yang ingin dibincangkan. Bila ditanya namanya siapa,wanita itu enggan memberitahu pula.

‘Hendak buat surprise ke?’ Makin pelik dibuatnya.

“Macam mana ye kak? Akak rasa perlu ke saya jumpa dengan dia?”

“Pergi ajelah Idham. Manalah tau penting sangat agaknya hal tu.”

Pada suatu petang dia bertanyakan pendapat kakaknya itu. Mak cik Hajar bertandang ke rumahnya setelah agak lama tidak bertemu dengan adiknya itu. Ketika itu Fazlina dan suaminya Firdaus pun turut datang sekali bersama-sama anak mereka Aira yang begitu lincah berkejaran di taman mini.

Encik Idham masih ragu-ragu. Perlu ke dia bertemu dengan wanita tersebut? Apa yang pasti kini dia telah mengambil keputusan untuk berjumpa sahaja dengan kawan lamanya itu. Walaupun tidak dikenali…atau dia pernah mengenali wanita itu cuma dia sahaja yang tidak mengecam suara wanita tersebut.

Ah,bertemu sebagai kenalan lama apa salahnya…

**********

Berita yang dibacanya pagi tadi benar-benar makin membuatnya jadi sasau. Tangannya menghempas kuat sebuah akhbar Utusan di atas meja pejabatnya. Dia meraup rambutnya ke belakang. Seakan tidak percaya dengan berita itu.

‘Sebuah bas yang menuju ke Terengganu telah terbabas lalu kemalangan dan mengakibatkan 13 nyawa terkorban.’

Jantungnya berdegup kencang. Dia tidak mahu mempercayai berita itu. Sudah banyak kali dia mendail nombor telefon bimbit isterinya. Tetapi masih juga tidak berjawab.

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menelefon Haji Harun sahaja dan bertanya secara terus dengan ayah mertuanya. Dia tahu yang keluarga mertuanya kini sedang berada di Terengganu. Dia juga sudah siap sedia dengan alasan yang wajar diberikan sekiranya ayah mertuanya bertanya nanti.

Tetapi dirinya makin hampa. Rupanya Nurin Hanani masih belum tiba lagi ke kampungnya. Ini bermakna isterinya sama ada masih belum bertolak lagi atau…dia makin risau. Tidak mahu memikirkan hal kemalangan itu.

‘Hani…Hani kat mana ni?’

Dia sudah pening memikirkan di manakah isterinya berada ketika ini. Jika benarlah isterinya tidak jadi pulang ke Terengganu,habis mengapa dia tidak balik ke rumah mereka sahaja? Tidak lah dia tercari-cari di mana Nurin Hanani. Seperti orang gila sahaja dirinya kini.

Dia sudah pun berada di dalam kereta. Meredah kegelapan malam. Tidak tahu ke manakah arah tujuannya. Bait-bait lirik lagu ‘Insha Allah’ nyanyian Maher Zain itu begitu menyentuh hatinya. Begitu mendayu-dayu menyentuh pendengarannya. Seolah-olah memahami perasaannya yang dirundung kekesalan ketika ini.

Every time you feel like you cannot go on,
You feel so lost and that you’re so alone,
All you see is night,
And darkness all around,
You feel so helpless you can’t see which way to go,
Don’t despair and never lose hope,
Coz Allah is always by your side,
Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah,
You’ll find your way…
Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah,
You’ll find your way…

Hati Zarith makin tersentuh. ‘You’ll find your way?’ dia berfikir dan cuba memahami maksud lirik lagu yang cuba disampaikan itu. Betapa cukup mengandungi hikmah yang tersirat. Memang benar…dia betul-betul di dalam keresahan ketika ini. Tidak tahu di manakah tempat untuknya mengadu. Dia tidak tahu di mana hendak mencari Nurin Hanani lagi. Betapa selama ini dia telah banyak mengabaikan perasaan isterinya itu. Di saat dia tiada di sisi barulah dia hendak terkial-kial mencari.

Di manakah Nurin Hanani berada kini jika dia tiada di kampungnya? Zarith makin tidak keruan. Resah,kesal,bimbang,rindu,takut…semuanya ada bercampur baur. Ya,dia benar-benar rindukan isterinya kini. Baru kini dia mengakui perasaan sebenarnya terhadap Nurin Hanani.

‘Aku mencintainya. Ya Allah,aku sangat mencintainya…janganlah Kau ambil dia dariku Ya Allah.’

Every time you commit one more mistake,
You feel you can’t repent,
And that it’s way too late,
You so confuse,
Wrong decisions you have made,
Haunt your mind and your heart is full of shame…

 Bait-bait lagu yang seterusnya makin membuatkan pintu hatinya luluh. Dia berasa sangat malu. Malu pada Yang Maha Esa kerana barulah sekarang ini dia hendak berdoa dan mengingatiNya. Jika sebelum ini dia terlalu jauh hidup dalam kelalaian sehingga melupakanNya.

‘Ya Allah,ampunkanlah segala dosaku. Aku menyesal Ya Allah kerana telah melupakanMu. Aku berdosa kerana mengabaikan isteriku. Terlalu banyak dosaku padaMu Ya Allah…apakah yang harus aku lakukan?’
Dia menangisi nasibnya kini. Terbayang kesilapannya yang lalu. Sikap liarnya selama ini. Semua wanita yang dikenali dipermainkannya. Akhirnya dia sendiri yang kehilangan isterinya akibat perbuatannya sendiri. Dan dia terus memandu keretanya tanpa arah tujuan.

**********

Tokk…Tokk!!

Satu ketukan di tingkap kereta menyebabkan dia tersentak. Tersedar dari lenanya. Entah sejak bilakah dia tertidur di dalam kereta. Dia sendiri tidak sedar. Kepalanya yang disandarkan pada kusyen kereta terus diangkat. Ingin melihat siapakah gerangan yang mengetuk tingkap keretanya tadi.

Tingkap kereta diturunkan sedikit. Berdiri seorang lelaki muda yang berkopiah putih dengan sweater tersarung menutupi T shirt yang dipakainya. Di tangan kirinya memegang lampu suluh. Langsung tidak dikenali siapa orang itu.

“Assalamualaikum bang.”

“Err,waalaikumussalam…”

“Abang buat apa kat sini?”tanya lelaki berkopiah itu.

Dia tercengang. ‘Aku buat apa ye kat sini?’

Dia memandang ke sekeliling kawasan tasik yang gelap gelita. Hanya disinari sedikit cahaya beberapa tiang lampu yang terpacak di situ. Barulah dia teringat yang dia telah memandu kereta tanpa arah tadi. Tidak tahu hendak ke mana akhirnya dia telah menghentikan kenderaannya di kawasan taman rekreasi. Dia tertidur di dalam kereta akibat keletihan yang amat sangat.

“Abang dengan siapa?”

Lelaki muda itu bertanya lagi. Dia memandang ke wajah Zarith yang terpinga-pinga. Dikalih pandangan ke tempat duduk sebelah. Ternyata Zarith keseorangan. Tiada sesiapa pun bersama lelaki itu.

“Ke abang ada tunggu sesiapa kat sini?”

“Err, takde siapa-siapa pun. Abang…memang sorang pun ni. Adik ni siapa?”

“Oh ye,lupa pulak saya nak perkenalkan. Saya Azam.”

Lelaki berkopiah itu tersenyum sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Zarith. Penuh tata tertib.
“Zarith.”

Dia menyambut huluran salam itu.

“Apa yang Azam buat kat sini?”

“Saya dengan beberapa orang lagi ustaz sedang buat pemeriksaan kat kawasan ni. Nak buat sedikit amal. Kalau-kalau ada pemuda-pemudi yang buat perkara tak senonoh waktu macam ni. Maklumlah kawasan rekreasi ni dah banyak kali orang awam buat aduan. Penduduk kat area ni pun dah tak tahan sebab kawasan ni dah jadi sarang maksiat anak-anak muda. Terutamanya waktu nak dekat-dekat pagi macam ni…”
Panjang lebar Azam menerangkan tujuannya itu.

“Oh…jadi tadi mesti Azam fikir abang ada dengan perempuan dalam kereta ni kan?”duga Zarith.

“Err,macam tu lah. Saya mintak maaf bang sebab bukan niat saya nak buat tuduhan melulu.”

Azam mula serba salah. Dia merasakan Zarith benar-benar keseorangan. Tetapi buat apa lelaki itu malam-malam buta di taman ini?

“Takpe,saya tak ambil kisah pun.”

“Tapi…err,abang buat apa kat sini?”

“Saja nak tenangkan fikiran…”

“Oh,begitu. Tapi saya tengok abang ni macam ada masalah aje?”

Zarith agak terkejut. Bagaimana lelaki itu boleh tahu dirinya sedang dilanda masalah? Tetapi dia berasa tenang sahaja berbual dengan lelaki yang dikenali sebagai Azam itu. Azam nampak begitu tenang dan bersih air mukanya.

“Abang…err,abang pun tak tau lah. Hati abang resah aje. Sebab tulah abang drive sampai ke sini.”

“Kenapa abang rasa macam tu pulak?”

“Abang memang ada masalah pun. Entah lah. Masalah ni buat abang jadi tak tenang aje. Sebab tulah abang drive sampai ke sini untuk mencari sikit ketenangan…”

Azam tersenyum. Dia mengangguk kepala memahami apa yang dirasai oleh Zarith ketika ini.

“Kalau kita rasa masalah tu terlalu berat buat kita, dan terlalu susah kita nak hadapinya, gunakan lah senjata kita aje bang.”

Dahi Zarith berkerut seribu.
“Senjata? Senjata apa yang Azam maksudkan?”

“Doa. Hanya dengan berdoa sahaja kita dapat meluahkan apa yang terbuku dalam hati kita. Hanya dengan doa sahaja yang mampu mendekatkan diri kita dengan Yang Maha Pencipta. Dan dengan doa yang diiringi sifat menyerah diri pada Allah S.W.T Insya Allah, hati kita jadi tenteram.”

Zarith terdiam. Betapa baru kini dia sedar dia terlalu lama mengabaikan tentang itu. Dia jarang sekali berdoa kepadaNya. Sebaliknya masa yang ada selama ini banyak disia-siakan dengan berlibur di kelab-kelab malam. Bukan di sini sahaja bahkan hidup di luar negara juga makin membuatnya lupa diri.

“Tapi adakah Tuhan akan terima doa orang-orang yang dah terlalu banyak buat maksiat? Sampaikan dah langgar perintahNya? Err, Dia terima ke doa orang yang pernah minum arak dan suka bersosial?”

Bertalu-talu pertanyaan Zarith. Meluahkan segala yang terbuku di dada pada lelaki itu.

“Bertaubat lah…buat taubat nasuha banyak-banyak. Sesungguhnya Allah S.W.T tu Maha Panyayang. Dia Maha Mengetahui setiap niat hambaNya. Kita manusia bang. Tak pernah lari dari kesilapan. Saya sendiri pun pernah buat silap sebelum ni. Insya Allah, sekiranya kita tak pernah putus asa bertaubat dan berdoa pasti akan ada ganjarannya. Betapa Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu…”

“Dan apa yang saya perhatikan bila seseorang tu selalu baca Al-Quran, dan cuba fahami maknanya sekali, hati akan jadi lagi tenang. Subhanallah…ayat-ayat Al-Quran tu sungguh indah sekali bang. Cubalah hayatinya. Abang akan temui ketenangan di situ.”

Terpegun Zarith dengan kata-kata nasihat dari Azam. Penuh hikmah. Sedangkan sedikitpun lelaki itu tidak bertanyakan apakah masalah yang sedang membelenggunya ketika ini. Sebaliknya hanya dengan jawapan yang padat dan bernas itu sudah cukup meluluhkan jiwa dan raganya.

Terlalu banyak kesilapannya yang harus diperbaiki…

“Terima kasih banyak-banyak Azam dah tolong saya. Saya dah tahu sekarang apa yang perlu dibuat.”

“Tak perlu berterima kasih pada saya bang. Siapalah saya ni. Banyak khilafnya. Hanya Dia aje Yang Maha Berkuasa bang. Mintalah petunjuk dari Dia. Bukannya kita melarikan diri dari jalanNya. Insya Allah abang akan temui jawapannya.”

Azam tersenyum lagi.

“Err, saya nak minta diri dulu ye bang. Dah lama saya kat sini. Apa-apa pun saya senang sekali dapat kenal dengan Abang Zarith.”

“Baiklah…”

Dia bersalaman dengan pemuda yang kelihatan sebaya sahaja dengan Zarul. Terasa ingin berbual lebih lama lagi dengan Azam. Tetapi dia mengerti yang lelaki itu juga ada urusan tersendiri.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam…”

Saat Azam sudah melangkah pergi, dia terkenang semula kata-kata pemuda itu. ‘Mintalah petunjuk dari Dia. Bukannya kita melarikan diri dari jalanNya. Insya Allah abang akan temui jawapannya…’ terasa air matanya ingin menitis lagi.














Post a Comment

0 Comments