Hey, Mr. Bad Guy!


Bab 29

Matanya tidak berkelip memandang wanita Inggeris di hadapannya itu. Benarkah itu Angelica? Tapi jika tidak mengapa wanita itu tidak langsung menampakkan seperti Angelica yang dikenalinya satu ketika dahulu? Bayangan itu…adakah sekadar mimpi sahaja. Dia memejamkan matanya. Dan membuka sekali lagi. Bayangan itu tetap tidak hilang. Bukan bayangan tetapi jelas tubuh yang nyata berdiri di hadapannya tetap sahaja ada di situ. Dia bukan bermimpi.

Angin berhembus sepoi-sepoi bahasa terasa begitu mendamaikan jiwa. Encik Idham tidak mampu mengusir keresahan dari lubuk hatinya. Dia tidak mampu untuk berdiri lagi. Perlahan-lahan dia terduduk lemah di atas bangku. Di bawah sepohon pokok yang agak rendang. Meraup rambutnya yang sudah ditumbuhi uban itu.
Wanita itu menghampirinya perlahan-lahan dan memberikan salam. Dia menjawab salam itu. Dia teragak-agak.

 ‘Benarkah itu Angelica? Jika benar lah wanita ini Angelica,mengapa dia sudah berubah?’

Dia mengambil tempat duduk yang jauh sedikit dari Encik Idham. Wajahnya begitu tenang sekali. Namun pandangan matanya sarat dengan kekesalan dan penderitaan. Encik Idham dapat merasakan yang wanita itu ada sesuatu tujuan lalu datang dari jauh untuk bertemu dengannya.

“Apa khabar Idham?”

Lunak suara wanita itu menyapa di telinga. Suara yang hampir sahaja dia tidak mengecamnya semasa di telefon. Kerana sudah terlalu lama dia tidak mendengar suara lunak itu.

“Khabar baik…you…err,sihat?”

Dia bertanya gugup. Terasa kekok.

Wanita itu tersenyum. Dia mengangguk. Senyuman yang dirindui sekian lamanya.

Mereka mendiamkan diri. Agak lama juga. Encik Idham memerhatikan gelagat Aira yang sedang leka bermain di tepi tasik.

“Apa yang menyebabkan you datang jumpa I ke mari Angie?”

Angelica mengalihkan pandangan ke wajah Encik Idham. Dia tersenyum lagi.

“I nak jumpa you,Zarith dan Zarul buat yang terakhir…”

Encik Idham tidak faham. Apakah masih ada dendam dan tidak puas hati pada bekas isterinya itu.

“Untuk apa? You masih sudi ke nak bertemu dengan I? Kalau anak-anak kita tu mungkin…I percayalah jugak. Terutamanya Zarul. Tapi untuk apa Angie? Dah terlalu lama you menghilang dari hidup kami. Baru sekarang you muncul tiba-tiba.”

Angelica menundukkan muka. Dia melepaskan pandangan jauh ke tasik. Bibirnya masih mengukir senyuman. Sedikit pun tidak terusik dengan kata-kata itu.

“I tau you masih lagi marahkan I atas apa yang berlaku dulu. Tapi I tak pernah salahkan you. I yang salah sebab dulu I ni jahil sangat Idham. I pentingkan diri. Langsung tak fikirkan anak-anak I. Sampaikan mereka benci sangat dengan I.”

“Baguslah kalau you dah sedar. Tapi untuk apa Angie? Semua tu tak guna kalau nak dikenang balik. Semuanya dah terlambat. I pun dah tua Angie. Bila-bila masa aje I akan pergi…”

“Mungkin I yang akan pergi dulu dari you Idham…”perlahan dia bersuara. Sayu.

Encik Idham makin tidak faham. Kata-kata Angelica itu…seperti ada makna yang tersirat di sebaliknya. Dia merenung wajah bekas isterinya itu. Angelica sangat berbeza sekarang. Jika dibandingkan dengan sewaktu kali terakhir dia menatap wajah itu dua puluh satu tahun yang lampau. Angelica seorang yang elegan dan sophisticated. Memang menunjukkan gaya lincah dan pemikiran moden seorang wanita Inggeris.

Tapi kini yang dia lihat adalah seorang wanita yang rambutnya sudah ditutupi dengan selendang berwarna hitam. Langsung tidak kelihatan walau seurat rambut pun. Dan berpakaian jubah seluar juga berwarna hitam. Gaya seperti wanita arab sahaja. Cuma wajahnya sahaja yang semakin dimamah usia. Kelihatan pucat dan cengkung. Tubuhnya juga agak kurus. Namun wajahnya masih tetap jelita seperti dahulu.

“Apa…apa maksud you ni Angie?”terketar-ketar suara Encik Idham.

Angelica mengangkat muka dan memandang tepat ke dalam anak mata Encik Idham. Matanya bergenang.

“I sakit Idham…I ada barah otak.”

**********

Wajah lelaki di hadapannya itu begitu keruh sekali. Dia sedaya upaya tidak ingin lelaki itu bersedih hati. Sudah terlalu banyak kelukaan dan kepedihan yang diberikannya kepada lelaki itu. Cukuplah dengan apa yang berlaku sebelum ini. Tetapi dilihatnya Encik Idham yang sedang mengeluh berat.

“You masih ingat lagi tak lagu favourite kita dulu?”

Wajahnya ditatap lama oleh Encik Idham.

“Lagu yang bertajuk, Yesterday Once More, nyanyian Carpenters. I masih ingat lagi sewaktu kita muda-muda dulu. Tiap kali I buka radio dekat dapur and then ada terpasang lagu tu kan. You akan datang pada I sambil menyanyikan lagu tu. You ingat lagi tak?”

“Maafkan I Angie. I dah lupa lirik lagu tu…”

Angelica terdiam. Pandangannya sayu sekali.

“I…ingat lagi,tiap kali I dengar lagu tu I mesti akan teringatkan you…”

Angelica menarik nafas sebelum menyambung kata.

“Lagu tu mengingatkan I pada kenangan kita. If yesterday once more…andai ada lagi hari semalam. Andai I mampu putarkan balik masa. I akan pastikan yang I berada di sisi you sepanjang masa. Hingga akhirnya.”
Encik Idham tidak sanggup lagi mendengarnya. Baginya kata-kata itu terlalu menusuk hati. Bagai menikam ulu hatinya.

“Enough Angie! Cukup! Buat apa you nak ungkit lagi benda yang mustahil tu? Semua tu dah berlalu Angie. Dah berlalu. Sia-sia aje you nak kenang balik. Kalau tujuan you datang sekadar nak mintak simpati aje baik tak usah lah. I tak mungkin akan terima you. Kalau you nak jumpa Zarith dan Zarul dipersilakan. I takkan halang.”

“I sedar Idham. Siapa I nak mintak you terima I balik. I cuma harap sangat you dapat ampunkan segala dosa-dosa I yang lalu. Cuma tu aje yang I harapkan. I hidup tak lama Idham. Lagi berapa bulan…atau beberapa minggu aje lagi I akan pergi.”

Mereka saling berpandangan. Sungguh,betapa sedihnya hati Encik Idham mendengar berita itu. Pilu sungguh hatinya apabila mendapat tahu yang wanita itu sedang menghidap penyakit berbahaya. Jauh di sudut hati dia masih lagi mengasihi Angelica. Angelica muncul kembali saat dia tahu bahawa dia akan dipanggil menghadap Ilahi tidak lama lagi. Hakikat yang sangat pahit untuk ditelan.

“Sejak bila you dapat tahu sakit ni Angie?”

“Last month. I dapat agak dah sebelum tu yang I ada penyakit. Mungkin ni balasan terhadap dosa-dosa I yang lalu,”Angelica tergelak kecil. Dalam tawa ada tangisnya.

“Don’t say like that Angie, please…kenapa you tiba-tiba boleh berubah sampai macam ni?”
Suasana sepi seketika.

“I rasa yang I nak cari ketenangan di satu tempat. Entah kenapa malam tu I bermimpi suatu yang aneh. Ada seorang lelaki berjubah putih datang pada I dan bagi Al-Quran suruh I baca. Sejak dari tu I tergerak hati nak pergi ke satu tempat yang boleh merubah hidup I. Dah bertahun-tahun I hidup dalam kejahilan dan jauh dari Islam. Dan tahun lepas, I pergi menunaikan Haji di Mekah…”

Encik Idham terkejut. “You pergi Haji?”

Angelica mengangguk.

“I jadi macam ni bukan sebab I sakit Idham. Tapi sebab I rasa I perlu berubah. I dah terlalu jauh dari agama sampai I abaikan harta paling berharga dalam hidup I. I tinggalkan you dan Zarul. I abaikan Zarith. Semuanya kerana cinta buta I pada Henry dan demi harta dunia. I ni terlalu banyak dosa Idham…terlalu…banyak kesilapan yang I dah lakukan. Hati I ni kotor dengan lumpur dosa. Sampai di Mekah I seolah-olah dapat tengok satu persatu dosa-dosa I selama ni.”

Angelica menangis teresak-esak. Hati Encik Idham makin sebak.

“Syukurlah Angie yang you masih diberi kesempatan dari Allah S.W.T untuk berubah…”

“Ya, I sangat bersyukur walaupun I tau I dah terlambat untuk meraih cinta you semula. I tau Zarith bencikan I sebab tu dia pilih untuk tinggal di sini bersama you. Zarul…I sangat rindukan dia Idham. I tak sempat nak tengok dia membesar depan mata I. I menyesal Idham! I menyesal!”rintih Angelica.

Terbayang saat dia teraba-raba mencari sinar petunjuk dari Ilahi,seseorang datang padanya. Orang itulah yang memimpinnya ke jalan Islam yang lurus. Seorang wanita yang dikenalinya semasa berada di sana yang juga seorang muslim. Betapa dia sedar kini yang Tuhan masih sayangkan dirinya. Walaupun dia sering alpa dan hanyut dengan hidupnya yang sementara.

Esakannya makin menjadi-jadi. Encik Idham hanya mampu memandang dengan simpati yang membuak di hati.

“Siapa kata you dah terlambat Angie? You masih boleh berjumpa mereka. You masih boleh berjumpa I. Sedangkan Dia masih bagi you kesempatan. Inikan pula I sebagai hambaNya. Tuhan tu Maha Penyayang Angie…

I pun ada salah pada you. I terlalu kuat kerja sampaikan mungkin you rasa I kurang bagi perhatian pada you. I masih sayangkan you Angie. Sampai ke saat ni I susah nak lupakan you. I dah lama maafkan you. Sementara masa yang masih ada ni gunakanlah kesempatan yang you ada. Bukan you aje tapi diri I jugak…”
Angelica menyeka air mata kekesalan. Rupanya masih ada sisa kasih di hati bekas suaminya itu. Dia tidak menyangka sama sekali. Hatinya sungguh terharu.

“Idham…”

“Ada sesuatu yang ingin I ceritakan pada you. Memang I tau dah takde guna nya I beritahu sekarang. Tapi I nak you tahu sebelum I mati nanti…”

Mati? Encik Idham menutup matanya. Nafasnya seolah terhenti tatkala dia mendengar Angelica menyebut perkataan itu. Tidak sanggup dia mendengarnya. Sedih yang teramat sangat. Terlalu lambat masa berlalu apabila Angelica meninggalkannya. Terasa cepat pula wanita yang pernah dikasihi sepenuh hati itu hadir kembali dalam hidupnya. Dan akan meninggalkannya mungkin untuk selamanya.

“You tau tak yang ada sebab kenapa I tinggalkan you dan Zarul dulu.”

Dipandang wajah lelaki itu yang ternyata sudah berubah riak muka.

“Apa maksud you Angie?”

“Maksud I…I bukan sengaja nak tinggalkan you dan anak kita. I tak tau sama ada you percaya atau tidak. Tapi I lakukan tu semua sebab I nak selamatkan perusahaan you. I tau susah payah you bangunkan Aras Hijau Holdings demi cita-cita you dan cinta kita.”

Jantung Encik Idham berdegup kencang. Tidak sekata seperti tadi.

“Angie…you…nak selamatkan perusahaan I?”

“Yes Idham. Itu sebab paling utama. You tau kan father I pun orang bisnes jugak macam you. Dia miliki harta yang terlalu banyak. Sampai dia jadi terlalu angkuh. Dia bukannya suka you pun. Dia benci sangat dengan you yang mengahwini I. Lebih lagi bila dia dapat tau I dah masuk Islam. Lagi lah dia tak suka. Masa tu Aras Hijau Holdings baru nak naik. Masih belum kukuh lagi. Father I ada rancang sesuatu. Dia ugut nak lingkupkan bisnes you. Sebab dia tau dia ada kuasa,ada wang dan segalanya…

Jadi dia cakap dekat I masa I balik US dulu. Kalau I nak tengok perusahaan you tu selamat,I mesti berpisah dengan you. Dalam masa yang sama I mula dapat rasa yang you makin hari makin abaikan I. you terlalu fikirkan kerja you sampai I ingat you dah tak pedulikan I lagi. Dan saat itulah Henry muncul dalam hidup I menabur cinta dan janji manis…”

Angelica menahan sendu di dalam hati.

“I tak dapat tipu diri I yang I terlalu kecewa dengan you masa tu Idham. I sebenarnya terlalu mencintai you. Tapi I silap langkah. I terlalu lemah…tambah dengan ugutan father I suruh tinggalkan you. Jiwa I terasa kosong. I tak tau nak buat apa masa tu.”

Angelica menekup muka. Kesilapan nya lalu adalah berpunca dari kebodohannya sendiri. Andainya dia tidak mengikut kata-kata ayahnya dahulu dia tidak mungkin akan berpisah dengan Encik Idham. Pasti mereka sekeluarga hidup bahagia sampai sekarang. Walaupun mungkin hidup mereka akan susah,tetapi bererti kah semua harta itu sehingga meragut kebahagiaan dirinya sendiri? Sesungguhnya segala penyesalan sudah tidak berguna lagi.

“Kenapa you tak ceritakan pada I awal dulu lagi? kenapa Angie?”

Berlinangan air mata Encik Idham. Dia juga turut kesal dengan apa yang berlaku.

“Maafkan I…Idham…”

“Angie,you fikir I ni terlalu pentingkan sangat ke perusahaan syarikat tu kalau I sampai akan kehilangan you? I lebih fikirkan you dan anak-anak kita Angie. You dan anak-anak lah harta yang paling berharga sekali buat I. I tak kisah kalau bisnes I musnah sekalipun. I sanggup jatuh balik sebab I sedar yang menentukan rezeki seseorang tu adalah Allah S.W.T. Bukannya manusia Angie. Bukannya father you!”

Dia meraup wajahnya yang lesu. Selesu hatinya. Selemah perasaannya.

“I dah sedar sekarang Idham. I cuma nak you bagi peluang kat I bertemu dengan anak-anak kita. I nak jumpa dengan Zarul…dengan Zarith…dan I nak luangkan sikit masa yang ada bersama keluarga kita. Sementara I masih ada Idham. Tolonglah…hanya ni aje yang I mintak.”

Angelica menarik sedikit kain selendang yang ditiup angin. Matanya penuh mengharap. Berharap agar diberikan peluang kedua.

Mereka saling berpandangan. Saling mengerti isi hati yang sudah terlalu lama menderita. Perlahan Encik Idham mengangguk juga.

Bab 30

“Sayang, suka tak tengok movie ni?”

Nurin Hanani mengerling sekilas ke wajah suaminya. Tangan Zarith memaut mesra bahunya. Kemudian dikalihkan pandangannya pula ke papan iklan yang terpampang di situ. Ketika itu mereka berdua keluar menonton wayang bersama di TGV yang menjadi kegemaran Zarith di situ. Beria benar suaminya mengajaknya keluar. Sesekali keluar berdating apalah salahnya. Zarith pun bukannya selalu ada masa.

“Hurm, Iron Man 2? Not so bad…”

Zarith tergelak. Nampak macam tak minat sahaja.

“Sayang ni…kalau tak suka cakap aje. Abang tak kisah pun. Kita boleh tengok cerita lain. Em,yang lebih romantik ke…?”

“Hani bukan tak suka. Tapi...Hani tak berapa minat cerita yang ganas-ganas. Yang suka gaduh-gaduh. Bukan taste Hani lah bang.”

“Tak minat dengan tak suka tu lain ke sayang?”

“Em,abang rasa?”

“Eh, Hani kan cikgu BM mesti lagi terror dari abang. Sama aje kan betul tak?”usik Zarith.

“Betul lah abang cakap tu. Hani saja aje nak test abang.”

Dia tergelak suka. Sesekali ingin mengenakan suami sendiri.

“Oh,nak kenakan abang lah ni ye?”

Zarith ingin menarik hidung isterinya itu. Cepat-cepat Nurin Hanani mengelaknya. Dia tergelak kecil.
“Suka betul ye Hani kenakan abang. Jagalah Hani malam ni. Tau lah abang nak buat apa,”Zarith tersengih nakal.

“Eleh, Hani tak takut pun. Hani boleh lari…”dia menjuihkan mulutnya.

“Ayang jangan cabar abang tau. Kalau Hani lari nanti ingat abang tak boleh kejar ke?”

Dia berasa berdebar pula dengan renungan tajam suaminya itu. Sebenarnya dia takut juga tetapi sengaja pura-pura berani. Dalam berani ada juga takutnya.

“Okey,Hani mengalah. Ala,kalau nak berlawan mulut dengan abang memang lah Hani takde peluang nak menang. Kenapa abang tak jadi lawyer aje?”

Zarith tertawa. Lucu benar dengan pertanyaan isterinya itu. Jadi lawyer? Hai,loyar buruk tu mungkin boleh kot!

“Ala sayang, abang ni manalah ada bakat nak jadi lawyer. Lagipun kalau abang tukar profession nanti habis tu, siapa lagi nak tolong papa uruskan syarikat?”

“Zarul kan ada?”

“Em, tapi Zarul tak minat lah sayang. Dia pernah beritahu dulu yang dia memang tak berminat langsung nak involve dalam dunia construction ni. Sebab tulah dia tak ikut jejak langkah abang dengan papa.”

“Oh,macam tu. That’s why dia ambil course Sains Komputer kan. Nasib baiklah abang ada yang tolong uruskan Aras Hijau Holdings tu. Kalau tak siapa lagi pewaris yang nak ambil alih syarikat tu.”

“You’ve got that sweetheart. So,sekarang kita nak tengok movie apa ni?”

Nurin Hanani mengukir senyuman.

“Apa kata cerita tu…”

Dia mengunjukkan jari telunjuknya pada iklan yang dipamerkan di satu sudut. Segera Zarith menoleh. Serta-merta dahinya dikerutkan.

“Twilight Saga Eclipse? Are you sure sayang?”

Dia mengangguk dengan yakin. Zarith menggaru kepala yang tidak gatal.

“Yup, Hani nak tengok cerita tu. Novel dia pun Hani dah baca dan sekarang Hani nak tengok pulak cerita dia macam mana. Boleh ye bang?”

“Hurm, tapi takde thrill lah sayang macam Iron Man…”Zarith agak keberatan.

“Ala,boleh lah bang. Please…for me?”pujuk Nurin Hanani.

“Em, cerita dia macam mana sayang?”

“Ala, pasal vampire romance. Edward dan Bella. Abang pernah dengar tak sebelum ni? boleh tahan popular jugak cerita tu.”

Zarith mengerutkan dahi. Memang dia pernah dengar tapi dia malas hendak mengambil tahu pun. Kerana filem yang sebegitu tidak kena dengan seleranya.

“Oh, cerita seram ye sayang?”

“Bukan lah bang. Nak kata seram taklah seram. Abang tengok lah nanti baru faham cerita dia macam mana.”
Dia memaut lengan Zarith seeratnya. Cuba untuk memujuk.

“Em,tak bosan ke sayang? Takut masuk dalam nanti baru tengok sepuluh minit abang terus lelap.”

“Ala, tadi abang juga yang tanya Hani nak tengok cerita romance ke tak…”gumamnya.

Zarith terdiam lama. Kemudian dia mengukir senyuman.

“Okey lah sayang. Janganlah merajuk…kita tengok cerita yang sayang nak tengok tu okey.”

Akhirnya dia tersenyum puas. Berhasil juga pujukannya itu. Mereka berpegangan tangan menuju ke kaunter tiket. Nurin Hanani kelihatan begitu gembira sekali. Zarith tidak kisah pun sebenarnya. Dia sanggup beralah demi isteri tersayang.

**********

Zarul terpaku di ruang tamu rumahnya. Seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Topi keledar yang dipegangnya terlepas dari pegangan. Ketika itu Mak cik Hajar dan Fazlina turut berada di situ. Mereka juga turut terkejut dengan kehadiran wanita itu. Encik Idham pula kelihatan tenang sahaja. Dia sedang berdiri sambil merenung ke luar tingkap. Kedua belah tangan disilangkan ke belakang. Walaupun ketenangan terpancar jelas di wajahnya namun hatinya bergetar hebat.

Tidak tahu apakah reaksi seterusnya oleh anaknya itu. Apakah penerimaan Zarul nanti selepas mengetahui akan kehadiran Angelica yang terlalu ingin bertemu dengannya. Dia sebolehnya tidak mahu menghampakan permintaan bekas isterinya itu.

“Sss…si…siapa ni papa?”soal Zarul dengan gugup.

Angelica tertunduk sayu. Zarul tidak mengenalinya kah? Memang…memang patut jika Zarul tidak mengenalinya. Sudah terlalu lama dia mengabaikan anak lelakinya itu. Wajarlah jika Zarul tidak kenal siapa dia yang sebenarnya. Iaitu ibu yang telah melahirkannya.

Dia bangkit perlahan-lahan dari sofa. Dia menghampiri anak muda yang masih terkejut itu. Ditatapnya lama wajah Zarul yang sudah sekian lama dirindui. Semakin lama semakin dekat dengan Zarul. Kesepian sekali lagi melanda seisi rumah itu.

‘Kau juga tampan seperti ayahmu Zarul…’bisik hatinya.

“Zarul…ni Mummy Rul…ingat lagi tak?”

Terketar-ketar suaranya. Bergenang matanya. Terasa ingin menitis air matanya. Dia sudah menghadap anaknya. Begitu hampir sekali. Tangannya ingin menyentuh pipi Zarul. Tetapi malangnya,Zarul pantas menepis tangan Angelica. Dia memalingkan muka ke sudut lain. Angelica terkejut. Begitu juga Encik Idham dan penghuni lainnya.

“Rul tak tau pulak yang Rul ada Mummy rupanya. Rul ingatkan dah mati,”dia berkata selamba. Menutup kesedihan hatinya.

“Zarul! Hormat sikit Mummy tu!!”jerit Encik Idham lantang. Dia berasa marah. Terkejut dengan sikap kurang ajar anaknya itu.

Setahunya Zarul bukanlah jenis begitu. Dia kenal anaknya itu macam mana. Zarul seorang anak yang begitu menghormati orang tua. Tidak pernah sekalipun dia melihat Zarul meninggikan suara apabila dia menegur. Sifat Zarul yang begitu menjaga tutur kata itu adalah hasil didikannya sendiri selama ini. Tetapi kini Zarul yang berdiri di depannya bukanlah Zarul yang dia kenali sebelum ini.

“Maafkan Rul papa. Rul tau Rul salah. Tapi Rul tak dapat terima sangat…kenapa baru sekarang mummy datang nak cari Rul?”

Sebak suaranya. Lemah dirinya kerana baru sekarang dia dapat menatap muka Angelica yang dirinduinya. Sebelum ini dia hanya dapat melihat gambar-gambar lama Mummy sahaja. Gambar Mummy yang sedang mendukungnya sewaktu masih kecil dahulu paling diingatinya. Tetapi kini setelah usianya sudah menjangkau dua puluh empat tahun barulah Mummy hadir tiba-tiba ke dalam hidupnya.

“Maafkan mummy Rul…ampunkan salah mummy. Mummy tau mummy dah lama abaikan Rul. Tapi percayalah yang mummy tetap sayangkan Rul. Tiap masa mummy teringatkan Rul…”

Angelica sudah menangis teresak-esak. Dia takut memikirkan penerimaan anaknya itu. Seandainya dia boleh memutarkan masa…

“Mummy fikir diri mummy,tapi macam mana dengan Rul? Pernah ke mummy fikir perasaan Rul selama ni? mummy hanya pentingkan diri. Mummy lebih sayangkan Along dari Rul. Rul ditinggalkan dengan papa!”bentak Zarul.

Betapa menderitanya hidup tanpa mummy di sisi. Papa sahaja lah tempatnya bermanja dan dididik dengan kasih sayang. Tapi di mana mummy saat dia memerlukan? Semua kawan-kawan nya ada ibu masing-masing yang menghantar mereka ke sekolah. Menyediakan bekal makanan. Memasak hidangan tengah hari dan membelai mereka.

Sedangkan dia? Dia hanyalah keseorangan tanpa mummy. Sejak dari kecil hingga lah sekarang. Pilu sungguh hatinya mengenangkan itu semua.

“No honey…mummy sayangkan Rul. Mummy sayangkan Along dan juga papa. Mummy sedar yang mummy dah buat satu kesilapan paling besar dalam hidup mummy. Atas kesedaran itulah yang bawa mummy ke sini. Mummy nak tebus balik dosa mummy pada Rul dan papa. Bagilah mummy peluang Rul.”

Zarul mendiamkan dirinya. Sebutir air mata jatuh ke pipi. Dia tidak dapat menahan sebak. Dia juga masih sayangkan mummy. Walaupun Angelica terlalu lama mengabaikannya. Terlalu sukar untuk dia menerima segala kelukaan yang telah ditinggalkan mummy.

“Kalau mummy betul sayangkan Rul kenapa mummy tinggalkan Rul dulu?”

Angelica sebak.

“Mummy terpaksa Rul. Mummy tau terlalu banyak dosa mummy pada Rul. Maafkan mummy…”

“Rul ni siapa,mummy tak perlukan kemaafan dari Rul!”bentaknya lagi.

“Rul…tolonglah. Bagi mummy peluang. Hanya ni aje kesempatan yang mummy ada. Mummy takut…mummy takut tak sempat…”Angelica tersedu-sedan.

Tidak mampu meneruskan kata. Zarul masih tidak tahu sebab utama dia meninggalkan mereka dahulu. Jika boleh,ingin dia menceritakan kesemua yang berlaku pada anaknya itu.

“Papa pun dah sudi bagi mummy kesempatan untuk berjumpa Rul. Mummy lega sangat sekurang-kurangnya papa dah maafkan kesalahan mummy. Cuma mummy tak tau Rul terima mummy lagi ke tak. Tapi mummy tak salahkan Rul kalau Rul memang dah bencikan mummy. Silap mummy dulu kan? Biarlah kekesalan ni mummy bawa sampai mati Rul…”

Angelica ingin melangkah pergi. Membawa duka dan sengsara di hati. Zarul sudah membencinya. Sudah tidak mahu menatap wajahnya malah sudah tidak ingin mengakui dirinya adalah ibu yang melahirkannya.

“Mummy…”

Suara sayu Zarul menghentikan langkahnya.

“Rul…err,Rul dah maafkan mummy…”

Angelica terharu mendengar kata-kata anaknya. Dia segera mendapatkan Zarul lantas dipeluknya erat. Zarul menangis pilu dalam dakapan ibunya yang sudah sekian lama terpisah. Dia sudah tidak kisah lagi salah siapa dan besar manakah kesalahan Angelica.

Yang pasti wanita itu tetap ibunya. Status itu tidak mungkin dapat dihapuskan walau dengan apa jua cara sekalipun. Dan darah yang mengalir dalam dirinya juga adalah darah daging Angelica.

‘Sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Dan berdosa lah seorang anak jika menderhakai kedua ibu bapanya…’

 Dia teringatkan kata-kata seorang ustaz yang pernah memberikan ceramah tidak berapa lama dahulu. Walau sebesar mana sekalipun dosa dan salah mereka,mereka tetap orang tua kita yang perlu dihormati dan dikasihi. Tugas kita sebagai anak adalah menyayangi mereka. Hal yang lain pula itu adalah antara urusan mereka dengan Tuhan. Biarlah dengan segala kepahitan yang ditinggalkan mummy. Lagipun mummy benar-benar telah insaf.  Dia redha menerima mummy kembali.

Mak cik Hajar menyeka air mata kegembiraan. Dia turut terharu menyaksikan pertemuan keluarga itu. Akhirnya doanya untuk melihat keluarga itu bersatu semula telah dimakbulkan Ilahi. Dia memanjatkan seribu kesyukuran. Fazlina yang berdiri di sebelah memaut bahunya sambil mengukir senyuman.

“Mummy janji jangan tinggalkan Rul lagi ye?”

Zarul bertanya setelah meleraikan pelukan itu. Angelica tersenyum dan mengangguk kepala. Dia menyeka air matanya. Diusap pipi Zarul sepenuh kasih.

“Mummy janji Rul. Mummy janji takkan tinggalkan Rul,Along dan…papa.”

Dia memandang Encik Idham yang turut mengukir senyuman. Kembali menyulam ikatan kasih yang sekian lama terputus. Hubungan kekeluargaan yang sekian lama terpisah akhirnya bercantum kembali.

Post a Comment

0 Comments