Hey, Mr. Bad Guy!


Bab 7

“Assalamualaikum…”

Kedengaran suara seorang lelaki memberikan salam. Nurin Hanani yang baru hendak terlelap dari tidur ayamnya terus terjaga. Penat setelah seharian menolong Hajah Zaharah melakukan kerja rumah. Mujurlah ada Nida sekali yang turut membantu. Sementelah pula hari itu merupakan hujung minggu. Manakala Farra telah pulang ke kolej selepas sahaja selesai kenduri Abang Man. Tetapi suara garau itu seperti pernah didengari nya sebelum ini.

Terhendap-hendap dia mengintai dari sebalik langsir. Ingin melihat gerangan siapakah itu. Jelas kelihatan Zarith yang sedang menunggu di bawah. Barulah dia teringat akan tujuan kedatangan pemuda itu ke rumahnya.

‘Oh ya,dia nak ambil balik dompetnya tu,’bicara hatinya. Hampir terlupa pula dia.
Cepat-cepat dia mencari tudung untuk disarung di kepala. Lalu dompet berwarna hitam milik lelaki itu juga dicapainya. Dia segera keluar dari bilik. Ingin menemui lelaki itu. Eh,takde pun dia?

Di halaman rumah masih terparkir kereta BMW lelaki itu. Tetapi dalam sekelip mata sahaja dia telah menghilang. ‘Ke mana pulak perginya mamat ni?’ dia menggaru-garu kepala yang dilitupi tudung. ‘Baru aje kejap tadi aku nampak dia berdiri kat sini. Alih-alih takde pulak. Aneh. Macam biskut Chipsmore pulak!’

“Kak Ngah cari siapa?”suara Nida menegurnya.

“Err,tadi rasanya macam nampak Abang Zarith ada datang sini…”

“Oh,memang lah ada. Abah dah ajak dia masuk tadi,”beritahu adiknya.

‘La,patutlah…ingatkan kena culik ke apa ke. Hish,apa lah yang aku merepek kan ni.’

“Tapi tak nampak pun masa lalu kat ruang tamu tadi?”dia tertanya-tanya.

“Dia ada kat dapur tu ha…Kak Ngah pergilah masuk dalam tengok.”

‘Kat dapur?buat apa kat dapur?’ Kakinya melangkah pantas ke bahagian dapur. Dia melalui ikut pintu belakang rumahnya. Terdengar suara abah yang sedang berbual mesra dengan Zarith. Emak pun ada duduk di sebelah abah. ‘Amboi,rancak nya berbual sampai tak sedar aku kat sini…’

“Nah,ambil balik dompet awak ni,”dia terus menghulurkan dompet itu pada Zarith. Lelaki itu agak terkejut dengan kehadirannya secara tiba-tiba di dapur. Dia kelihatan teragak-agak untuk mengambil dompet itu. Pandangannya terarah pada gadis bertudung itu.

“Terima kasih ye Hani tolong simpankan dompet ni. Err,kalau macam tu saya mintak diri dulu lah pak cik..makcik,”Zarith berkata hormat seraya mengambil dompet yang dihulurkan gadis itu. Dia bangkit dari kerusi.

“Eh,kenapa nak balik awal sangat ni Zarith?kalau ye pun duduklah sini lama sikit. Pak cik pun tak habis berbual lagi dengan kamu,”Haji Harun menghalang. Dia berasa senang dengan sikap hormat dan berbudi pekerti anak muda itu.

Zarith berasa serba salah. Dia memandang ke arah Nurin Hanani. Gadis itu mengerutkan dahi seolah tidak senang sahaja dengan kehadirannya di situ.

“Takpelah pak cik. Saya tak nak menyusahkan je…”

“Takde susah-susah nya lah Zarith. Duduk lah dulu. Tunggu lepas Asar karang kalau lepas tu, kau nak balik tu balik lah,”Hajah Zaharah pula berkata.

Zarith tersengih. Dia kembali duduk di kerusi. Tidak jadi hendak pulang. Kedua ibu bapa Nurin Hanani begitu beria-ia mempelawanya. Tidak sampai hati pula hendak ditolak. Apatah lagi mengenangkan rancangannya untuk mengambil hati kedua orang tua gadis itu. Nampaknya dirinya semakin diterima. Terasa kemenangan berada di pihaknya kini.

Nurin Hanani mengetap bibir. Dia memandang lelaki itu dengan rasa sebal. ‘Mengapalah mak dan abah suka sangat dengan mamat ni?apa yang istimewanya dia ni?’ Dia masih lagi tercegat di situ. Memerhatikan gelagat mereka yang sedang rancak berbual. Topik nya banyak berkisar tentang isu-isu semasa. Abah pula seorang bekas guru. Jadi banyak lah yang ingin diperkatakan apatah lagi setelah bertemu dengan seseorang yang sama pemikiran dengannya.

“Eh,Hani. Nida ke mana ye?dari tadi mak panggil tak nampak-nampak pun budak tu,”soal Hajah Zaharah.

“Entah,tadi nampak dia dah masuk ke dalam tadi. Kenapa mak?”

“Hai,budak ni…mak suruh dia tolong pergi belikan gula kat kedai hujung tu. Dari tadi lagi mak dah suruh. Tak boleh diharap betul anak dara seorang ni,”ngomel emaknya.

“Takpelah mak,biar Hani jelah yang tolong belikan,”dia berkata. Sebenarnya dia memang sedang mencari peluang untuk lari dari terus berhadapan dengan Zarith. Jadi dia sengaja meng’offer’kan diri untuk ke kedai tersebut. Matanya mengerling ke arah Zarith yang masih rancak berbual dengan Haji Harun.

“Baiklah kalau macam tu. Hati-hati sikit jalan tu Hani,”pesan Hajah Zaharah.

“Yalah mak…”

Cepat-cepat dia berlalu dari situ. Sebaik keluar dari rumah,dia terus berlari-lari anak sehinggalah sampai ke jalan. Dia menarik nafas lega. Akhirnya dapat juga dia meloloskan diri dari berada bersama Zarith.
‘Lantak lah. Biar mak dengan abah je yang layan dia. Malas aku nak masuk campur,’ hatinya berkata.
Tanpa disedari,dari kejauhan dirinya diperhatikan oleh seseorang dengan pandangan yang tajam.

**********      
                                                                  
Nurin Hanani melangkah keluar dari kedai runcit. Lebih kurang dua puluh lima minit dia berada di kedai itu. Agaknya Zarith masih lagi berada di rumahnya. Atau sudah pulang kah dia?Dia melangkah lambat-lambat. Jarak dari kedai ke rumahnya tidak lah begitu jauh sangat. Selang empat,lima buah rumah sahaja. Tetapi sengaja dia duduk lama di kedai tadi. Sambil itu sempat lagi dia berbual dengan mak cik kedai itu. Tapi risau juga kalau lama-lama nanti emak mesti membebel memarahinya.

Langkahnya dihayun pantas. Dia ingin cepat sampai ke rumah. Terasa menyesal pula kerana buat lambat-lambat di kedai tadi. Dia mengeluh. Peluh yang memercik di dahi dikesat dengan hujung lengan baju kurungnya.

Semasa tiba di persimpangan selekoh,dia ditahan oleh seorang lelaki yang sangat dikenalinya. ‘Shahrul?’pandangannya tajam memandang ke arah gadis itu. Tetapi Nurin Hanani buat tidak peduli sahaja. Sebaliknya dia meneruskan langkah.

Pantas sahaja lengannya ditarik. Nurin Hanani terjerit kecil. “Hei,apa ni Shah?!!”

Dadanya berombak menahan amarah. Suka hati lelaki itu sahaja menyentuhnya. Apa lagilah yang dimahukan oleh bekas tunangnya itu. Terasa menyesal pula kerana tidak mengajak Nida menemaninya ke kedai tadi. Tidak menyangka yang Shahrul mengekorinya sejak dari tadi.

“Hani,boleh tak bagi Shah peluang?”

“Peluang apa lagi Shah?peluang nak sakitkan hati Hani lagi ke hah?!”

“Hani tak faham perasaan Shah yang sebenarnya…Shah betul-betul dah menyesal atas apa yang terjadi dulu…”

“Semuanya dah terlambat Shah. Hani dah lama buang perasaan tu. Sejak kita putus tunang dulu lagi.”

Shahrul masih tidak berpuas hati. “Oh,ni sebabkan lelaki yang datang rumah Hani tu ke?”dia menuduh.
Dia tersentak. Sampai begitu sekali lelaki itu terfikir?

“Apa ni Shah?Zarith takde kena mengena pun dalam hal ni okay.”

“Oh,Zarith ye nama dia?patutlah Hani buat tak endah aje dengan Shah sekarang ni kan?”

Dia bertambah sakit hati mendengar tuduhan tidak semena itu. Tidak berasas langsung!

“Hani nak tanya ye,dulu tu siapa yang tinggal siapa dulu hah,Hani ke Shah?”

“Shah sedar dulu memang salah Shah. Tapi takkanlah sikit pun Hani tak nak bagi peluang untuk kita berbaik macam dulu?”

“Shah fikir Hani ni perempuan jenis apa hah?yang mudah ditarik dan ditolak sesuka hati ke?Shah memang silap besarlah…Hani bukan jenis macam tu tau. Dan sekarang ni tolong ke tepi sikit. Hani mintak Shah jangan ganggu Hani lagi lepas ni dan sampai bila-bila pun. Faham?!!”

Kata-kata itu membuatkan Shahrul makin berang. Dia berasa tercabar. Dengan pantas dia memegang erat lengan Hani. “Kau ingat kau boleh lepas ke hah?!!!” kasar sekali nada suaranya.

Nurin Hanani cuba meronta minta dilepaskan. Dia sudah panik. Bimbang diapa-apakan lelaki itu. Namun kudratnya tidak bisa melawan tenaga lelaki itu. Dia ingin menjerit meminta tolong. Tetapi malang sungguh kerana tiada sesiapa pun yang melalui jalan tersebut pada waktu itu.

“Shah,tolong lepaskan Hani…Hani rayu,jangan buat Hani macam ni…”terketar-ketar suaranya. Tubuhnya menggigil ketakutan.

Shahrul seperti telah dirasuk syaitan. Dia menarik gadis itu ke dalam semak berhampiran. Hampir sahaja tudung gadis itu terlucut. Nurin Hanani menjerit meminta pertolongan. Tetapi tiada seorang pun yang mendengar. Hatinya berdoa kepada Allah S.W.T biarlah tidak berlaku sesuatu yang tidak elok terhadapnya. Dia seperti hendak menangis. Suaranya menjerit lantang.

“Diam aku kata!!!!”herdik nya. Dia menolak tubuh gadis itu hingga terjatuh. Rebah ke tanah.

Namun belum pun sempat dia berbuat apa-apa,satu tumbukan hinggap ke pipinya. Shahrul terus rebah di situ. Meraba pipi kanan yang terasa perit. Dia melihat sesusuk tubuh tinggi lampai seorang lelaki yang tidak pernah dikenali pun sebelum ini. Dan lelaki itu lah yang telah menumbuknya tadi.

“Kau buat apa ni hah?!!!”tengking lelaki itu.

Shahrul mendiamkan diri. Pipinya masih terasa sakit. Dia meraba pipinya sambil menahan sakit. Kuat juga tumbukan lelaki itu tadi. Macam hendak pengsan sahaja. Dia bangkit perlahan-lahan. Cuba untuk melawan kembali.

“Wei,kau siapa ha?boleh tak jangan masuk campur urusan aku dengan tunang aku ni,”jari telunjuknya dituding ke arah Nurin Hanani. Gadis itu sudah menangis teresak-esak.

“Aku bukan tunang kau lah lelaki tak guna!!!”jerit Nurin Hanani.

Lelaki itu segera menarik kolar baju Shahrul. “Hei,kau dengar sini baik-baik ye…Kalau kau kacau perempuan ni lagi,siaplah kau aku kerjakan. Kalau tak pun aku akan pastikan kau disumbat masuk ke dalam penjara. Kau faham?!!!”

Shahrul merentap kasar tangan lelaki itu. Dia mendengus kuat dan segera berlalu dari situ. Sempat dia mengerling sekilas ke arah Nurin Hanani. Pandangannya begitu tajam sekali. Sememangnya api dendam nya masih membara. Kini,dia mempunyai musuh baru. Kali ini,dia membiarkan kemenangan berpihak di tangan lelaki itu. Tetapi tidak di lain hari.

Sementara itu,Nurin Hanani masih lagi menangis. Esakannya semakin menjadi-jadi. Dirinya sungguh takut ketika itu. Menggigil tubuhnya. Perlahan-lahan dirinya dihampiri.
“Hani…”
Senyap.
“Hani tak apa-apa ke ni?”soalnya lagi. Nadanya berbaur kerisauan. Risau yang teramat sangat.
Nurin Hanani menggeleng perlahan. “Zarith…” dia bersuara.

Wajahnya mendongak perlahan memandang lelaki yang telah menyelamatkan nya sebentar tadi. Sungguh,dia sangat terhutang budi dengan lelaki itu. Mujurlah ada Zarith. Jika tidak…entah apalah akan terjadi kepadanya.

“Terima kasih ye tolong saya,”dia berkata perlahan.
“It’s okay,yang penting Hani tak apa-apa. Zarith risau betul tadi berlaku something kat Hani,”wajahnya terpancar riak kerisauan.

Mujurlah secara kebetulan dia melalui jalan itu semasa hendak pulang tadi. Itupun kerana hatinya meronta ingin bertemu Nurin Hanani terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah. Hajah Zaharah memberitahu gadis itu telah ke kedai ingin membeli gula yang dikirim. Tambahan pula gadis itu pulang agak lewat. Bimbang juga apa-apa kemungkinan yang berlaku.

“Hani takut sangat-sangat…”terketar-ketar gadis itu menutur kata. Air mata masih mengalir menuruni kedua pipinya yang putih bersih.

Zarith merenung gadis itu. Perasaan simpatinya membuak di hati. Jika diikutkan hati,mahu sahaja dia memeluk gadis itu dan menenteramkannya. Tetapi dia tidak mahu gadis itu semakin membenci dirinya. Tanpa dapat dikawal secara automatik kedua ibu jarinya mengesat air mata jernih yang mengalir membasahi pipi gadis itu. Nurin Hanani tersentak dengan kelakuan Zarith. Tetapi dia tidak tahu mengapa dia hanya membiarkan sahaja kelakuan lelaki itu. Pandangan mereka bertemu. Lama.

Namun,cepat-cepat Nurin Hanani tersedar dari perasaan aneh yang mula menyelinap di dalam sanubarinya. Dia mengalihkan pandangan ke arah lain. Dia berasa malu dengan lelaki itu. Malu kerana pertama kali dalam sejarah hidupnya memberanikan diri untuk bertentang mata dengan lelaki itu. Padahal lelaki itu sangat dibencinya. Zarith menyedari kesilapannya itu.

“Maafkan Zarith,Hani…maafkan Zarith sangat-sangat,”dia berasa bersalah.
Gadis itu hanya menggeleng perlahan. “Saya tak tau lah apa akan jadi kalau Zarith takde tadi…”
“Hani,dah lah okay. Zarith cuma nak Hani selamat aje. Itu yang penting.”

Gadis itu terdiam. Kata-kata itu membuatkan hatinya kembali tenang. Suara itu begitu mengambil berat akan dirinya. Hatinya terasa sesuatu. Sesuatu yang sukar untuk diungkap dengan kata-kata.

“Zarith,maafkan saya sebab dah berprasangka yang bukan-bukan terhadap Zarith selama ni…”

Sungguh dia berasa amat bersalah dan berdosa. Dia telah melayani lelaki itu dengan kasar. Sedangkan lelaki itu pula telah menyelamatkan nya. Dia berasa bersyukur.

“Hani,yang dah lepas tu kita jangan kenang balik okey. Zarith tak ambil kisah pun. Sekarang mari Zarith hantarkan Hani pulang. Mak dengan abah mesti tengah risaukan Hani tu,”ajak Zarith.

Nurin Hanani mengangguk. Dia segera bangkit. Badannya masih terasa sakit akibat ditolak dengan kuat tadi. Dia memandang Zarith yang sudah berjalan mendahuluinya. Lelaki itu tidaklah seteruk yang disangkanya selama ini. Teringat akan kebaikan lelaki itu yang telah menolongnya. Entah mengapa,dia seperti sudah mula menerima kehadiran lelaki itu dalam hidupnya kini.

Bab 8

Air matanya menitis hiba. Masih terus-terusan berjuraian di pipinya. Dia masih lagi berada di dalam kereta walaupun Zarith telah menghentikan kenderaannya di hadapan rumah Nurin Hanani. Dia sudah mati akal. Hendak dipujuk bagaimana lagi gadis itu. Sedangkan dia memang tidak sanggup membiarkan gadis itu terus-terusan menitiskan air mata.

“Hani….”panggilnya perlahan. Dia menatap wajah itu dengan rasa simpati yang membuak di hati.

Nurin Hanani mengesat air mata dengan hujung kain tudung yang dipakainya. Dia tidak mengendahkan lelaki itu yang memanggil namanya. Cukuplah lelaki itu sekadar memahami apa yang dirasainya waktu ini. Perasaan takutnya yang teramat sangat tidak mampu untuk dibendung lagi. Dia sudah tidak berasa malu lagi untuk menangis di hadapan lelaki itu. Terpulang pada Zarith hendak fikir apa sekali pun. Yang pasti dia berasa sangat tertekan dan takut dengan kejadian tadi.

“Hani,ambil ni,”dia menghulurkan sapu tangannya yang bersih. Berwarna biru muda.

Perlahan tangan Nurin Hanani menyambutnya dengan rasa teragak-agak. Terketar-ketar tangannya. Dia mengesat mutiara jernih yang mengalir dengan sapu tangan itu.

“Saya nak minta maaf sangat pasal hal tadi. Saya pun tak menyangka yang dia akan datang jugak cari saya. Sedangkan saya dah lama putus tunang dengan Shahrul…”tanpa dipinta dia bercerita. Meluahkan segala yang terbuku di dada. Zarith memandang dengan pandangan simpati. Dia masih senyap dan setia mendengar luahan rasa gadis itu.

“Saya tak tahu apa salah saya terhadap dia selama ni. Padahal dia dulu yang mintak nak putuskan pertunangan ini,bukannya saya. Kenapa dia buat saya macam takde maruah?harga diri saya ni seolah-olah diperkotak-katikkan sesuka hati dia. Saya…saya rasa sangat-sangat kecewa…”Nurin Hanani menekup mulutnya. Menahan sebak di dada. Air matanya makin banyak yang mengalir.

Zarith terkesima.

“Hani,Zarith rasa baik Hani berehat dulu kat rumah. Cuba tenangkan diri dulu okey?ceritakan segalanya yang berlaku tadi biar mak dengan abah Hani tau. Takdelah mereka risaukan Hani nanti,”jujur dia menutur kata. Dia sendiri turut berasa risau. Bimbang betul akan keselamatan gadis itu.

“Maafkan saya dah menyusahkan Zarith. Saya sangat takut kalau hal ni terjadi lagi,”bergetar suaranya. Fikirannya membayangkan kejadian buruk yang berlaku terhadapnya sebentar tadi.
‘Sampai hati Shahrul buat begini…’

Zarith lekas menggeleng. “Takdelah,Zarith betul-betul nak tolong Hani tadi. Takkanlah Zarith nak tengok aje?”Dia berkata geram.

Tangannya meramas erat stereng kereta. Sakit hatinya melihat perlakuan bekas tunang Nurin Hanani itu yang benar-benar sudah melampaui batas. Dia sendiri pun tidak pernah mengasari wanita. Walaupun dia tahu dirinya sering mempermainkan perasaan ramai wanita,tetapi tidak pernah sedikit pun dia bertindak kasar dengan mana-mana wanita yang dikenalinya sebelum ini. Tetapi tindakan lelaki bernama Shahrul itu benar sudah keterlaluan!

“Terima kasih ye Zarith. Err,saya mintak diri dulu. Tak elok berlama-lama di sini. Nanti apa pulak orang kata…”

Perlahan tangannya menolak keluar pintu kereta. Namun suara Zarith serta-merta membuatnya terhenti seketika. “Hani,ada sesuatu yang ingin Zarith katakan.”

Pandangannya beralih arah ke wajah lelaki itu. Hairan.
“Em,apa dia?”
“Lusa nanti Zarith akan pulang semula ke US…”

Nurin Hanani mengerutkan dahinya. ‘Pulang semula ke US?’dia mengulang kembali kata itu di dalam hati. Bergema di sanubari. “Jadi maknanya Zarith takkan balik ke sini lagi ke?”tersasul dia mengajukan soalan yang dirasakan tidak patut itu. Terasa malu pula. Bimbang jika Zarith berfikir sebaliknya.

Lelaki itu segera menggeleng. “Zarith akan balik sini semula nanti. Ada urusan yang perlu diselesaikan di sana. Zarith pergi tak lama pun. Tapi Zarith ada satu permintaan ni. Zarith harap sangat Hani dapat tunaikannya,”lelaki itu tersenyum. Benar-benar membuatkan gadis itu bertambah bingung.

‘Permintaan?’Dia menanti kata-kata seterusnya yang akan keluar dari bibir lelaki tersebut.

“Zarith harap Hani dapat jaga diri baik-baik nanti ye. If anything goes wrong, please let me know. Zarith risaukan Hani. And I will miss you so very much…”matanya memandang tepat ke wajah itu yang tertunduk. Sukar untuknya bertentang mata dengan gadis itu. Sedangkan baru sahaja sebentar tadi dia dapat menatap lama wajah itu.

Nurin Hanani terdiam. Senyap.
“Zarith tahu…masih terlalu awal lagi kan. Take your time okay. Zarith tak kisah berapa lama pun. Zarith tetap akan tunggu sampai Hani boleh terima diri Zarith sebagai…err,kawan…”

Sengaja dia berkata begitu. Dia harus banyak bersabar. Gadis itu bukan seperti Maya. Dan bukan juga seperti perempuan lain yang pernah dikenalinya. Hanya dengan sekali ungkapan ‘I miss you’ sahaja sudah cair. Malah boleh diajak ke hulu dan ke hilir sesuka hati. Nurin Hanani sangat berlainan sekali. Dia harus mengubah taktik memikatnya dengan cara yang lebih lembut atau tidak terlalu agresif seperti sebelum ini. Yang penting hati gadis itu dapat dimiliki nya suatu hari nanti. Hanya gadis itu sahaja satu-satunya yang dapat membantu nya keluar dari masalah yang membelenggu dirinya kini. Teringat pula dia pada permintaan papa yang telah memaksanya untuk segera berkahwin sebaik dia pulang dari luar negara nanti.

Buat masa ini dia tidak mahu terlalu memikirkan hal tersebut. Masalah yang berlaku antara dirinya dengan papa mungkin hanya sementara sahaja. Dan dia sedang berusaha untuk mencari penyelesaian nya. Dia yakin hal itu akan diselesaikan secepat yang mungkin. Dia cuba berfikir positif.

“Saya tak apa-apalah. Zarith janganlah risau ye. Pandailah saya jaga diri nanti. Apa pun saya sangat berterima kasih kat Zarith sebab dah banyak tolong saya. Em,walaupun kita baru je kenal…”dia cuba untuk tersenyum. Perasaannya tidak keruan sebaik mendengar ungkapan itu. Benar kah ungkapan rindu itu?atau sekadar hanya mainan kata sahaja?

Nurin Hanani sedaya upaya cuba mengelak berbicara soal hati dan perasaan dengan lelaki yang baru hampir dua minggu dikenali itu. Dia tidak mahu terlalu mengharap sesuatu yang tidak pasti. Masih terlalu awal untuk nya menilai siapakah sebenarnya lelaki tersebut. Dia perlukan masa. Tetapi sebenarnya dia sudah mulai senang dengan kebaikan yang ditonjolkan Zarith sebelum ini. Lelaki itulah yang telah menyelamatkannya tadi dari perlakuan biadap Shahrul. Dan dia sangat terhutang budi dengan lelaki itu.

“Zarith akan terus hubungi Hani bila Zarith dah balik ke sini semula. Zarith pergi pun tak lama. Wait for me okey?”

Nurin Hanani terdiam. Tidak tahu hendak berkata apa lagi. Dirinya menjadi keliru dengan perasaannya sendiri kini. Tidak tahu apakah yang dia rasa pada saat ini. Gembirakah dia di saat ini?Dan ungkapan kata rindu yang keluar dari bibir lelaki itu masih melantun-lantun di fikirannya. Tetapi mengapa dirinya terasa seperti seolah-olah kehilangan sesuatu?adakah dia akan merindui lelaki bernama Zarith itu semasa ketiadaannya nanti?entahlah…sukar baginya menjawab segala ketidakpastian ini.

“Saya masuk dulu ye. Insya Allah,jika Dia mengizinkan untuk kita bertemu lagi lepas ni,kita pasti akan bertemu walau dalam apa jua keadaan sekali pun.”

“Err,aa…Hani,one more thing…”
Nurin Hanani berpaling kembali. Menunggu kata-kata yang keluar seterusnya dengan sabar.
“Sapu tangan tu Hani ambil lah ye. Simpan elok-elok okey.”

Nurin Hanani memandang sapu tangan yang diberikan Zarith di tangannya. Dia mengangguk perlahan. “Baiklah,saya akan simpan. Terima kasih. Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam.”

Zarith mengukir senyuman sebaik mendengar kata-kata itu. Sekurang-kurangnya dia faham dan mulai sedar yang layanan Nurin Hanani terhadapnya kini sudah berubah. Tidak lagi bersikap pesimis dan dingin seperti sebelum ini. Dia harus berusaha untuk merebut hati gadis tersebut. Walau dalam apa jua cara sekalipun. Dia menanam azam di dalam hati.

Nurin Hanani terus meloloskan dirinya dengan lemah dan keluar dari kereta BMW 3 Series tanpa memandang wajah lelaki itu. Lantas dia menutup pintu. Sebelum melangkah masuk ke dalam rumahnya,sempat dia menoleh dan melihat wajah itu buat terakhirnya. Adakah itu merupakan pertemuan mereka yang terakhir?dan kereta itu perlahan menyusur keluar dari pekarangan rumah sebelum hilang dari pandangan mata.

‘Mengapa ini yang terjadi padaku?kenapa aku membiarkan dia melakukan semua ini…?’

Dia memejamkan mata. Dalam hatinya terasa kesal kerana membiarkan lelaki itu menyentuh wajahnya sebentar tadi. Dia berasa bersalah dan berdosa. Sebelum ini dia sangat menjaga kelakuan dari melakukan perkara yang dilarang Tuhan. Tidak pernah dia bersentuhan dengan mana-mana lelaki pun sebelum ini. Tetapi mengapa dia hanya membiarkan sahaja perlakuan Zarith yang menyentuh pipinya tadi?

Semuanya gara-gara Shahrul. Tidak menyangka lelaki itu tergamak memperlakukan dirinya seperti tiada maruah. Walaupun dia sudah lama tidak punya perasaan terhadap lelaki itu,tetapi kesakitan yang dirasainya masih belum dapat menandingi rasa luka di dalam hati. Perbuatan Shahrul sukar untuk dimaafkan. Terasa seperti air matanya ingin menitis lagi. Jika Zarith tidak ada di situ,siapakah lagi yang bisa membantunya?
‘Shah,apa salah Hani Shah buat Hani macam ni?’rintih hatinya hiba.

‘Ya Allah Ya Tuhanku,Kau ampunilah segala dosa-dosaku ini. Sesungguhnya aku ini hambaMu yang lemah lagi hina. Ampunkanlah di atas kekhilafanku ini Ya Allah…hanya padaMu sahaja tempat untuk aku berlindung dari perbuatan jahat manusia dan syaitan…’dia berdoa dalam hati.

Tangannya menggenggam erat sapu tangan pemberian Zarith. Perlahan mutiara jernih itu mengalir buat yang kesekian kalinya…

**********

Zarith sudah sampai ke rumahnya. Dia melalui bahagian ruang tamu lalu terserempak dengan Zarul. Papa tiada di situ. Baru sekejap tadi dia keluar dan terus menuju ke rumah Nurin Hanani untuk mengambil dompet yang tertinggal. Tidak disangka pula yang dia akan bertemu dengan bekas tunang gadis itu. Siap bertumbuk lagi tu! Rupanya gadis itu pernah bertunang. Sebelum ini memang dia ada menyelidiki berkenaan hal Nurin Hanani dengan sepupunya,Fazlina. Banyak yang dia telah tahu mengenai gadis itu. Sehinggakan Fazlina mula mengesyaki nya menaruh perasaan terhadap Nurin Hanani. Tetapi mengapa Fazlina tidak langsung bercerita bahawa gadis itu pernah bertunang suatu ketika dahulu kepadanya?dia langsung tidak tahu menahu tentang hal itu.

“Papa ke mana Rul?”
Zarul sedang duduk beristirehat di atas sofa. Pandangannya tertancap pada siaran di televisyen. Zarith melabuhkan punggung di sofa bersebelahan.
“Entah…keluar agaknya. Katanya ada hal mustahak.  Along ke mana tadi?”

Zarith menggaru kepala yang tidak gatal. Papa masih marah barangkali. Bermakna hubungannya dengan papa semakin dingin nampaknya. Bagaimana dia harus mengikut segala permintaan papa yang memaksanya untuk segera menikah?Jika tidak,pasti lah papa tidak akan membenarkannya pulang semula ke rumah mereka. Dan membiarkannya tinggal bersama mummy. Tinggal bersama mummy ibarat neraka baginya. Dia sudah tidak sanggup untuk hidup bersama mummy lagi. Dan juga Henry. Lelaki itu jika dalam sehari tidak mencari pasal dengannya memang tidak sah. Mummy pula setiap masa ingin menangkan kekasih hatinya. Akhirnya diri sendiri juga yang dipersalahkan. Fikirannya jadi kacau semula.

“Along dari rumah kawan,”jawabnya ringkas.
“Boleh Rul tanya siapa?”soal Zarul curiga.
Pelik benar pertanyaan Zarul. Beria ingin tahu dia ke rumah siapa. Zarith mengerutkan dahi. “Rul tak kenal siapa kawan Along tu…”
“Rumah Hani kan?”
Zarith memandang adiknya itu. Pandangan yang sukar untuk dimengertikan. Dia jadi pelik. “Rul kenal Hani ke?”

Dia bertanya pula. Tidak pula Zarul memanggil ‘Kak Hani’ sedangkan dia tahu adiknya itu muda setahun dari Nurin Hanani. Berbeza pula dengan Fazlina. Zarul senang memanggil ‘Kak Faz’ sebagai panggilan hormat kepada sepupunya itu. Terdapat perbezaan dari segi panggilan yang digunakan Zarul. Sebenarnya dia tahu usia Nurin Hanani pun kerana Fazlina sendiri ada memberitahunya bahawa mereka berdua adalah sebaya iaitu berusia dua puluh lima tahun.

“Rul memang dah lama kenal dia. Along pergi rumah dia buat apa?”
“Erm,nak ambil dompet Along tertinggal kat sana masa pergi tolong kenduri di rumahnya. Tak sangka pulak Along yang Rul kenal dia.”
“Kan Rul cakap tadi,Rul memang dah lama kenal Hani tu. Sebab Kak Faz sendiri yang pernah bawa dia datang ke sini. Sebelum dia habis belajar lagi masa tu.”
“Hani pernah datang ke sini dulu?”Zarith tidak percaya.
“Yup,sebab masa tu dia selalu datang tolong jaga Aira. Mak cik pun ada jugak masa tu. Along kan jarang balik. Macam Rul ni lain lah,dah biasa sangat dengan dia. Cuma sekarang je dia dah jarang datang sini.”
“Oh,macam tu…”

“Hani tu lain sikit. Along ingat dia sama ke macam girlfriend Along yang lain tu?”Zarul berkata tiba-tiba.

Pandangannya tajam. Lain benar nada suaranya. Zarith memandang wajah adiknya yang lebih banyak memiliki iras wajah papa. Zarul lebih berwajah kemelayuan berbanding dirinya. Tetapi dia perasan yang Zarul juga mempunyai tarikan tersendiri. Ketampanan yang tersendiri. Adiknya itu tidak kalah juga dengannya.
Zarith mula berasa tidak enak. “Maksud Rul?”

“Rul tak suka Along cuba nak ganggu dia,”keras nada suara Zarul. Zarith makin hairan dengan perubahan mendadak Zarul. Mengapa Zarul tiba-tiba sahaja tidak suka dia ingin berkawan rapat dan mengenali Nurin Hanani?
“Bila masa pula Along ganggu dia ni?”Zarith berpura-pura menafikan. Padahal,memang betul pun dia sengaja mengacau gadis itu sebelum ini.
“Along ingat Rul tak tau ke?”dia mengendurkan suara.

“Memang Along akui Along dah mula sukakan Hani sejak pertama kali Along jumpa dia masa accident dulu. Along niat ikhlas nak berkawan dengan dia dulu,”Zarith mempertahankan dirinya.

“Lepas tu Along akan pergunakan dia untuk kepentingan peribadi Along kan?Along fikir jalan yang mudah hanya untuk melepaskan diri dari masalah kan?sebabnya papa dah desak suruh Along kahwin!”

“Rul jangan nak tuduh Along yang bukan-bukan ye. Tak cukup lagi ke dengan tuduhan papa tadi?”Zarith berkata geram.

“Tuduhan ke namanya tu kalau bukan papa yang  tengok depan mata dia sendiri?”

Zarith terdiam. Dia meraup wajahnya. Hatinya panas tiba-tiba. Walaupun memang dia akui ada kebenaran pada setiap kata-kata Zarul itu. Adiknya itu bijak menghidu perancangannya tanpa disedari. Tetapi mengapa Zarul harus naik angin hanya semata-mata dia ke rumah Nurin Hanani tadi?hatinya mula mengesyaki sesuatu.

“Yang Rul tiba-tiba nak cari pasal dengan Along ni kenapa?setahu Along lah kan,Rul tak pernah pun nak masuk campur bila Along ada masalah dengan papa sebelum ni.”

“Memang sebelum ni Rul diam je masa Along ada masalah dengan papa. Tapi kali ni Rul takkan berdiam diri lagi kalau ianya melibatkan diri Hani. Rul tak suka!”

Zarul mengambil remote lalu terus menutup televisyen yang sedari tadi lagi terpasang. Malas ingin bertengkar dengan abangnya. Dia mencampakkan remote itu di atas sofa. Lantas dia bangkit dan terus berlalu dari situ dengan perasaan tidak puas hati. Meninggalkan Zarith dengan seribu tanda tanya….



Post a Comment

0 Comments