Monday, January 28, 2019

BUKAN BIDADARI BUATMU 2 (TEASER PT. 1)




"ISAAC..."
Isaac masih menundukkan muka. Tidak langsung mengendahkan panggilan daddy.
"Isaac dengar tak daddy panggil ni?"
Kali ini, dia angkat muka. Kedengaran lantang suara Dato' Rahman itu. Darah yang menitik jatuh dari tepi hujung bibirnya diseka dengan belakang tangan. Ada kesan lebam akibat ditumbuk seseorang. Isaac sikit pun tidak ambil peduli dengan kesakitan itu. Lebih perit lagi dengan sakit di hatinya. Tidak mungkin dia akan meluahkan kepada daddy. Hanya menunjukkan kelemahannya saja.
Ah, daddy bukannya faham. Lagi dia disalahkan adalah.
"Why did you beat him?"
Isaac senyum sinis mendengar soalan daddy.
"He did it first daddy. I've told you before."
Hanya itu saja yang dijawab Isaac. Dato' Rahman menggeleng penuh kesal. Hairan dengan tingkah laku anaknya itu. Isaac selalu mencari pasal dengan setiap pelajar di sekolahnya. Dia fikir, bila dah hantar Isaac ke sekolah berasrama penuh anaknya itu akan berubah laku. Menjadi lebih baik. Ini makin menjadi-jadi pula!
"Dia buat apa dekat Isaac hm? Sampaikan teruk Isaac pukul budak tu sampai masuk hospital. Parents dia datang jumpa daddy bagitau nak saman. Mana daddy nak letak muka ni?!"
"Oh, daddy lagi pentingkan reputasi daddy melebihi Isaac dan Raysa. Macam tu?"
Isaac menjawab berani.
"Enough Isaac!"
Tengking Dato' Rahman.
"Isaac tak pernah setuju bila daddy cakap nak kahwin lain. Daddy kena cari mak Isaac balik. Barulah Isaac bersetuju kalau daddy nak tambah lagi sorang isteri."
Dato' Rahman tergamam. Dia mengecilkan mata pandang ke arah anaknya bagai tidak percaya. Sindiran Isaac dirasakan cukup tajam. Anaknya itu semakin kurang ajar. Dia sendiri pun tidak pernah mendidik anaknya jadi begitu. Entah dari manalah Isaac belajar jadi begitu berani sekali melawan setiap patah katanya?
"Jadi, sebab nilah Isaac buat hal ya?"
Isaac diam membisu. Dia menahan matanya yang sudah kemerahan itu. Dalam hatinya memprotes hebat.
'Daddy tak faham! Tak pernah nak faham aku... daddy hanya tahu utamakan life daddy saja. Tapi aku? Aku disuruh macam-macam. Semata-mata untuk jadi pewaris daddy dalam dunia bisnes dia saja. Bullshit! I don't want money. I don't want anything. Aku cuma mahukan emak. Aku rindukan emak!'
Hati Isaac merintih. Namun reaksinya beku. Tidak sama langsung dengan rintihan hatinya yang pilu itu.
"Isaac, you listen here. No matter what, I want you to respect your mama. Daddy nak Isaac tahu yang ada sebab kenapa daddy mengahwini mama. Satu hari nanti, bila Isaac dah besar Isaac mesti akan faham..."
"And care to explain why you never tell me about my own mother before?!"
Teriak Isaac.
Dia makin bengang bila daddy asyik kata yang dia akan faham bila dia sudah dewasa. Adakah sekarang dia tidak cukup dewasa untuk daddy terangkan segalanya yang pernah berlaku dulu? Adakah dirinya ini masih dianggap budak oleh daddy?
Sampai bila daddy hendak menidakkan dirinya? Darah dagingnya yang kini tinggal. Sudahlah emak turut pergi meninggalkannya. Isaac benar-benar berkecil hati dengan kedua orang tuanya.
Dato' Rahman terdiam. Suara lantang Isaac menerjah telinganya itu. Dia menyembunyikan seribu duka dalam hati. Isaac tidak mengerti lagi tentang apa yang menyebabkan wanita itu lari meninggalkan mereka satu ketika dulu. Belum tiba masanya lagi untuk dia bercerita hal sebenar. Isaac masih belum mengerti. Apatah lagi, dia tidak pasti isteri pertamanya itu masih lagi hidup atau tidak. Juga berkenaan dengan Rayqal. Mahukah anaknya itu terima?
"You never did right dad?"
Sinis Isaac berkata.
"Until I've found out myself. Apa tujuan daddy sorok hal ni dari Isaac? Apa sebab daddy? Isaac ni tak layak tau ke siapa mak kandung Isaac? And why did you let her go just like that? Kenapa daddy biarkan mak pergi? Kenapa daddy?!"
"Jangan nak kurang ajar Isaac!"
Isaac terdiam.
"One more thing, kemas semua barang. Esok awal pagi daddy hantar Isaac balik asrama. Ingat, daddy tak mahu lagi hal tu berulang lepas ni. Kalau tidak, daddy takkan hulur duit belanja lagi walau satu sen pun. Faham?"
Jari telunjuk Dato' Rahman ditudingkan ke mukanya sebelum tubuh tegap daddy menghilang di balik pintu bilik tidurnya. Merah muka Isaac menahan rasa yang berbaur. Turun naik nafasnya. Jiwa remajanya memberontak hebat. Isaac memandang lama cermin di biliknya itu.
"Ah... shit!"
Ditumbuknya sekuat hati cermin itu hingga pecah sebahagiannya.
Pranggg!!!
Kaca itu jatuh berderai ke lantai. Isaac menjatuhkan tangannya ke sisi dengan lemah. Kaca itu bersatu pula dengan darahnya yang menitik satu persatu. Tidak! Dia tidak akan menangis. Biar apa hendak jadi pun, dia tidak akan membenarkan dirinya itu menangis. Dipandang lagi tubuhnya yang berdiri menghadap cermin yang sudah pecah.
Terpantul dirinya yang lebih banyak mewarisi raut muka daddy. Dengan ketinggiannya dan kematangan wajah yang semakin ketara di usianya yang sudah menginjak enam belas tahun. Cuma matanya yang redup itu menggambarkan kedukaan yang cuba disembunyikan sekian lama. Isaac paling benci dengan mata ini. Sepasang mata yang hanya mengingatkan dirinya tentang emaknya yang pergi meninggalkannya begitu saja. Emak tidak menyayanginya. Sampai bila-bila pun Isaac akan simpan dendam dan kerinduan ini!
Isaac tahu mama tidaklah seteruk yang disangka. Dia cuma rasa kesunyian. Dia dibelenggu dengan rasa kehilangan seorang emak yang pernah melahirkannya dulu.
Dalam diam, dia memberontak. Namun di depan Raysa, dia berlagak yang seolah dia mampu berdiri di atas kaki sendiri. Dia bertindak sebagai abang yang mampu melindungi adiknya. Hakikatnya, dia terasa begitu sunyi dan kurang kasih sayang sejak kecil lagi.
Daddy pula lebih mengutamakan kerjanya. Kariernya. Dirinya terasa terlalu 'jauh' dengan daddy. Sengaja Isaac mencari masalah di sekolah. Semuanya kerana mahukan perhatian daddy semata-mata.
"Abang..."
Suara Raysa menegurnya di muka pintu. Muka Raysa jelas ketakutan. Mata adik angkatnya itu beralih pandang ke cermin yang pecah sebelum jatuh ke tangannya yang berdarah. Raysa menekup mulut dengan mata yang bulat.
"Abang kenapa?"
Isaac membisu. Dia terduduk di atas katil. Raysa menghampirinya dan terus memaut bahu Isaac. Kepalanya dilentokkan ke bahu Isaac.
"Abang gaduh dengan daddy lagi ya?"
Risau sekali riak Raysa itu. Isaac senyum hambar. Dielusnya rambut Raysa yang separas bahu itu.
"Takdelah. Abang okey aje."
"Tapi Raysa risau..."
"No need to worry, sweetie. Okay?"
"Raysa sayang abang sangat-sangat. Abang janganlah lawan cakap daddy. Promise me?"
"Okay, I promise. Raysa buat apa tadi?"
"Raysa dekat bawah tengah tengok TV. Tiba-tiba dengar suara daddy dengan abang kuat sangat sampai bawah tadi."
Isaac terdiam.
"Abang... you can cry if you want."
Senyum terukir di bibirnya sebaik Raysa berkata begitu.
"Raysa, Raysa sayang mama tak?"
Soal Isaac tiba-tiba.
"Mestilah sayang. Kenapa abang tanya?"
"Takde apalah."
Jawab Isaac dengan mata yang masih memandang Raysa. Raysa baru saja berumur dua belas tahun. Tetapi dia merasakan hanya Raysa saja yang memahami dan menyayangi dirinya. Dari dulu sampai sekarang. Tidak pernah berubah.
Isaac merasakan dunianya kini cuma ada Raysa saja. Tiada yang lainnya. Rasa kasih dan sayangnya itu hanya mahu dikongsikan bersama Raysa, satunya. Kepala Raysa yang masih terlentok ke bahunya itu dibelainya lagi. Ditenungnya lama cermin yang pecah itu.
Adakah dirinya ini akan sama seperti dirinya di masa akan datang? Apabila dia sudah menginjak dewasa, adakah Raysa masih perlukannya?
Atau... ada cinta sejati yang menantinya satu hari nanti?
Hanya itu saja persoalan yang berlegar dalam fikiran Isaac ketika ini.
"Abang pun sayangkan Raysa..."
Thank you for reading.

0 ulasan:

Post a Comment